Audi Dream Farm Harga Tiket Masuk Cara Beli


Audi Dream Farm, Balik Pulau, Penang adalah antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi bila berada di Pulau Pinang. Sejak pembukaannya pada tahun 2023, ladang ini telah berkembang menjadi destinasi eko-pelancongan. 
Di sini, pengunjung boleh melihat dan memberi makan haiwan, menikmati kehijauan alam serta merasai suasana kehidupan haiwan di ladang. 
Jom baca lebih lanjut mengenai Audi Dream Farm di bawah. 
Audi Dream Farm, Penang Audi Dream Farm adalah merupakan sebuah ladang haiwan yang menempatkan pelbagai jenis haiwan jinak seperti rusa, kambing, arnab dan sebagainya. Ia merupakan salah satu projek di bawah Audi Jaya Holdings. 
Ladang ini menawarkan persekitaran yang mesra kanak-kanak dan menekankan interaksi yang menyeronokkan bersama haiwan-haiwan yang ada di sini. Sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga ataupun lawatan sekolah!
Audi Dream Farm bukan sahaja menawarkan pengalaman yang menyeronokkan bersama haiwan tetapi juga memberi pendidikan secara tidak langsung kepada pengunjung terutamanya pelajar tadika dan sekolah rendah mengenai kehidupan haiwan di ladang.
Lokasi & Waktu Operasi Alamat: Audi dreamfarm 145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia. 
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM-6 PM
Untuk pengalaman yang optimal, pengunjung disarankan untuk merancang lawatan mereka sekurang-kurangnya 3-4 jam untuk menikmati semua aktiviti yang ditawarkan. 
Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam program khas seperti bengkel pertanian atau sesi memasak menggunakan bahan-bahan segar dari ladang, pastikan anda tempah sesi lebih awal. 
BACA JUGA: Food Hunting Di Penang: 20+ Pilihan Tempat Makan Terbaik!
Cara ke Audi Dream Farm Untuk sampai ke Audi Dream Farm, anda boleh menaiki kereta dari George Town. Perjalanan biasanya mengambil masa sekitar 45 minit melalui Jalan Balik Pulau. 
Selain itu, anda juga menaiki bas dari KOMTAR ke Balik Pulau dan berhenti di perhentian bas yang berhampiran dengan ladang. Kemudian, dari situ, anda boleh mengambil teksi tempatan atau perkhidmatan e-hailing untuk ke ladang.

Harga Tiket Masuk Audi Dream Farm menawarkan beberapa pilihan pakej untuk memenuhi keperluan pengunjung yang berbeza. 
Harga tiket masuk asas untuk warganegara adalah seperti berikut:
Dewasa: RM15 Kanak-kanak (3-11 tahun): RM5 Warga Emas (60 tahun ke atas): RM5 Kanak-kanak di bawah 3 tahun/OKU: Percuma Selain tiket masuk asas, Audi Dream Farm juga menawarkan pakej khas untuk keluarga dan kumpulan. 
1. Tiket Masuk Individu dengan Pakej Memberi Makan Haiwan
Dewasa: RM33/pax Kanak-kanak (3-11 tahun): RM30/pax Warga Emas (60+ tahun): RM30/pax Pakej termasuk:
Tiket masuk 1 bakul makanan haiwan 2. Family Farm Tour (4 orang)
RM250 setiap keluarga (4 orang) Tambahan: Kanak-kanak (3-11 tahun): RM40/pax Dewasa: RM60/pax Warga Emas (60+ tahun): RM40/pax Pakej termasuk:
Tiket masuk Aktiviti (menjala ikan) 2 bakul makanan haiwan Makan tengah hari buatan sendiri (homemade) Perkhidmatan pemandu pelancong 3. Lawatan Tadika – 15 orang:
Harga perlu dibincangkan dengan PIC (Person In Charge). Hubungi: https://wa.me/60124999099 
Pakej termasuk:
Tiket masuk Aktiviti (menanam, menjala ikan) Memberi makan haiwan Makan tengah hari buatan sendiri (homemade) Perkhidmatan pemandu pelancong BACA JUGA: Tiket Escape Penang: Harga Tiket & Cara Pembelian Tahun 2025
Cara Beli Tiket Masuk Audi Dream Farm Tiket masuk boleh dibeli melalui laman web rasmi Audi Dream Farm di pautan berikut: https://audipenang.com/tickets/ 
Selain itu, anda juga boleh membeli tiket masuk di kaunter tiket jika anda hanya memerlukan tiket masuk biasa tanpa perkhidmatan tambahan.
Anda juga boleh membeli tiket masuk ke Audi Dream Farm ini melalui platform KLOOK. Taip Audi Dream Farm dalam kotak carian di bawah dan klik Search untuk dapatkan harga istimewa. 
Klook.com
Apa yang Menarik di Audi Dream Farm? Audi Dream Farm menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan pengalaman menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya ialah:
1. Peluang Berinteraksi Mesra Dengan Haiwan
Pengunjung boleh berinteraksi bersama haiwan-haiwan yang ada di sini dengan selamat dan penuh keseronokkan. 
Kanak-kanak boleh mendekati, membelai dan memberi makan kepada pelbagai jenis haiwan seperti rusa, kambing, arnab, unta, kuda dan banyak lagi. 

