Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai). Dari nama asal restoren Resipi Sabak Salai sampai dah bertukar ke Resipi Grobok Salai baharulah Mrs.A berkesempatan singgah makan lunch kat sini. Grobok Salai ni terletak di Kampung Kundur Hulu, Pedas Negeri Sembilan Darul Khusus hah! amik kau penuh nama negeri Mrs. A tuliskan ngeh! ngeh! ngeh! Kalau nak balik kampung tu memang Mrs. A akan lalu depan restoren Resipi Grobok Salai ni tapi tulah selalunya ramai jer orang nak parking pun takde tempat tu yang menjadikan malas nak singgah tu.
Tapi kebetulanlah pulak time nak hantar mak Mrs. A balik kampung baru-baru ni mak ajak singgah katanya nak belanja makan tengahari kat situ. Lagipun asyik dengar cerita orang je moh! la kita try pulak. Alhamdulillah pada ketika dan saat itu memang ada parking dan betul-betul depan Grobok Salai tu seakan memahami yang mak Mrs. A ni tak boleh berjalan jauh cause masalah sakit lutut dia tu.
Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai).
Muka ada senyum dapat makan di Grobok Salai hiks!
Haruslah mencuba daging salai masak lomak cili api ni kan....
phewww! keluar air hidung Mrs. A memang osah masakan nogori eaSesiapa yang nak mencuba masakan asli Negeri Sembilan tu memang Mrs. A rekomen sangat tempat ni memang banyak pilihan lauk pauknya dimasak ikut cara orang Negeri Sembilan. Lagipun semua food tu memang sedap, cukup rasalah semuanya. No wonderlah asal Mrs. A lalu aje penuh dengan orang ramai yang kebanyakkannya datang dari luar Negeri Sembilan. Ada yang dari Johor, Putrajaya dan juga Melaka.
Dah tu pulak kekdahnya customer yang datang tu dah pernah datang pun sebelum-sebelum ni macam yang makan sebelah meja Mrs. A tu dah dua tiga kali datang. Patutlah time Mrs. A terkejut dek bunyi air yang pemilik restoren sengaja curahkan kat atas bumbung tu depa rilek je sambil bagi tahu "oh! itu air dia orang sengaja curahkan kat atas zink so takdelah panas sangat". Time tu memang panas lit-lit pun dah tentulah tengahari lepas zohor kan ditambah pulak musim panas. So bila curah air tu takdelah panas berbahang sangat.
Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai).
Kredit photo FB pages Resepi Grobok SalaiLepas ni kalau ada rezeki nak repeat lagi makan kat Resepi Grobok Salai ni nak cuba lauk lain pulak ngeh! ngeh! ngeh!. Last week time mak, Aryssa dan Maksu adik Mrs. A on the way nak balik kampung dari HTJ tu depa nak singgah tapi tulah b.i.l cakap takde parking kakcik, berderet-deret kereta dan jugak big bike jauh nak berjalan pastu mak kata tak jadilah lain kali ajelah". huhuhuuu... sabar yolah.
Okay itu sahaja nak share kisah lunch Pertama Kali Singgah Di Restoren Resepi Grobok Salai (formely known as Resipi Sabak Salai) Eh! jap..jap..
Haruslah selfie seketul kat depan trade mark Grobok Salai tu panas lit-lit don't care.
Restoren Resepi Grobok Salai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/02/pertama-kali-singgah-di-restoren-resepi.html