Atsky Kota Damansara Tempat Eksklusif Makanan 5 Bintang Pada Harga Kedai Mamak
Menikmati hidangan makan malam diruangan rooftop pasti membuatkan anda berasa teruja dengan kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana yang menenangkan ditambah dengan dekorasi indah yang pasti menimbulkan mood ceria anda.
ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak
ATSKY Kota Damansara merupakan tempat makan eksklusif seperti makanan 5 bintang yang menawarkan harga berpatutan serendah harga kedai mamak. Dengan rekaan suasana yang pelbagai gabungan ruang berhawa dingin, ruang terbuka & juga ruang majlis keraian, ATSKY sangat sesuai di kunjungi pelbagai lapisan masyarakat samaada untuk bersantai, makan bersama keluarga mahupun untuk menyambut majlis keraian termasuk majlis hari jadi hingga majlis keraian besar seperti kenduri kahwin.
Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara
Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Menariknya ATSKY lagi, walaupun dengan rekaan tempat yang sangat eksklusif bertaraf 5 bintang serta chef - chef berpengalaman yang juga dari Hotel-hotel terkemuka. ATSKY menawarkan pelbagai menu dari makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan sebanding 'kedai mamak', jadi pelanggan tidak perlu bimbang untuk berbelanja. Pelanggan boleh memilih aneka menu yang berada disini.
Menurut pengarah urusan ATSKY En. Ali Ikhwan berkata
"kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan - rakan menegur harga yang di tawarkan adalah murah di bandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat di nikmati golongan berpendapatan tinggi".
Menu Signature ATSKY 'YOUYU' Beef SteakAntara menu signature ATSKY adalah 'YOUYU Beef Steak' . Ianya sesuai dengan konsep mampu milik ATSKY. Rata-rata pelanggan yang telah merasai YOUYU Beef Steak di ATSKY mengakui ianya memiliki rasa setanding daging Wagyu iaitu daging paling bernilai di dunia namun harga yang di tawarkan adalah 5 kali ganda lebih murah jika di bandingkan dengan daging Wagyu .
Harga bagi 150g YOUYU Beef cumalah RM49 manakala harga bagi 200g hanya RM65 dan 250g hanya RM79.
Persembahan Buskers dan Karaoke Percuma di ATSKY
Selain merasai pengalaman makanan eksklusif diatas langit, Terdapat juga persembahan buskers dan karaoke percuma di ATSKY. Memang pengalaman yang indah sekiranya anda menikmati hidangan makan malam sambil di hiburkan oleh kumpulan buskers. tambah lagi alunan muzik yang dimainkan memang sesuai dengan lagu yang anda suka. Cik iena rasa seronok sangat menikmati makan malam disini sambil didendangkan lagu dari kumpulan buskers Cakial & Friends.
kumpulan buskers Cakial & Friends
Bukan itu sahaja , rakan Cik iena juga berkesempatan berkaraoke kerana perkhidmatan karaoke disini adalah percuma. Perkhidmatan ini antara perkhidmatan yang paling banyak mendapat sambutan. Yang pastinya anda perlu datang awal dan letak nama awal-awal untuk nyanyi. Sekali pelanggan pegang microphone tu memang bersambung-sambung orang berkaraoke.
Ruang Karaoke ATSKY Kota Damansara
Sambutan Hari jadi di ATSKY Damansara.Selain menikmati keenakam makanan disamping hiburan dari buskers anda juga boleh meraikan majlis ulang tahun disini. Anda boleh buat kejutan kepada yang diraikan. Pihak buskers akan menyanyikan lagu hari lahir istimewa untuk yang diraikan. Berikut Cik iena kongsikan video birthday surprise untuk Jasmeen oleh ayah dan ibunya Afzal dan zatie.
Sambutan Hari jadi Meen di ATSKY Damansara.
Bergambar bersama birthday girl
Antara menu di ATSKY yang Cik iena dan rakan rakan cuba adalah seperti berikut.
Grilled Chicken | RM15.90
Chicken Chop | RM15.90
Bluebery Vanilla| RM8.90
Chicken Finger | RM8.90
Cheesy Fries | RM7.90
Buttermilk Beef With Rice | RM12.90
Chicken Wing (Spicy) | RM12.90
Tenderloin Slice Steak | RM29.90
Kung Pow Chicken With Rice | RM11.90
Menarik kan ATSKY ni. Kalau anda teringin nak rasa pengalaman makan diatas langit secara eksklusif pada harga yang murah anda boleh cuba makan di ATSKy Kota damansara. Berikut Cik iena kongsikan lagi beberapa keping gambar semasa Cik iena makan malam di ATSKY Kota Damansara.
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Untuk pengetahuan ATSKY di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di berikan.
Kepada anda yang berhajat untuk mengunjugi ATSKY boleh ke Roof Garden, Tingkat 3A, Dataran Cascades, PJ. Bersebelahan dengan Giant Kota Damansara.
Untuk Maklumat Lanjut
Facebook : https://web.facebook.com/atskydamansara
Instagram : https://www.instagram.com/atskydamansara/
Whatsapp : 60132351682
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2020/08/atsky-kota-damansara.html