2. Memberi Makan Haiwan
Pengunjung juga boleh membeli makanan haiwan yang dijual di sini untuk memberi haiwan makan. Satu bakal makanan haiwan berharga RM20 dan berisi pelbagai jenis sayuran serta makanan haiwan. 
3. Aktiviti Menanam
Selain aktiviti bersama haiwan, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti menanam pokok bersama-sama staf yang mahir. 
Setelah selesai, anda boleh membawa pulang tanaman anda dan dibekalkan dengan arahan penjagaan bagi  menggalakkan anda untuk terus memelihara tumbuhan tersebut. 
4. Lawatan Berpandu
Untuk lawatan berkumpulan (15 orang atau lebih), Audi Dream Farm menawarkan pakej eksklusif dengan lawatan berpandu yang mempamerkan kepelbagaian flora dan fauna ladang. 
5. Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak
Audi Dream Farm menawarkan pakej istimewa untuk sambutan hari jadi kanak-kanak. Pakej ini termasuk tunggangan kuda poni percuma, makanan dan pelbagai faedah lain untuk menjadikan hari istimewa anak anda lebih bermakna.
6. Audi Cafe
Dah penat ronda sekeliling mestilah hauskan. Anda boleh menikmati minuman sejuk di kafe yang disediakan di sini. Ada beberapa pilihan miniman yang anda boleh pilih. 
Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Audi Dream Farm di pautan berikut: https://audipenang.com/ 
Instagram: audi_dream_farm Facebook: Audi Dream Farm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/audi-dream-farm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=audi-dream-farm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cameron Highlands Flora Park Harga Tiket Masuk Cara Beli

Cameron Highlands Flora Park Harga Tiket Masuk Cara Beli

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 168 hits
Trip ke Cameron Highlands anda tidak lengkap tanpa berkunjung ke Cameron Highlands Flora Park ini Cameron Highlands Flora Park adalah merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang menawarkan pelbagai jenis bunga berwarna war...
Cara Mengatasi Kemalasan Dalam Ibadah Panduan Islami Berdasarkan Dalil Shahih

Cara Mengatasi Kemalasan Dalam Ibadah Panduan Islami Berdasarkan Dalil Shahih

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 189 hits
Malas itu ada masanya Namun malas juga butuh dikendalikan dan dicegah atau diatasi Malas yang paling bahaya adalah malas pada hati
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 272 hits
Selain sebagai identiti rasmi warganegara Malaysia MyKad juga dilengkapi dengan ciri ciri tambahan yang memudahkan urusan harian antaranya kebolehan menyimpan duit dalam MyKad Salah satu fungsi utama MyKad adalah integrasi dengan sistem Tou...
6 Cara Cepat Kurus Ketika Puasa Agar Cantik Di Hari Raya

6 Cara Cepat Kurus Ketika Puasa Agar Cantik Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 219 hits
6 Cara Cepat Kurus Ketika Puasa Agar Cantik di Hari Raya Ramai yang bertanya apakah cara cepat kurus ketika puasa Sebelum kita pergi lebih jauh ingin admin ingatkan bahawa puasa bukan sekadar ibadah tetapi juga satu peluang untuk menurunkan...
New Tutorial Lengkap 6 Cara Buat Duit Usd Melalui Facebook

New Tutorial Lengkap 6 Cara Buat Duit Usd Melalui Facebook

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 173 hits
Tutorial Lengkap Cara Buat Duit USD Melalui Facebook Ramai sebenarnya yang belum tahu ada USD melalui facebook dan langsung tidak melibatkan anda perlu menjual Ya tanpa menjual tetapi anda mendapat gaji setiap bulan menarik bukan Sebelum pe...
Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 232 hits
Apa itu TIN Ini 3 Cara dapatkan TIN Tax Identification Number 3 Apa Itu TIN dan Cara Mendapatkannya di Malaysia TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan kepada individu dan syarikat untuk tujuan percukaian Di Mal...
Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid

Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 201 hits
Apabila seseorang itu menghidap hipotiroidisme mereka mungkin selalu berasa letih dan lesu walaupun selepas bangun dari tidur yang cukup Ini kerana kelenjar tiroid mereka tak berfungsi dengan baik yang mana ia boleh mengganggu metabolisme t...
Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kalau kita tunggu sampai duit tebal baru boleh happy confirm susah la Nak kumpul duit jadi banyak pun asyik stress pressure mood swing bergaduh masam muka kau kata aku aku kata kau macam tak best jugak Em...
Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

How Weather Conditions Affect Driving Safety

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Be Magnanimous In Melaka Seat Talks Amanah Urges Bn

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Benefits Of Cycling Regularly

Setiausha Agong Veteran Umno

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam