Disebabkan ini kali kedua aku datang Phuket, memang tak nak pergi dah island hopping segala bagai tu. So, kawan aku ajak buat something yang aku tak pernah terfikir nak buat pun seumur hidup aku! hahaha~
ATV ride! Lama juga kitorang berfikir nak naik ke taknak, nak naik keee taknakk. Tak naik rugi. Nak buat ape je kat Phuket kalau tak pergi sini? Tapi bawak anak umur 4 tahun boleh ke? haa soalan last tu terpaling mencabar hampir migrain tiap kali soalan tu terpacul dalam kepala aku. hahaha~
Hari kejadian, tunggu transport pick up kat lobby hotel. Transport kitorang sampai lewat sikit dari waktu yang ditetapkan. Tapi tak la lambat sangat. Still acceptable gitu. Merasa lah Zafran naik jeep, duk seat belakang baru adventurous. kahh!
Mula² aku letak Zafran kat belakang, sebab aku tengok comment² orang semua letak anak kat belakang. Then instructor suruh tukar letak Zafran kat depan. hahaha~ Lega weh! Yelahh Zafran tu dah la kecik kemetot kang aku tak sedar dia tercicir (nauzubillah)
haa macam ni aku pun tak risau sebab boleh peluk dia. Jalan situ agak bumpy, walaupun tak extreme sangat. Just nice untuk first timer and bawa anak² kecik gitu. Aku tak jalan sekali dengan officemate lain sebab kitorang beli tiket asing². So aku dapat satu instructor, officemates aku satu instructor. Route yang sama je tapi tah macam mana dorang tertinggal jauh ke belakang. haha~
Ada lalu tempat gajah. Ada pakej yang boleh naik gajah. Tapi aku insaf dah lepas dapat tau dorang seksa gajah² tu semata nak happy kan pelancong
Aku tengok mat saleh ada je naik. Big NO to naik gajah ok! Jangan support dah aktiviti gini. kalau nak stop amek gambar, boleh request je pada trainer yang bawa korang tu. Walaupun dorang tak mahir sangat speaking, tapi basic² word, 'take picture' dorang faham je. Ramai dah pelancong mat saleh dorang entertained. haha~
Dorang akan bawa korang stop ke Big Buddha temple. Stop dalam 15 minit gitu je
Masa ni kawan² aku tak sampai lagi. Aku malas nak tunggu dorang so mintak je lah sapa² tolong amekkan gambar. haha~
Aku suruh Zafran posed lompat. Tapi hurm
Nak balik dah
Semua gambar² aku, instructor aku yang tolong snap kan. Even video pun dia ada amek. Dia lah pegang phone aku. Sambil bawa atv tu dia snap gambar and video. Kejap² kang dia behenti, "take photo??" ehh aku ni pantang orang offer, mesti lah nakkk!
Dalam sejam juga ATV ride ni. Seronok!!! Puas hati sangat. Dah la layanan instructor pun awesome! Yelah banyak gambar and video dia amek memang happy gila lah aku. Bila tah nak naik ATV lagi. Kat Malaysia ada tapi tak pasti boleh bawa kids atau tak. Dah jadi mak-mak ni semua aktiviti yang aku nak buat mesti kena kids friendly
Nak datang lagi ke? TAK!! HAHAHAHAHA
On the way balik hotel. Transport untuk balik elok ada ekon. Nasib² kot dapat transport macam mana. Upon availability agaknya
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |