Asum Bantu Phee Jinq En Untuk Layak Ke Olimpik


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah memberikan pengesahan mereka untuk membantu program latihan perenang negara Phee Jinq En bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
Setiausaha Kehormat ASUM Mae Chen berkata, badang kebangsaan itu akan membantu perenang berusia 22 tahun itu dari segi bantuan kewangan, selain membantu perenang kuak dada itu merancang program latihan dan mendapatkan visa sukan dari Amerika Syarikat.
Beliau berkata, juara Sukan SEA kuak dada 50 meter (m) dan 100m itu, pada awalnya bertolak pada September, tetapi memutuskan untuk menangguhkannya sehingga Disember atau Januari kerana COVID-19 yang masih belum selesai di Amerika Syarikat.
“Harapannya pada masa beliau berjaya dapat visa sukannya, keadaan adalah lebih baik di Amerika. Beliau berhasrat untuk mengikuti jurulatihnya dia sana (John Klinge) bagi mendapatkan tiket ke Tokyo 2020 kerana beliau amat hampir dengan kelayakan Kategori A.
“Kewangan untuk latihan, akan ditanggung kami. Dari segi kewangan, ia bukanlah satu isu untuk program Road to Tokyo (RTT) dan atlet elit, mereka semua disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa kerja bersama MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.
Jinq En, graduan universiti Purdue, telah melepasi masa 1:09.08s iaitu masa kelayakan B ketika beliau memecahkan rekod kebangsaan dengan masa 1:08.50s pada Sukan SEA 2019, tetapi pada ketika ini mahu memastikan tempatnya dengan mencatatkan masa 1:07.07s, iaitu masa kelayakan A.
Sementara itu Mae Chen berkata, ASUM akan menganjurkan kejohanan renang tempatan dengan menyasarkan tiga kategori umur iaitu, 13-14, 15-16 dan terbuka, yang akan diadakan pada Oktober.
ASUM juga bercadang untuk menganjurkan pertandingan terjun dalam negara awal November, sebagai pemanas badan dan persediaan bagi penerjun untuk mendapatkan kejohanan sebelum Piala Dunia dari 23-28 Feb tahun depan di Tokyo.
Kejohanan dunia itu yang dijadualkan pada 21-26 April 2020, akan menjadi kejohanan terakhir untuk atlet terjun melayakkan diri ke Olimpik.
“Pada masa ini, kita ada empat atlet wanita (Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee dan Leong Mun Yee), kami berharap, beberapa atlet lelaki dan Cheong Jun Hoong akan dapat layak,” katanya.
Mengenai pertandingan secara maya dengan negara yang mempunyai zon masa yang sama termasuk antaranya New Zealang dan Austrilia, Mae Chen berkata ASUM dalam perbincangan dengan Perbadanan Stadium Negara bagi meningkatkan fasiliti internet sebelum kejohanan pada November, selepas menghadapi masalah internet pada ujian bersama Australia baru-baru ini.
Beliau turut mendedahkan beberapa atlet termasuk atlet elit, telah mengalami peningkatan berat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang COVID-19, namun telah menunjukkan kemajuan dan kini kembali seperti sedia kala.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/asum-bantu-phee-jinq-en-untuk-layak-ke-olimpik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Teruskan Program Mybrain Bantu Mahasiwa Sambung Pengajian Kata Menteri

Kerajaan Teruskan Program Mybrain Bantu Mahasiwa Sambung Pengajian Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 305 hits
Kerajaan Perikatan Nasional melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan kembali program program MyBrain15 yang ditangguh ketika pemerintahan Pakatan Harapan sebelum ini Menterinya Noraini Ahmad berkata program itu akan dilaksanak...
Kerajaan Akan Memperkenalkan Modul Untuk Bantu Ibu Bapa Didik Dan Awasi Penggunaan Gajet Elektronik Anak

Kerajaan Akan Memperkenalkan Modul Untuk Bantu Ibu Bapa Didik Dan Awasi Penggunaan Gajet Elektronik Anak

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 327 hits
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini merancang untuk memperkenalkan sebuah modul khas dalam usaha untuk membantu ibu bapa mendidik dan awasi penggunaan gajet elektronik anak anak Modul ini akan dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia ...
Pendekatan Psikososial Untuk Bantu Pemulihan Orang Dengan Skizofrenia

Pendekatan Psikososial Untuk Bantu Pemulihan Orang Dengan Skizofrenia

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 218 hits
Orang dengan skizofrenia mengalami berbagai perubahan akibat kondisi sakitnya Perubahan tersebut meliputi cara berpikir cara mengekspresikan perasaan dan cara berinteraksi dengan orang lain di sekitarnya Sebanyak 70 80 persen ODS mengalami ...
Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 621 hits
PUTRAJAYA Dua lagi individu lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Seorang daripada suspek yang merupakan bekas timbalan pen...
Arau Bantu Kembalikan Semula Ingatan Tun M

Arau Bantu Kembalikan Semula Ingatan Tun M

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 235 hits
Dengan harapan Tun ingat kembali kepada onar yang dia sendiri lakukan Arau membaca semula sejarah dan kronologi yang telah membawa kepada rebahnya Kerajaan PH dan seterusnya menyaksikan Kerajaan PN mengambil alih tampuk kepimpinan negara
Hiburan Yatt Hamzah Kagum Usaha Murni Rihanna Bantu Penduduk Lubnan

Hiburan Yatt Hamzah Kagum Usaha Murni Rihanna Bantu Penduduk Lubnan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 380 hits
Memuji usaha yang dilakukan penyanyi popular Hollywood Rihanna yang mengajak para pengikutnya seramai 100 juta di Instagram untuk menderma ekoran kejadian letupan di Beirut Lubnan awal bulan lalu pelakon Yatt Hamzah zahir rasa teruja Kata Y...
Pengerusi Kuil Ditahan Bantu Siasatan Video Tular Ugutan Jenayah

Pengerusi Kuil Ditahan Bantu Siasatan Video Tular Ugutan Jenayah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Polis menahan seorang pengerusi persatuan pengurusan kuil bagi membantu siasatan ugutan jenayah terhadap bekas pengerusi persatuan kuil itu dan isterinya di tempat letak kereta awam di Petaling Jaya susulan rakaman video kejadi...
Dewan Perniagaan Melayu Bnm Mahu Bantu Usahawan Terjejas Covid 19

Dewan Perniagaan Melayu Bnm Mahu Bantu Usahawan Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 371 hits
KEPALA BATAS 20 OGOS Dewan Perniagaan Melayu Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia berhubung program Penjadualan Semula Penstrukturan Semula yang telah dibuat sebelum ini bagi membantu usahawan yang terjejas susu...
Darahtakpernahcuti Jom Bantu Penuhkan Tabung Darah

Darahtakpernahcuti Jom Bantu Penuhkan Tabung Darah

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 560 hits
Sebenarnya kakak dah lama tanam niat nak derma darah dari zaman sebelum kahwin tapi masa tu berat memang tak cukup sekitar 42kg 43kg dan dalam kondisi tekanan darah yang rendah Terpendam sekadar niat je lah masa tu Hee Dan Kakak memang tak ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan