Atome Payment Cara Beli Guna Installment Limit Paylater


Cara Beli Guna atome payment Installment & check Limit Paylater

Atome merupakan suatu platform yang menawarkan perkhidmatan pembayaran secara ansurans. Bil pembayaran akan dibahagikan kepada tiga (3) kali pembayaran.
Ia merupakan rancangan pembayaran secara ansurans masa pendek yang diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan urusniaga perniagaan sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
Bukan itu sahaja, pengguna Atome boleh membuat pembelian menerusi platform ini dan membayarnya mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang faedah dan bayaran perkhidmatan.
Pembayaran pertama akan ditolak daripada akaun pelanggan pada hari pembelian dilakukan dan pembayaran seterusnya adalah dalam tempoh 30 hari seterusnya.
Cara Beli Barang Guna Atome Paylater Penggunaan platform ini boleh digunakan untuk pembelian barang secara atas talian dan di kedai-kedai fizikal yang menawarkan perkhidmatan ini.
BACA SINI >> Cara Untuk Dapat Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2023
Bagi penggunaan Atome untuk pembelian secara atas talian, pengguna perlu memilih kaedah pembayaran menerusi aplikasi Atome ketika ingin membuat pembayaran barangan yang dibeli. Kaedah pembayaran ini akan dipaparkan di dalam laman sesawang rasmi peniaga yang berdaftar dengan syarikat Atome ini.  Kemudian, pengguna yang memilih pembayaran secara ansurans menerusi aplikasi Atome akan dilinkkan ke aplikasi Atome untuk membuat bayaran. Jadual pembayaran akan dipaparkan mengikut bulan yang telah ditetapkan daripada tarikh pembelian. Ansurans pertama akan ditolak daripada akaun bank pengguna dan seterusnya pada bulan-bulan yang ditetapkan seperti mana bil pembelian pengguna. BACA SINI >> Tarikh Cabutan Al Awfar 2023: Semakan Nama Pemenang
Cara Daftar Atome Paylater Individu yang ingin menggunakan perkhidmatan Atome, pendaftaran akaun Atome mestilah dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan transaksi pembelian.
BACA SINI >> Gaji Minimum 2023: Basic Pekerja Swasta RM1500 Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun Atome;
Muat turun aplikasi Atome menerusi telefon pintar pengguna menerusi laman sesawang https://www.atome.my seperti pada Rajah di atas ini Buka aplikasi tersebut dan klik pada butang “Daftar/ Register”. Masukkan nombor telefon bimbit pengguna dan klik pada butang “Next”. Kod pengesahan akan dihantar kepada pengguna menerusi nombor telefon yang telah didaftarkan dan masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan. Halaman menu utama akan dipaparkan kepada pengguna. Klik pada bahagian “Pay”. Pengesahan pengguna perlu dibuat dengan mengisi maklumat peribadi pengguna dengan lengkap dan betul. Kemudian, masukkan informasi kad debit/ kad kredit pengguna untuk melengkapkan pendaftaran. Akhir sekali, pendaftaran berjaya didaftarkan. Cara Login Atome Malaysia Dengan Email Pengguna Atome yang berjaya membuat pendaftaran akaun boleh mula log masuk ke akaun Atome mereka pada bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian secara ansurans.
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun Atome;
Klik pada aplikasi Atome. Masukkan nombor telefon pengguna. Klik pada butang “Next”. Kod pengesahan akan dihantar kepada pengguna dan masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan. Klik pada butang “Log Masuk”. Akhir sekali, halaman utama Atome akan dipaparkan. Syarat Guna Atome Online Individu yang memenhi syarat kelayakan sahaja yang layak untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi ini.
Syarat kelayakan ini mestilah dipenuhi untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan identity.
Berikut merupakan syarat penggunaan aplikasi Atome;
Pengguna mestilah merupakan warganegara Malaysia. Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas. Nombor telefon pengguna yang didaftarkan mestilah aktif. Kad debit/ kredit kad yang digunakan oleh pengguna mestilah kad bank yang dikeluarkan oleh institusi kewangan. Cara Semak Limit Atome Debit Card & Credit Card Terdapat had kredit yang telah ditetapkan oleh pihak Atome kepada pengguna.
Ianya bertujuan untuk memastikan pengguna boleh membuat pembayaran bulanan serta mengelakkan berlakunya tunggakkan atau gagal bayar.
Berikut merupakan had kredit yang telah ditetapkan;
KAD DEBITKAD KREDITRM1500RM5000 Walaubagaimanapun, had kredit ini boleh meningkat mengikut rekod pembayaran pengguna yang baik. Oleh itu, had kredit bagi pengguna Atome adalah berbeza antara satu sama lain.
Kenapa Pembayaran Atome Gagal Notifikasi seperti yang tertera di bawah ini akan dipaparkan kepada pengguna jika pembayaran menggunakan aplikasi Atome adalah gagal. Contoh seperti di bawah ini:
“we are unable to process your payment”
Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut;
Pengguna telah membuat pembelian melebihi had kredit yang telah ditetapkan. Terdapat tunggakan pada pembelian sebelum ini. Membelanja melebihi had kredit kad bank pengguna. Sistem Atome telah mengesan risiko pembayaran pada akaun bank pengguna. Kenapa Atome Account Kena Blocked Individu pengguna yang tidak bertanggungjawab dalam menguruskan akaun Atome, akaun mereka berpontensi untuk disekat.
Akaun Atome pengguna boleh disekat atas alasan pengguna mempunyai masalah untuk membuat pengesahan identiti.
Maklumat yang didaftarkan adalah palsu menyebabkan identiti pengguna tidak boleh disahkan.
Oleh itu, akaun Atome akan disekat untuk mencegah berlakunya penyalahgunaan identiti.
Akaun pengguna Atome juga boleh disekat disebabkan oleh bayaran tertunggak pada pembelian pengguna pada bulan-bulan sebelumnya.
Penunggakan pada tempoh yang lama disebabkan kegagalan untuk membuat bayaran ansurans menjadikan ianya disekat. Tuntasnya, pembayaran ini mestilah dilakukan mengikut jadual bil yang ditetapkan.
Akhir sekali, akaun Atome yang disekat juga adalah disebabkan oleh berlakunya aktiviti penipuan di platform Atome.
Penipuan ini adalah merupakan antara salah satu perbuatan penyalahgunaan akaun Atome yang tidak wajar dilakukan.
Cara Beli Iphone Installment Guna Atome Malaysia Rakan kongsi Switch dan Machines, kedua-duanya berdaftar dengan syarikat Atome.
Pengguna boleh membuat pembelian barangan Switch dan Machines secara ansurans menerusi aplikasi Atome.
Berikut merupakan cara-cara untuk membeli telefon bimbit Iphone menggunakan aplikasi Atome;
Pengguna boleh membeli Iphone ini secara atas talian atau di kedai fizikal Switch atau Machines. Pada bahagian pembayaran, pilih kaedah pembayaran Atome atau scan QR Code yang terdapat pada kedai fizikal. Paparan bil mengikut ansurans bulanan akan dipaparkan untuk tujuan pembayaran sepertimana tarikh yang ditetapkan. Klik pada butang “Pay” untuk membuat bayaran ansurans pertama. Wang akan ditolak menerusi akaun bank pengguna mengikut nilai ansurans bulanan. Akhir sekali, pembelian berjaya dilakukan. Berapa Harga Feee Untuk Register Atome Merchant Hampir lebih 2,000 peniaga yang menjadi rakan kongsi syarikat Atome ini.
Ianya bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Atome sebagai salah satu kaedah pembayaran bagi perniagaan mereka.
Bukan itu sahaja, ianya bertujuan untuk meningkatkan jualan mereka dari semasa ke semasa. 
Peniaga yang berdaftar untuk menjadi rakan kongsi syarikat Atome ini, mereka tidak akan dikenakan apa-apa kos pendaftaran.
Walaubagaimanapun, pihak Atome hanya mengenakan bayaran kadar diskaun pedagang (MDR) bagi setiap transaksi pembelian pengguna. 
Kelebihan Atome Banyak kelebihan yang boleh diperolehi oleh pengguna apabila menggunakan aplikasi Atome. Antara kelebihannya ialah pengguna boleh membuat pembayaran ansurans  sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan pengguna apabila membuat pembelian.  
Bukan itu sahaja, segala transaksi urusniaga dapat dijalankan dengan mudah. Pengguna hanya perlu membayar ansurans pertama terlebih dahulu dan menerima barangan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran seterusnya. Hal ini dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
Dengan menggunakan Atome juga, pengguna tidak dikenakan apa-apa kadar faedah dan caj perkhidmatan. Ini bermaksud pengguna hanya membayar barangan belian mereka tanpa sebarang caj tambahan. 
Keburukan Atome Malaysia Aplikasi Atome bukan hanya memberi manfaat kepada pengguna, ianya juga boleh memberi impak negatif kepada pengguna.
Pengguna yang gagal menguruskan kewangan mereka bakal memberi kesan kepada akaun Atome mereka. Bukan itu sahaja, akaun pengguna bakal digantung atau disekat. Oleh itu, pengguna mestilah bijak dalam menguruskan kewangan mereka dengan baik. Keburukan Atome ini adalah apabila pengguna gagal membuat bayaran ansurans dan caj pentadbir dikenakan. Hal ini akan meningkatkan beban hutang yang ditanggung oleh pengguna. Ianya juga boleh menjejaskan kewangan pengguna jika ianya tidak diuruskan dengan baik. Kesan Lambat Bayar Atome Pembayaran Atome yang berasaskan ansurans mestilah dibayar mengikut jadual bil yang telah ditetapkan. Namun, jika pengguna Atome gagal untuk membuat bayaran mengikut yang telah ditetapkan, tunggakan bayaran akan berlaku.
Bagi setiap tunggakan yang dilakukan oleh pengguna, caj pentadbir akan dikenakan sebanyak RM30 pada setiap bayaran yang tertunda.
Caj pentadbir disebabkan oleh kegagalan membayar tunggakan akan meningkat sehingga maksimum RM60 bagi setiap pesanan.
Jika pengguna masih gagal membuat bayaran tunggakan dalam tempoh yang terlalu lama, akaun Atome pengguna berkemungkinan akan dibekukan sehingga segala tunggakan dapat diselesaikan.
Bukan itu sahaja, akaun Atome pengguna juga berkemungkinan untuk disekat.  
Atome 12 Months Installment / Atome 6 Months Instatmant Malaysia Aplikasi Atome ini hanya menawarkan ansurans sebanyak tiga (3) bulan sahaja.
Aplikasi ini tidak menawarkan ansurans selama enam (6) atau dua belas (12) bulan. Ianya kerana aplikasi ini merupakan platform pembayaran ansurans jangka masa pendek. Walaubagaimanapun, pelan ansurans selama enam (6) dan dua belas (12) bulan hanya ditawarkan pada urusniaga tertentu sahaja. Cara Dapatkan Atome Promo Code Aplikasi Atome ini juga menawarkan kod promo yang menarik untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi ini.
Kesemua kod promo ini boleh didapati di dalam platform Atome di bahagian “Voucher”.
Kesemua voucher yang disediakan boleh digunakan apabila pengguna melakukan transaksi pembelian.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Cara Contact Atome Customer Service Malaysia Pengguna yang mempunyai masalah dengan aplikasi Atome ini boleh menghubungi khidmat pelanggan Atome Malaysia di alamat emel [email protected].
Khidmat pelanggan ini akan menjawab segala permasalahan pengguna dalam masa 24 jam.
Hal ini dapat memudahkan pengguna untuk menyelesaikan masalah mereka jika terdapat masalah pada akaun Atome mereka.
Sumber Asal Yang Rasmi : Atome Payment: Cara Beli Guna Installment & Limit Paylater
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/atome-payment-installment

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Guna Scanner Scan Kertas Peraduan Kertas Mewarna Guna Smartphone

Cara Guna Scanner Scan Kertas Peraduan Kertas Mewarna Guna Smartphone

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 186 hits
Cara Guna Scanner Scan Kertas Peraduan Kertas Mewarna Guna Smartphone Berikut adalah video tutorial cara untuk menggunakan scanner di smartphone Untuk pengguna android anda boleh download didalam Playstore manakala untuk pengguna Apple bole...
Cara Mudah Buat Cekodok Kembung Sedap Guna Eno

Cara Mudah Buat Cekodok Kembung Sedap Guna Eno

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 650 hits
Memang sedap andai dapat menikmati Cekodok Kembung yang terksturnya garing diluar dan lembut didalam Bila dimakan bersama sos pilihan terasa nikmat dan puas Bagi anda yang tercari cari resipi Cekodok Kembung yang mudah dan sedap resipi perk...
Cara Kemaskini Maklumat Murid Guna Sistem Idme Moe Gov My

Cara Kemaskini Maklumat Murid Guna Sistem Idme Moe Gov My

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 657 hits
CARA KEMASKINI MAKLUMAT MURID GUNA SISTEM idme moe gov my Kepada ibu bapa yang ingin mengemaskini maklumat anak dalam sistem idMe disini kami akan kongsikan cara untuk membuat kemaskini melalui sistem idme moe gov my Semoga membantu APA ITU...
Cara Mudah Bersedekah Ke Masjid Guna Aplikasi Sujood

Cara Mudah Bersedekah Ke Masjid Guna Aplikasi Sujood

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 250 hits
Sekarang ni dah ada platform yang membolehkan korang bersedekah ke masjid atau surau di Malaysia iaitu Aplikasi Sujood Alhamdulillah nak bersedekah atau menderma ke masjid masjid dan surau pun dah jadi semakin mudah nampaknya Dah tak perlu ...
Cara Buat Bubur Lambuk Daging Sedap Cepat Masak Guna Rice Cooker

Cara Buat Bubur Lambuk Daging Sedap Cepat Masak Guna Rice Cooker

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 523 hits
Bubur Lambuk Daging memang popular dan sinonim dengan bulan puasa Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu rasa tak lengkap Bagi anda yang teringin nak cuba masak Lambuk versi Utara yang enak saudari Nur Haziqah ada kongsikan resipinya J...
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Guna Aplikasi Maybank

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Guna Aplikasi Maybank

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 412 hits
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Guna Aplikasi Maybank Dalam kesibukan bulan Ramadan mungkin ada di antara kita yang sering terlupa untuk melaksanakan Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah sejenis zakat per...
Cara Guna Buat Gambar Midjourney Ai

Cara Guna Buat Gambar Midjourney Ai

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 595 hits
CARA GUNA BUAT GAMBAR MIDJOURNEY AI Terkini pengguna internet telah diperkenalkan satu platform akan dengan kemunculan alat digital yang mampu membuat gambar AI atau Kepintaran Buatan Itulah sebabnya kata kunci foto AI atau imej AI menjadi ...
Cara Check Saman Polis Guna No Plat Terkini Online Sms

Cara Check Saman Polis Guna No Plat Terkini Online Sms

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 379 hits
CARA CHECK SAMAN POLIS GUNA NO PLAT TERKINI ONLINE SMS Mudah cepat dan mesra pengguna Tidak dinafikan setelah pengenalan cara untuk menyemak saman melalui SMS mahupun online ini telah banyak memberi manfaat kepada pengguna untuk menyemak sa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025