Auku Biro Mahasiswa Pkr Kesal Menteri Pengajian Tinggi Flip Flob



Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) 1971 yang sewajarnya telah dilonggarkan tidak ketahui ke mana hala tujunya di bawah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Menurut Pengerusi Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak, Dr Noraini dalam sidang Kamar Khas Parlimen telah menyatakan pendirian bahawa AUKU masih lagi relevan dan akan memperkasakan Jawatankuasa Teknikal AUKU yang telah ditubuhkan sejak tahun 2018
Bagaimanapun, menurut Haziq, masyarakat awam tidak dapat melihat hasil pemerkasaan jawatankuasa itu malah tidak boleh dipastikan status penubuhannya, sama ada wujud atau pun tidak.
“Tambahan pula, satu jawatankuasa lain yang diberi nama Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan AUKU 1971 telah ditubuhkan untuk meneliti secara menyeluruh cadangan penambahbaikan AUKU dengan keahlian pakar Perlembagaan, wakil Naib
Canselor, wakil mahasiswa dan lain-lain.
“Untuk Jawatankuasa Teknikal AUKU, berdasarkan maklumat dan dokumen yang telah kami peroleh, tiada mesyuarat yang pernah diadakan walaupun sekali bagi jawatankuasa ini,” katanya dalam sidang media, semalam.
Tambah Haziq, Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 1 Tahun 2020 yang seharusnya diadakan pada 16 Oktober 2020 telah ditangguhkan kepada 30 Oktober 2020 dan kemudiannya ditangguhkan lagi sehingga ke satu tarikh yang tidak diketahui sehingga hari ini.
Hal tersebut, katanya, diperkukuh lagi oleh jawapan Menteri terhadap dua Pertanyaan Lisan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat masing-masing pada 29 September 2021 dan 18 November 2021 terkait hasil dapatan penubuhan
Jawatankuasa berkenaan dan bilangan mesyuarat Jawatankuasa yang pernah diadakan.
Menteri tidak menjawab bilangan mesyuarat oleh jawatankuasa malah mengaitkan penganjuran sesi libat urus secara rambang, dan sesi berkenaan hanya dilakukan sebelum setiap kali Pertanyaan Lisan terkait isu ini diajukan di Parlimen.
“Kami juga ingin mempersoalkan setiap hasil dapatan bagi beberapa sesi libat urus terkait harapan mahasiswa terhadap usaha mengangkat autonomi mahasiswa yang telah dinyatakan oleh Menteri pada sidang Kamar Khas seawal Ogos 2020 iaitu untuk
melihat semula peruntukan di bawah Seksyen 15 dan Seksyen 16 AUKU berkaitan pertubuhan pelajar serta memasukkan peruntukan penubuhan kesatuan mahasiswa dan mahasiswa diberi kuasa untuk mengendalikan hal ehwal kewangan persatuan.
“Dapatan ini hanya diulang-ulang tanpa Menteri menunjukkan satu sikap yang jelas untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut,” katanya.
Tegas Haziq, Kesemua peristiwa yang dinyatakan itu menatijahkan sikap acuh tak acuh Menteri dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap AUKU dengan kegagalan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk berfungsi. Juga penganjuran sesi libat urus secara rambang yang hanya bersifat tokenisme tanpa pelan strategik melaksana dapatan daripada libat urus tersebut.
Pendirian rasmi Biro Mahasiswa AMK adalah ingin melihat AUKU dimansuhkan kerana sifatnya yang bukan sahaja tidak mesra mahasiswa malah tidak mesra terhadap doktrin autonomi universiti.
“Namun keculasan Menteri dalam melaksanakan komitmen yang dinyatakannya sangat dikesali kerana menjadi batu penghalang terhadap usaha pengembalian Kesatuan Mahasiswa dan penyediaan pelantar kepada mahasiswa supaya bersifat
lebih mandiri, termasuklah kebenaran menguruskan kewangan persatuan sendiri dan banyak lagi yang menjadi salah satu persiapan ampuh dalam mendepani dan menjayakan usaha Undi18 bagi segmen mahasiswa,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Biro Mahasiswa AMK akan menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, untuk meminta hal ini dibangkitkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Pendidikan, dan menggesa respons objektif daripada Menteri Pengajian Tinggi terkait persoalan persoalan yang dibangkitkan.
Turut sama dalam sidang media berkenaan ialah Syamil Luthfi, Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Wan Afiq Ikhwan Wan Alias, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dan Liau Pin Chun, Presiden UM New Youth Association (UMANY)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33659

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pupr Pacu Pembangunan Infrastruktur Di Papua By Beritasatu Com Beritasatu

Menteri Pupr Pacu Pembangunan Infrastruktur Di Papua By Beritasatu Com Beritasatu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 136 hits
Menteri PUPR Pacu Pembangunan Infrastruktur di PapuaByBeritaSatu comberitasatu com2 minBasuki Hadimuljono Menteri PUPR menyampaikan Presiden Joko Widodo mempunyai kesepakatan yang berpengaruh untuk membangun Papua dan Papua Barat bisa dilih...
Jerome Polin Ingin Jadi Menteri Pendidikan Berharap Guru Di Indonesia Sejahtera

Jerome Polin Ingin Jadi Menteri Pendidikan Berharap Guru Di Indonesia Sejahtera

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 224 hits
Menurut Jerome di Jepang banyak orang yang bercita cita menjadi guru karena ditunjang kehidupan yang stabil dan terjamin oleh pemerintah
Rider Ditindas Menteri Agama Akan Dapatkan Respons Menteri Kabinet Berkaitan

Rider Ditindas Menteri Agama Akan Dapatkan Respons Menteri Kabinet Berkaitan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 175 hits
Nasib foodrider perlu diberi perhatian segera BANGI Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad mengambil maklum mengenai isu dan rungutan yang disuarakan penghantar makanan yang didakwa ditindas ekoran sistem yang tidak dikawal Menerusi...
Sujiwo Tedjo Persilahkan Para Menteri Ke Semeru Kecuali Yang Satu Ini Nanti Membuatribut Bunyi

Sujiwo Tedjo Persilahkan Para Menteri Ke Semeru Kecuali Yang Satu Ini Nanti Membuatribut Bunyi

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 169 hits
Sujiwo Tedjo Persilahkan Para Menteri ke Semeru Kecuali yang Satu Ini Nanti Bikin RibutSuara com Budayawan baru gres ini membuat suatu cuitan terkait peristiwa erupsi gunung Semeru di Lumajang Jawa Timur Dalam csebuah cuitan yang diunggah d...
Isu Saf Menteri Agama Akui Siang Malam Terima Kecaman

Isu Saf Menteri Agama Akui Siang Malam Terima Kecaman

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 335 hits
CYBERJAYA 8211 Keputusan dan ketetapan bagi pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal terletak di bawah bidang kuasa pihak agama negeri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad berkata walaupun bidang kuasa agama neg
Prestasi 100 Hari Pakar Beri Menteri Pengangkutan Gred F

Prestasi 100 Hari Pakar Beri Menteri Pengangkutan Gred F

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 232 hits
Projek KVDT2 yang terhenti adalah isu pengangkutan nombor satu di negara ini kata Rosli Azad Khan KUCHING 100 hari pertama Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan tidak membuahkan hasil kata seorang perunding pengangkutan Rosli Azad Khan ...
Mahathir Dedahkan Tony Pua Angkuh Berlagak Macam Menteri

Mahathir Dedahkan Tony Pua Angkuh Berlagak Macam Menteri

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 192 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini menganggap Tony Pua sebagai angkuh dan berlagak seperti seorang menteri semasa ahli parlimen Damansara berkhidmat sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng Lim ketika itu merupakan menteri kewangan kepada kerajaan...
Apresiasi Klaster Pertanian Binaan Bri Menteri Bumn Petani Juga Bisa Jadi Miliarder

Apresiasi Klaster Pertanian Binaan Bri Menteri Bumn Petani Juga Bisa Jadi Miliarder

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 195 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara RI Erick Thohir bersama Direktur Utama BRI Sunarso pun datang langsung untuk memantau dan mengunjungi klaster usaha pertanian bernama Al Barokah yang telah berhasil menjalankan usahanya sejak 2015
Menolak Allah Ada Di Mana Mana Menteri Agama Mahu Suhaimi Saad Dipanggil

Menolak Allah Ada Di Mana Mana Menteri Agama Mahu Suhaimi Saad Dipanggil

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 291 hits
LARUT Pihak Jabatan Agama Islam negeri diminta untuk mengambil tindakan dalam isu bekas anggota kumpulan nasyid Suhaimi Saad berhubung kenyataannya yang menolak Allah ada di mana mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad berkata d...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025