Asyraf Boleh Berdialog Isu Thp Tapi Bukan Dengan Saya Mujahid


M FAKHRUL HALIM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof tidak mempunyai masalah jika Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki ingin berdialog mendapatkan maklumat, khusunya mengenai penjualan aset Tabung Haji Plantation (THP).

Namun, kata Mujahid, beliau bukanlah orang yang tepat untuk menyertai dialog itu, memandangkan sebagai menteri, beliau telah menyerahkan tanggungjawab menguruskan anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH) itu kepada mereka yang profesional.

"THP ialah entiti perniagaan. Sebagai menteri, saya arahkan entiti perniagaan ini biarlah orang profesional yang jalankan.

"Saya tak ada campur tangan kalau dia nak dialog, (tapi) bukan dengan saya. [...]

"Dia (kena) berdialoglah dengan orang kendalikan perniagaan, kenapa saya?" soalnya ketika menjawab soalan pemberita.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Prapelancaran Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah Rendah Agama Saidina Ali, Kuala Lumpur.

Semalam, Asyraf mengajak Mujahid berdialog bagi merungkai kebenaran berhubung isu yang melanda TH ketika ini termasuk penjualan aset THP.

Untuk rekod, Asyraf pada 24 Januari juga pernah mempersoalkan penjualan aset THP berupa 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak.

Mujahid juga bukan pertama kali menjawab isu itu, apabila pada 25 Januari menjelaskan tentang penjualan sebahagian daripada ladang kelapa sawit milik THP kepada Tamaco Plantations Sdn Bhd pada harga RM170 juta.

Katanya, sepanjang menjadi menteri, agensi di bawahnya diberi kepercayaan penuh menjalankan urusan tanpa campur tangan politik.

Dia juga menzahirkan keyakinan tinggi bahawa pihak pengurusan THP yang baru dapat menyelamatkan syarikat itu daripada terus mengalami kerugian.

Mengulas lanjut, kata Mujahid, memandangkan Asyraf kini di pihak pembangkang, beliau faham keinginan Asyraf untuk berdialog kerana mungkin bekas timbalan menteri itu "tidak tahu cerita" tentang urusan perniagaan TH dan anak syarikatnya sekarang.

Namun, Mujahid mempunyai sebab tersendiri untuk memastikan dialog yang mahu diadakan Asyraf tidak hanya menjadi dialog antara "orang politik" semata-mata.

"Dia orang politik, saya orang politik. [...]

"Bila berlaku dialog politik, dia akan jadi cerita lain, dan akan menimbulkan lagi kebimbangan (pendeposit)," katanya.

Tambahnya, sebagai menteri, dia perlu lebih memikirkan kepentingan kira-kira 9.4 juta pendeposit dengan nilai tabungan lebih RM70 bilion dalam TH.

Justeru, sekiranya Asyraf jujur mahu berdialog tentang TH dan THP, Mujahid berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mengatur pertemuan tersebut antara Asyraf dengan golongan pakar dan profesional yang terlibat langsung dalam urusan perniagaan.

"Lepas tu di luar dia nak cakap apa itu masalah dialah.

"Saya pun faham dia ketua pemuda, saya pun faham dia nak tunjuk kata dia bersuara.
Saya pun orang politik," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/asyraf-boleh-berdialog-isu-thp-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Jumpa Dong Zong Boleh Tapi Tolak Dialog Asyraf

Mujahid Jumpa Dong Zong Boleh Tapi Tolak Dialog Asyraf

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 261 hits
Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed ArisKUALA LUMPUR Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menolak sesi dialog bersama Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah sesuatu yang pelik...
Mujahid Letak Jawatan Jika Tak Boleh Selesai Isu Penjualan Anak Syarikat Th

Mujahid Letak Jawatan Jika Tak Boleh Selesai Isu Penjualan Anak Syarikat Th

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 286 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan yang dipercayai bukti penjualan aset Tabung Haji pada sidang media khas di Menara Dato Onn PWTC Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Penjualan 14 anak syarikat Tabung Haji P...
Kenapa Mujahid Kecut Nak Jawab Isu Thp Najib

Kenapa Mujahid Kecut Nak Jawab Isu Thp Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 229 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum berpuas hati dengan sikap berdiam diri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof...
Penjelasan Isu Thp

Penjelasan Isu Thp

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 350 hits
PENJELASAN ISU THPTabung Haji Plantations Berhad THP anak syarikat Tabung Haji dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Ladang Ladang Tabung Haji Sendirian Berhad Dimiliki lebih 73 saham oleh Tabung Haji dan ditubuhkan sejak 1972 Kini diteraju...
Lge Bukan Malas Nak Layan Tapi Tak Tahu Apa Boleh Dijawab

Lge Bukan Malas Nak Layan Tapi Tak Tahu Apa Boleh Dijawab

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 500 hits
Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menganggap Lim Guan Eng tidak tahu apa yang boleh dijawab kepada pelbagai kenyataan daripada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana yang disebut penuh dengan fakta ...
Guan Eng Haritu Pinjam Sebab Nak Bayar Gaji Penjawat Awam Tapi Boleh Rewards Exco Rm50k

Guan Eng Haritu Pinjam Sebab Nak Bayar Gaji Penjawat Awam Tapi Boleh Rewards Exco Rm50k

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 346 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada sesetengah individu dan institusi Cina yang menyokong pihak yang menggunakan politik pecah belah dan merosakkan Dalam ucapan Tahun Baru Cinanya Lim G...
Boleh Nak Bagi Anak Snek Sihat Tapi Ikut Saranan Daripada Pakar Pemakanan

Boleh Nak Bagi Anak Snek Sihat Tapi Ikut Saranan Daripada Pakar Pemakanan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 358 hits
Snek secara perlahan lahan telah menjadi antara pilihan makanan utama pada kanak kanak seluruh dunia Kanak kanak pada masa kini lebih mengambil dan memakan snek sepanjang aktiviti seharian mereka Anda harus menyedari bahawa tabiat pemakanan...
Mujahid No Political Intervention In Sale Of Thp Subsidiaries

Mujahid No Political Intervention In Sale Of Thp Subsidiaries

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 196 hits
Minister in the Prime Minister s Department Mujahid Yusof Rawa stressed that he has given full trust to agencies under his portfolio including Lembaga Tabung Haji to manage their affairs without any political intervention He said TH Plantat...
Tiada Campur Tangan Politik Dalam Urusan Jual Beli Thp Mujahid

Tiada Campur Tangan Politik Dalam Urusan Jual Beli Thp Mujahid

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR 25 Jan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan bahawa beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi di bawah portfolionya termasuk Lembaga Tabung Haji menjalankan urusan mereka...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia