Darahtakpernahcuti Jom Bantu Penuhkan Tabung Darah


Sebenarnya kakak dah lama tanam niat nak derma darah dari zaman sebelum kahwin tapi masa tu berat memang tak cukup – sekitar 42kg – 43kg dan dalam kondisi tekanan darah yang rendah. Terpendam sekadar niat je lah masa tu. Hee~


Dan !
Kakak memang tak tangguh lama dah sejak-sejak tau tabung darah negara kita memang tak cukup bekalan. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan ? Kalau korang was-was dan tak tau cemana cara nak derma darah dan tak tau apa kelebihan / manfaat derma darah ni – boleh teruskan pembacaan ya


KELAYAKAN DERMA DARAH :

1. Sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik

2. Berat 45kg dan ke atas

3. Waktu tidur minimum 5 jam

4. Berusia 18 tahun – 65 tahun

5. Dah makan sebelum menderma darah

6. Tidak terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi seperti :
Hubungan sesama jantina ( Homoseksual ) Hubungan dengan kedua-dua jantina ( Biseksual ) Hubungan seks dengan pekerja seks komersial
Bertukar-tukar pasangan seks
Mengambil dadah jenis suntikan

7. Pendermaan terakhir pada 3 bulan sebelumnya

8. Untuk wanita – penting untuk korang tahu tentang keadaan tubuh badan korang dan pastikan korang tak mengandung, tak datang haid dan juga tak menyusukan anak

9. Jangan derma kalau korang : Pernah tinggal di United Kingdom ( England, Northern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island ) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun atau lebih


DOKUMEN YANG PERLU DI BAWA UNTUK DERMA DARAH

Korang kena bawa salah satu daripada dokumen berikut :
Kad Pengenalan Awam / Tentera / Polis Lesen Memandu Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar Buku Penderma darah ( PDN 2 ) untuk penderma ulangan


PENYIMPANAN DAN KEGUNAAN DARAH YANG TELAH DI DERMA

Darah yang telah didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis komponen iaitu :
Sel Darah Merah : Whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.Plasma : Fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate.Platelet :  Random platelet concentrate, apheresis platelet.



Setiap komponon darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza, antaranya : Darah yang telah melaui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma yang akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah dan tarikh luput

Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2°c hingga 6°c dan boleh bertahan selama 35 hari

Plasma perlu disimpan pada suhu -30°c dan boleh bertahan selama 2 tahun

Platelet perlu disimpan pada suhu 20°c hingga 24°c dan perlu sentiasa digerakkan ( agitated ). Jangka hayat platelet hanya 5 hari daripada tarikh pendermaan

Setiap komponen darah ini ada kegunaan masing-masing, seperti :
Whole Blood : Unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Ia digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah ( Exchange Transfusion – ET ), bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.
Sel Darah Merah : Untuk masalah kekurangan hemoglobin ( anemia ) seperti penyakit buah pinggang dan penyakit kanser.
Plasma : Kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran dan pendarahan akibat kerosakan hati.
Platelet : Untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.

Rujukan : Pusat Darah Negara

PENGALAMAN DERMA DARAH


MACAM NGKO SORANG JE DERMA DARAH AIH SAMPAI NAK VIDEO KAN. HEE~

Fuff--Kakak bukan lah takut kat darah tapi lebih kepada seram nak menghadap jarum yang bakal dicucuk tu. Hahahaha~ Memang kalau sebelum-sebelum ni nak cek darah pun kakak akan pejam mata atau buat-buat tak nampak. Kali ni memang redah je lah lagi-lagi memang dah lama pasang niat untuk menjadi salah seorang penderma

Dia kalau lagi lama fikir, peratusan untuk keputusan tu tak jadi sangat tinggi ya. Jadi !! Memang kakak redah sebaik mungkin dan pasang niat sesiap semoga tak kena balik dengan tangan kosong. 


Pagi sebelum ke pusat derma darah, memang kakak keluar berlari tapi tak pulun teruk sangat lah - sekadar 3km itu pun slow jog je dan habis tu terus ke D'Pulze Cyberjaya dan meneruskan misi. Hee~ Tak de langsung rasa cuak ke takut ke. Memang excited lah kiranya. Firstime kan. Dah daftar semua, sampailah kat turn cek jenis darah. Teruja bila tengok cara nurse tu cek darah



Okay !
Kat doktor plak dan kakak kena sekolah sikit lah. Hahahaha~ Doktor cakap lepas ni kalau nak derma darah pastikan korang tak buat senaman berat dan wajib ambil sarapan berat. Masa tu kakak cuma sarapan sandwich je. Ingatkan tak de efek pape tapi tak pe lah. Alang-alang dah kena sekolah tu, tahan je lah. Dah bidang dia kan. Tadah je lah telinga. Hee~
Cuma masih terngiang kat telinga doktor cakap :


"Kalau ada rasa nak pengsan ke, pitam ke, muntah-muntah ke - bagi tau petugas."



Terus dalam otak ni terfikir :


"Memang akan terjadi perkara-perkara berikut ke ?"



Sudah tentulah kakak berharap semuanya akan okay dan alhamdulillah. Tak de langsung rasa nak pitam apatah lagi nak pengsan dan muntah. Masa kakak menaip ni baru kakak terfikir - tekanan darah kakak tak pernah normal atau tinggi tau, semuanya bawah paras sehinggakan pernah kakak warded dan nurse tak dapat baca tekanan darah kakak dan bila dapat baca kat betis - memang rendah


Goodies. Hee~ Comel je tapi kakak tak makan dan minum semuanya. Tertarik dengan Buku Merah tu je.
Nak derma darah ni sekejap je, lebih kurang dalam 10 minit dan memang korang akan rasa kelainan kat badan sendiri selepas menderma. Hee~ Kalau kakak, memang kakak rasa lebih segar dan aktif berbanding sebelumnya. Tak serik dan ada rezeki nanti kakak akan derma lagi tiga bulan akan datang. In shaa Allah
Korang
Bila lagi nak jadi HERO


LOVE ;ATIE ADNAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2020/06/darahtakpernahcuti-jom-bantu-penuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5861 Anak Ini Perlukan Susu Jom Bantu Tv Ppim 25 08 2020

5861 Anak Ini Perlukan Susu Jom Bantu Tv Ppim 25 08 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 381 hits
Demi Anak Keperluan Sendiri Tolak Tepi Bagi ibu tunggal ini keperluan anaknya yang paling utama Biar pun dia tak makan dia rela korbankan keperluan sendiri Apatah lagi anak yang masih kecil ini diuji dengan masalah paru paru dan perlukan ub...
Kerajaan Pn Sudah Terima Laporan Tabung Haji

Kerajaan Pn Sudah Terima Laporan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 358 hits
Laporan kewangan Tabung Haji era PH sudah diserahkn kpd kerajaan PN Akhirnya terjawab jua fitnah UMNO PAS selama ini kerajaan PH tidak buat sediakan laporan kewangan PH bg tahun 2018 2019 rupa nya dah ada di tangan kerajaan PN Jika dah bera...
Dia Paling Sibuk Di Dunia Nak Buat Rci Tabung Haji

Dia Paling Sibuk Di Dunia Nak Buat Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 368 hits
Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Tabung Haji bermula Jun 2018 hingga termeterai perjanjian syarikat tujuan khas iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan terbukti telah berhasi...
Terima Duit Tepi Rm170k Untuk Petik Nama 2 Company Buat Renovation Bekas Pengurus Kanan Tabung Haji Didakwa Rasuah

Terima Duit Tepi Rm170k Untuk Petik Nama 2 Company Buat Renovation Bekas Pengurus Kanan Tabung Haji Didakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 563 hits
Bekas pengurus kanan Lembaga Tabung Haji mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM170 477 pada 2015 dan 2018 Zaharuddin Hamid 47 yang juga bekas Pengurus Kanan Tekni...
Bantuan Baitulmal Kamek Cara Permohonan Semakan Tabung Baitulmal Sarawak

Bantuan Baitulmal Kamek Cara Permohonan Semakan Tabung Baitulmal Sarawak

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 423 hits
BANTUAN BAITULMAL KAMEK CARA PERMOHONAN SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK Jika ada menghadapi kesukaran untuk menjalankan kehidupan pasca Covid 19 anda boleh buat permohonan Bantuan Baitulmal Kamek APA ITU BANTUAN BAITULMAL KAMEK Baitulmal K...
Khairuddin Mohon Maaf Dan Pulang 4 Bulan Gaji Untuk Tabung Kmm

Khairuddin Mohon Maaf Dan Pulang 4 Bulan Gaji Untuk Tabung Kmm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 297 hits
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali akhirnya akur dengan kesilapannya melanggar prosedur operasi standard kuarantin Covid 19 Dalam kenyataan medianya hari ini Khairuddin memohon maaf dan menyatakan hasrat u...
Ex Tabung Haji Manager Charged With Taking Rm170 000 In Bribes

Ex Tabung Haji Manager Charged With Taking Rm170 000 In Bribes

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 454 hits
Bloomberg pic KUALA LUMPUR A former senior manager of Lembaga Tabung Haji pleaded not guilty in the Sessions Court here today to three counts of accepting bribes amounting to RM170 477 in 2015 and 2018 Zaharuddin Hamid 47 a former Tabung Ha...
Ph Atau Bn Yang Jual Saham Tnb Tabung Haji

Ph Atau Bn Yang Jual Saham Tnb Tabung Haji

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 349 hits
Abu Hafiz Salleh Hudin 1 Secara jujurnya seperti yang pernah saya katakan pada malam perdebatan antara YB Dato Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan YB Dato Seri Azeez Rahim perdebatan itu sungguhpun bagus ia gagal menyelesaikan banyak isu kerana ...
Tabung Haji Rci Proposal Discussed This Week

Tabung Haji Rci Proposal Discussed This Week

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 326 hits
Further discussions into the proposal to form the Royal Commission of Inquiry for Tabung Haji will be tabled at the Cabinet meeting this week said Minister in the Prime Minister s Department Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri today He ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas