Atlet Wanita Negara Galas Tugas Perangi Covid 19


Fatin Shahida Azmi dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kategori wanita MPFL pada tahun lalu, selepas membuat 11 jaringan.PETALING JAYA: Kelincahan dan ketajaman menjaringkan gol ketika beraksi di atas gelanggang futsal bukanlah penghalang buat seorang atlet wanita kebangsaan menggalas tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19
Fatin Shahida Azmi, 29, yang pernah menyarung jersi kebangsaan dan turut membantu pasukan futsal wanita negara menjulang pingat gangsa pada Sukan Sea 2013 di Myanmar berkata, dia terpaksa melupakan seketika aksi di gelanggang futsal untuk bersama rakan setugas lain di lapangan
“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk fasa 1 hingga 3, saya diarah bertugas oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai petugas barisan hadapan. Saya merupakan penguat kuasa di MPSJ
“Saya bersama anggota penguat kuasa lain bertugas membuat rondaan di sekitar taman-taman di Subang Jaya, dalam usaha memastikan orang awam mematuhi arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya kepada FMT
Katanya, hampir setiap hari dia akan membuat rondaan bagi memastikan tiada restoran di sekitar Subang Jaya membenarkan pelanggan makan di situ melainkan hanya membungkus makanan sahaja
“Saya turut memastikan bank di sekitar Subang Jaya tidak dikunjungi terlalu ramai orang. Perlu dihadkan orang awam ketika berurusan di dalam bank, serta tidak membenarkan sebarang aktiviti di taman-taman riadah,” katanya
Menurut Fatin, walaupun sibuk dengan tugas seharian sebagai seorang penguat kuasa sejak 8 tahun lalu, dia tetap berusaha membahagikan masa setiap hari berlatih di rumah bagi memastikan dirinya kekal cergas
Fatin ketika bertugas sebagai penguatkuasa MPSJ.“Saya perlu kekalkan kecergasan, jadinya sesi latihan buat masa sekarang ini hanya dilakukan pada setiap petang. Walaupun tidak ada kejohanan besar membabitkan futsal wanita, saya sentiasa kekalkan momentum sebelum dipanggil pihak pengurusan untuk memulakan sesi latihan,” katanya
Jelasnya, sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu, Fatin mengakui dirinya lebih cergas dan staminanya menjadi semakin baik kerana sepanjang PKP fasa 1 hingga 3, dia dapat membuat latihan untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari
“Bentuk latihan saya buat masa sekarang ini lebih kepada latihan berbentuk ‘strength’ dalam memastikan kesihatan fizikal saya sentiasa cergas. Saya akan berlatih secara sendiri dan kadang-kala turut dibantu rakan sepasukan,” katanya
Fatin yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak kategori wanita dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) tahun lalu berkata, tidak dinafikan terdapat perubahan dalam rutin sehariannya sepanjang tempoh PKP Ini
Fatin membuat latihan pada waktu petang secara sendiri di rumahnya semasa tempoh PKP.“Rutin harian saya adalah bekerja sama seperti orang lain melainkan hari Sabtu dan Ahad. Semasa cuti, saya juga lebih banyak menghabiskan masa menonton movie, kemas rumah dan akan mencuba pelbagai resipi makanan lain,” katanya
Sepanjang PKP berlangsung, anak ke-5 daripada 7 beradik itu hanya menggunakan panggilan video bagi melepaskan kerinduan pada keluarga yang ketika ini berada di Terengganu
“Saya tidak dapat bergerak bebas ke mana-mana seperti balik kampung, melancong atau ‘hangout’ bersama kawan-kawan. Buat masa ini, sudah sebulan lebih tidak dapat pulang ke kampung halaman di Terengganu,” katanya
Fatin berkata, dia juga sama seperti individu lain, mempunyai perasaan sama dan berharap keadaan negara kembali pulih. Menurutnya, dia sendiri sudah tidak sabar untuk memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukan
“Pastinya jika Covid-19 tidak melanda negara, waktu ini saya sudah memulakan latihan bersama rakan sepasukan. Itulah yang saya tunggu selama ini,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/atlet-wanita-negara-galas-tugas-perangi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nadya Syahera Terkenang Melancong Ke Luar Negara Bawa 2 Anak Kecil Pohon Doa Hapus Wabak Covid 19 Sebelum Hari Raya

Nadya Syahera Terkenang Melancong Ke Luar Negara Bawa 2 Anak Kecil Pohon Doa Hapus Wabak Covid 19 Sebelum Hari Raya

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 598 hits
Menularnya wabak pandemik Covid 19 sejak awal tahun ini memberikan kesan yang cukup hebat buat industri pelancongan khususnya Manakan tidak banyak aktiviti seperti melancong ke luar negara terpaksa dibatalkan Malah pelancong dari luar negar...
Covid 19 Undang Undang Pkp Fasa Kedua Sudah Diwartakan Jabatan Peguam Negara

Covid 19 Undang Undang Pkp Fasa Kedua Sudah Diwartakan Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 336 hits
BERITA HARIAN Kelihatan kesesakan di jalan Ampang ekoran kenderaan memasuki pusat bandar ketika melalui sekatan jalan raya pada tinjauan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan COVID 19 NSTP ASWADI ALIAS KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negar...
Covid 19 Tersangkut Di Sekatan Jalan Raya Wanita Bersalin Dalam Kereta

Covid 19 Tersangkut Di Sekatan Jalan Raya Wanita Bersalin Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 317 hits
Seorang wanita melalui pengalaman cemas apabila terpaksa melahirkan bayinya dalam kereta kerana tidak sempat sampai ke hospital akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam perjalanan ke Hospital Tawau Sabtu lepas Dalam kejadian pad...
Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 338 hits
Negara dijangka terus berdepan dengan pandemik Covid 19 sehingga tahun hadapan Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIMPUTRAJAYA Negara dijangka akan terus berperang dengan pandemik koronavirus sehingga tahun hadapan Ketua Pengarah Kesihata...
Covid 19 Hospital India Enggan Rawat Wanita Muslim

Covid 19 Hospital India Enggan Rawat Wanita Muslim

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 321 hits
Dipukul diminta bersihkan darah kerana didakwa bawa virusJAMSHEDPUR 27 Syaaban 1441H Selasa Masalah Islamophobia dilaporkan semakin menjadi jadi di India ini selepas hospital di negara ini enggan menerima pesakit dalam kalangan muslim yang ...
Virus Corona Mengapa Negara Yang Dipimpin Wanita Merespons Lebih Baik

Virus Corona Mengapa Negara Yang Dipimpin Wanita Merespons Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 321 hits
Selandia Baru Jerman Taiwan dan Norwegia punya dua kesamaan Di keempat negara ini angka kematian akibat Covid 19 relatif rendah Kemudian keempatnya dipimpin oleh perempuan Para perempuan tersebut mendapat pujian dari media atas sikap mereka...
Covid 19 Ngo Penggerak Komuniti Negara Negeri Pahang Turut Turun Padang Untuk Bantu Rakyat Di Waktu Pkp

Covid 19 Ngo Penggerak Komuniti Negara Negeri Pahang Turut Turun Padang Untuk Bantu Rakyat Di Waktu Pkp

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 770 hits
KUANTAN Sebuah lagi Badan Bukan Kerajaan iaitu Penggerak Komuniti Negara Negeri Pahang kini sedang bergerak aktif membantu rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih berjalan sekarang NGO ini mula bergerak sejak beberapa tahun lalu seb...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025