Atuk Mengandungkan Cucu Sebelum Cuba Gugurkan Kandungan Guna Hanger Baju
Bukan senang nak ceritakan balik tragedi hitam yang pernah kita lalui. Lagi-lagi, bila ia buat kita trauma hingga tak nak teruskan hidup
Namun, bagi Charlotte Wade yang kini berusia 22 tahun, dia perlu menceritakan semula kisah penderitaannya selepas bertahun-tahun ‘diseksa’ olah atuk tirinya Raymond Hodges.
Kisah ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak yang dirogol hingga mengandung oleh atuk tirinya sebelum kandungannya ini digugurkan dengan penyangkut baju.
Menurut Mirror, Charlotte mengatakan dia rasa seperti hampir mati dan tak pernah rasa sakit seperti itu ketika pedofil Raymond Hudges menjalankan prosedur kejam tersebut semasa dia berumur 12 tahun.
Malah Charlotte tak merahsiakan identitinya bagi menceritakan tragedi hitam yang dilaluinya sejak dia berumur tujuh tahun.
Pada November 2016, Charlotte mendapat keberanian untuk membuat laporan polis tentang penderaan yang dialaminya selama ini.
Atas pendedehan berani Charlotte, Raymond dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun pada Julai 2017 atas 24 kesalahan terhadap Charlotte termasuk merogol, mendera dan menggunakan alat untuk melakukan prosedur pengguguran.
Raymond merupakan atuk tiri Charlotte. Walaupun mereka tinggal jauh, Raymond sanggup datang ke rumah keluarga Charlotte sebulan sekali untuk tinggal bersama mereka beberapa minggu. Meskipun dia tinggal berjauhan.
Pada 2002, ketika Charlotte berusia lima tahun, Raymond telah menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak ini ketika ibu dan bapa tirinya keluar bekerja. Ketika ini lah tragedi hitam dalam kehidupan Charlotte bermula.
“Saya suka Raymond seperti atuk saya sendiri kerana dia selalu bawa coklat bila dia datang melawat.
“Tapi, satu hari, Raymond mula berperangai pelik. Dia tanya kalau saya tahu macam mana nak bercium seperti orang dewasa.
“Bila saya cakap tak, dia cium bibir saya. Kemudian dia suruh saya rahsiakan perbuatannya.
“Sejak itu, dia selalu cium saya bila kami tinggal berdua.”
Namun, perbuatannya tak terhenti setakat ini. Tak lama kemudian, Raymond mula menyuruh Charlotte untuk menyentuhnya bila ibu bapa kanak-kanak ini sedang tidur.
Pada 2003 pula, Raymond mula pindah berdekatan dengan rumah keluarga ini.
“Saya rasa jijik. Dia tinggal hanya beberapa minit saja dari rumah kami dan saya perlu duduk dengannya pada hujung minggu.
“Ketika ini dia mula paksa saya untuk sentuh dia dan dia akan sentuh alat sulit saya.
“Dia ugut untuk cederakan adik beradik saya jika saya beritahu orang lain. Saya tak nak nak dia apa-apakan mereka. Jadi, saya diam.”
Setahun kemudian, ketika Charlotte berusia tujuh tahun, Raymond telah menolaknya ke atas lantai di ruang tamu dan mula merogolnya. Saya rasa sakit tapi dia kata, ini apa yang orang dewasa buat.
“Selepas itu, dia belikan saya gula-gula dari kedai seperti tak ada apa-apa berlaku. Saya terperangkap.
“Setahun kemudian, dia mula merakamkan serangan seksualnya.
“Pada awalnya saya menolak. Tapi dia tendang perut saya dan rogol saya. Saya tak berdaya.
“Bila saya tolak lagi, dia paksa letak tangan saya pada cerek panas.”
Tak cukup dengan itu, ketika Charlotte berusia 12 tahun, dia tak datang haid selama dua bulan berturut-turut.
“Kerana atuk sering merogol saya, dia perasan saya tak datang haid dan paksa saya untuk membuat ujian kehamilan.
“Dia tak kasi saya tengok keputusannya dan tak kata apa-apa selama beberapa minggu.
“Sebulan selepas itu, ketika saya di rumahnya. Seorang rakannya datang ke rumah dan secara tiba-tiba menolak saya ke atas lantai dan menekan saya.
“Saya ingatkan dia nak rogol saya, tapi kemudian, atuk muncul dengan penyangkut baju dan buka seluar saya dan tolak penyangkut baju masuk ke dalam alat sulit saya.
“Saya tak pernah rasa sakit seperti itu. Saya rasa macam nak mati.
“Kemudian, dia beritahu saya, saya tak akan mengandung lagi dan tinggalkan saya berdarah di atas lantai.
“Saya bangun dan bersihkan diri saya. Saya rasa sakit selama beberapa hari dan rasa sangat terdesak nak beritahu seseorang.”
Selepas insiden tersebut, Raymond kembali merogol Charlotte selama dua tahun. Tapi, ketika Charlotte meningkat remaja, penderaan ini mula berkurang.
Penderitaan Charlotte terhenti bila Raymond bergaduh dengan ibu Charlotte dan mula berhenti datang ke rumah mereka.
“Tapi, walaupun lepas atuk pergi. Saya tak pernah rasa selamat.
“Saya selalu dapat bayangan perlakuannya dan cuba untuk cederakan diri saya. Saya juga pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri.
“Saya sedar yang atuk perlu dihukum atas apa yang dia lakukan pada saya selama ini.
“Jadi, pada November 2016, saya laporkan perkara itu kepada pihak polis.
“Seminggu kemudian, dia ditahan dan dihukum.”
Raymond mengaku bersalah kepada satu kesalahan merogol budak perempuan bawah usia 13 tahun dan satu kesalahan gangguan seksual terhadap budak berumur 13 tahun dan satu lagi kesalahan memaksa budak bawah 13 tahun untuk melakukan aktiviti seksual.
Dia menafikan tuduhan-tuduhan lain dan memaksa Charlotte untuk memberikan bukti. Selepas dua minggu, Raymond didapati bersalah untuk semua 24 kesalahan.
Hakim mahkamah, Philip Harris-Jenkins berkata, Raymond tak menunjukkan rasa bersalah langsung dengan kelakuannya yang kejam.
Raymond dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan dia diarahkan untuk menandatangani senarai pesalah seksual.
“Semasa saya diberitahu tentang hukumannya, saya menangis. Menceritakan semula tragedi ini telah membantu saya untuk meneruskan hidup dan saya desak orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
“Walaupun atuk saya dah rampas kebahagiaan saya sebagai kanak-kanak, saya tak mahu beri dia peluang untuk rosakkan masa hadapan saya.”
Memang tak terbayang penyeksaan yang dilalui oleh Charlotte ini. Moga kisah dari Charlotte ini dapat beri keberanian kepada mangsa-mangsa penderaan seksual yang lain.
sumber
The post Atuk Mengandungkan Cucu Sebelum Cuba Gugurkan Kandungan Guna ‘Hanger’ Baju appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/atuk-mengandungkan-cucu-sebelum-cuba-gugurkan-kandungan-guna-hanger-baju/