Asthma Tanpa Batuk Wheezing Pengalaman Anak Saya Menghadapi Serangan Kronik


Bulan lepas adalah antara detik paling mencabar bagi kami sekeluarga. Qaireen, anak ketiga saya, mengalami serangan asthma yang agak kronik, sebenarnya telah lama dia mengadu, dia rasa sukar untuk bernafas dan buat aktiviti harian dan kesukaran itu sakit di bahagian dada hingga belakang badan—tetapi yang membingungkan, dia tidak batuk dan tidak ada bunyi wheezing seperti yang selalu dikaitkan dengan asthma. Sebaliknya, dia mengalami jantung berdegup laju, sukar bernafas, dan keletihan yang melampau. Ini membuatkan saya tertanya-tanya, adakah ini benar-benar asthma atau sesuatu yang lebih serius?
Asthma: Penyakit Radang yang Tidak Selalu JelasRamai yang menyangka asthma hanya berkaitan dengan batuk dan nafas berbunyi, tetapi sebenarnya asthma ialah penyakit radang kronik pada saluran pernafasan. Dalam kes Qaireen, doktor menjelaskan bahawa dia mengalami keradangan teruk dalam paru-paru yang menyebabkan saluran pernafasannya semakin sempit, sekaligus mengurangkan bekalan oksigen ke tubuhnya. Tanpa cukup oksigen, jantungnya mula bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan, menyebabkan degupan jantungnya semakin laju.
Semasa saya bawa anak ke hospital waktu ini Qaireen sudah tidak mampu untuk berjalan jauh, lalu saya papah dia masuk ke lobi dan bawa dia ke rawatan kecemasan menggunakan kerusi roda. Dan setelah disemak oleh jururawat, mereka mengatakan bahawa degupan jantung anak saya tidak normal. Terlalu laju!
Ini menjelaskan mengapa Qaireen tidak mengalami batuk atau wheezing, tetapi tetap berada dalam keadaan bahaya. Keadaan ini juga dikenali sebagai "silent asthma", di mana simptom biasa tidak muncul tetapi serangan tetap berlaku.
Kenapa Radang Ini Berlaku?Doktor menerangkan bahawa dalam kes Qaireen, beberapa faktor mencetuskan radang teruk ini:
Jangkitan virus – Sebelum serangan, Qaireen ada mengalami selesema ringan, yang mungkin menyebabkan saluran pernafasannya menjadi lebih sensitif.Udara sejuk pada waktu malam – Perubahan cuaca boleh mencetuskan keradangan pada penghidap asthma.Alergi yang tidak disedari – Mungkin terdapat pencetus seperti habuk atau makanan tertentu yang memperburukkan keadaannya.Bagaimana Kami Mengendalikannya?Ketika itu, saya tidak mahu mengambil risiko. Kami segera membawa Qaireen ke hospital, di mana doktor memberikan rawatan kecemasan termasuk nebulizer dan steroid untuk mengurangkan keradangan. Dalam beberapa jam, keadaannya mulai stabil, tetapi kami dinasihatkan untuk lebih berhati-hati selepas ini.
Beberapa langkah yang kami ambil untuk mencegah serangan di masa akan datang: 
✅ Mengawal alahan – Kami mula mengenal pasti makanan atau persekitaran yang boleh menjadi pencetus. 
✅ Gunakan inhaler secara konsisten – Doktor menetapkan inhaler steroid sebagai rawatan jangka panjang untuk mengawal keradangan. 
✅ Pastikan udara dalam rumah bersih – Kami mengelakkan habuk, asap rokok, dan bau yang kuat. ✅ Pantau tanda awal – Jika Qaireen mula kelihatan letih tanpa sebab, saya lebih berwaspada.
Kami memelihara empat ekor kucing di rumah, disebabkan hal ini, kucing-kucing terpaksa kami letakkan di luar rumah dan dilarang tidur di dalam rumah. Rumah sentiasa dikemas dari habuk dan debu serta memantau pemakanan Qaireen.

Sejujurnya tidak mudah, dan bab pantang makan nilah paling sukar sekali kerana yang tidak boleh itu sebenarnya makanan kegemaran dia. Sentiasa harus diingatkan untuk ambil inhaler berwarna oren untuk merawat asthma, belajar kawal pernafasan (telah diajar semasa admit wad tempoh hari), tidak mengambil makanan yang boleh menyebabkan trigger serta kurangkan bermain dengan kucing.
Apa Yang Saya Pelajari?Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya bahawa asthma bukan sekadar tentang batuk dan wheezing. Kadangkala, simptom yang lebih senyap seperti jantung berdegup laju, keletihan, dan sesak dada boleh menjadi petunjuk bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku.
Jika anda juga mempunyai anak yang menghidap asthma, pastikan untuk tidak hanya bergantung kepada tanda-tanda biasa, tetapi juga peka terhadap sebarang perubahan kecil dalam tingkah laku dan kesihatan mereka. Jangan ragu untuk mendapatkan rawatan segera jika mereka mengalami simptom yang mencurigakan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa lain untuk lebih memahami asthma dan bagaimana menguruskannya dengan lebih baik. Jaga kesihatan anak-anak kita! ❤️


Terus masuk red zone, semasa tengok situasi ni, tak tahu nak jelaskan perasaan tu sebenarnya, kemudian suami datang, sedih sangat muka dia. Semoga asthma anak ni dapat dirawat dan makin baik apabila dia besar nanti. Insya Allah


Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/03/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Pertama Fayyadh Affan Di Tabika Kemas Peserai Persediaan Dan Pengalaman Anak 4 Tahun

Pengalaman Pertama Fayyadh Affan Di Tabika Kemas Peserai Persediaan Dan Pengalaman Anak 4 Tahun

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 179 hits
Mama Teruja Fayyadh Affan First Time Sekolah Tanpa Diaper Pengalaman yang Takkan Dilupa Rasanya seperti baru je semalam mama melahirkan Fayyadh Affan ni tahu tahu abang sudah melangkah ke alam persekolahan buat pertama kali Sebagai anak sul...
Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 148 hits
Setiap orang membawa cerita dan latar belakang mereka sendiri ke dalam hubungan dan salah satu faktor yang boleh memberi kesan kepada dinamika hubungan adalah kedudukan mereka dalam keluarga Dalam banyak budaya anak sulung sering dianggap s...
Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 119 hits
Alhamdullilah cikla ada 2 anak remaja Macam tak caya je rasa menua dah diri ini Haha Anak remaja ni sebenarnya memang penuh dengan kejutan Kadang kadang senyum kadang kadang tiba tiba buat muka ketat dan tiba tiba je rasa macam wah siapa ni...
Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Anak Panik Terima Surat Cinta Rakan Sekelas Malu Pergi Sekolah

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Anak Panik Terima Surat Cinta Rakan Sekelas Malu Pergi Sekolah

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 111 hits
Perkongsian Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bercerita mengenai anak lelakinya yang menerima surat cinta dari rakan perempuannya menyorot perhatian ramai Kongsi bapa kepada tujuh orang cahaya mata anak kembarnya Noah ...
Rahsia Buat Anak Dengar Cakap Ini Kena Tahu

Rahsia Buat Anak Dengar Cakap Ini Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 80 hits
Pendidikan anak bukan hanya soal memberi arahan tetapi juga tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa membina hubungan yang erat dan penuh kasih sayang dengan mereka Salah satu kunci untuk membentuk anak yang mudah mendengar kata adalah memas...
Seorang Ibu Warga Emas Simpan Mayat Anak Selama 6 Tahun

Seorang Ibu Warga Emas Simpan Mayat Anak Selama 6 Tahun

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 142 hits
AgensiTaipei Gara gara melaksanakan hasrat anak tidak mahu dikebumikan selepas kematian seorang ibu sanggup menyimpan mayat anaknya itu di dalam sebuah bilik di rumahnya dengan penyaman udara sentiasa dihidupkan malah membersihkan tubuh kak...
Patut Jantan Jantan Macam Ni Tak Boleh Kahwin Lain Selagi Rita Rudaini Kecam Lelaki Culas Bayar Nafkah Anak

Patut Jantan Jantan Macam Ni Tak Boleh Kahwin Lain Selagi Rita Rudaini Kecam Lelaki Culas Bayar Nafkah Anak

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 127 hits
Pelakon sensasi Rita Rudaini menerusi beberapa hantaran di Instagram Story tampil menempelak golongan lelaki yang bergelar bapa yang culas membayar nafkah anak anak setelah bercerai Pelakon filem Mami Jarum itu dilihat memuat naik satu kera...
Tip Beri Arahan Pada Anak Paling Penting Kena Ikut Fasa Umur

Tip Beri Arahan Pada Anak Paling Penting Kena Ikut Fasa Umur

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 119 hits
Mendidik anak sememangnya perlukan kesabaran Namun mendidik anak juga perlukan ilmu yang tepat dalam mendidik Menegur anak misalnya perlukan cara yang bersesuaian dengan umur anak supaya arahan lebih senang diterima anak anak Ini yang dikon...
Ibu Hud Aryan Banyak Menangis Yakin Anak Masih Selamat

Ibu Hud Aryan Banyak Menangis Yakin Anak Masih Selamat

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 173 hits
Masih lagi tidak dijumpai Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak kanak berusia 19 bulan itu Kehilangan anak...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism