Atlet Ukraine Dihina Dikecam Mohon Simpati Rakyat Malaysia
Atlet Ukraine dihina dikecam mohon simpati rakyat Malaysia. Atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval yang menerima pingat emas selepas bantahan kemenangan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru terpaksa membuka akaun Instagram baharu selepas akaun pertamanya digodam.
“Akaun pertama saya telah digodam rakyat Malaysia selepas mereka menyerang saya dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran-hantaran saya,” ujarnya melalui Instagram Story.
Namun, laman Instagram baharu tersebut turut tidak terlepas menerima serangan bertubi-tubi daripada netizen Malaysia yang bertindak menulis pelbagai komen berbentuk kecaman selain ada yang tergamak menyamakan atlet itu dengan haiwan.
Tidak tahan dengan keadaan itu, Koval kemudiannya memuat naik permohonan maaf beserta emoji dua telapak tangan dirapatkan dipercayai bagi merayu agar pertikaian itu tidak dipanjangkan.
Gara-gara dituduh menjadi punca kepada pembatalan pingat emas milik atlet Malaysia, Ziyad Zolkelfi, netizen mula menyerang akaun sosial media yang dikaitkan dengan atlet Paralimpik serta kedutaan Ukraine.
Tangkap layar laman Instagram baru Koval yang tidak terlepas menerima keceman netizen Malaysia sehingga hari ini.
Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia menyifatkan tindakan ‘tentera bawang’ berkenaan sebagai melampui batas dan dianggap tidak matang selain mencemarkan nama baik negara.
“Tidak sokong kecam media sosial atlet paralimpik Ukraine. Apatah lagi bahasa yang ‘cantik’ digunakan. Bukan semua perkara hendak dikecam sampai koyak. Berpada-padalah. Bahasa jiwa bangsa,” ujar Nur Hasliza Hamar.
“Kepada yang melampau sehingga menghina Orang Kurang Upaya (OKU) memang tidak boleh dimaafkan dan memalukan negara,” komen Rows Uwie.
“Netizen kecam berlebihan. Boleh sampai melampaui batas. Dia juga manusia.Sepatutnya bantahan kita sudah matang, bukan macam kebudakan. Pepatah Melayu sebut masa ibarat emas. Pepatah Arab pula kata masa itu ibarat pedang,” ulas Abuya Ashaari.
“Fikir akhirat sama. Jangan bangga sangat mengecam orang. Takut esok, kalau tidak kita, anak-anak kita yang jadi mangsa kecaman orang pula. Jom sama-sama muhasabah diri,” kata Aziz Baru.
Atlet Ukraine dihina dikecam mohon simpati rakyat Malaysia
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki
TMJ tells Syed Saddiq to jump off KLCC without a parachute
Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung
Suami mengamuk isteri muda diganggu kekasih lama
Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM
Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap
Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 di Sabah
Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah
Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU
Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
The post Atlet Ukraine dihina dikecam mohon simpati rakyat Malaysia appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/02/atlet-ukraine-dihina-dikecam-mohon-simpati-rakyat-malaysia/