Asri Saya Tak Pasti Siapa Yang Pekak


News | Diterbitkan Hari ini 9:37 pagi 

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya bahawa ramai orang kini beranggapan Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Beliau juga memulang paku buah keras terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam tadi bahawa tidak pasti siapa yang ‘pekak’ terhadap rungutan umat Islam itu.

“Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: Mufti Perlis pekak sebab kritikan yang saya suarakan mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

“Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya tidak pasti siapa yang pekak,” kata Asri di Facebooknya hari ini.

Malam tadi, Mahathir menafikan dakwaan Mohd Asri bahawa kedudukan Islam semakin tidak selamat di bawah PH.

"Pasal dia 'pekak'.

"Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar," sindir Dr Mahathir.

Pegang pada falsafah

Kenyataan awal Mohd Asri dikeluarkan selepas pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, ditangkap awal pagi semalam atas dakwaan menghina Hindu dalam satu ceramah.

Untuk rekod Muhammad Zamri ialah orang yang dekat dengan pendakwah dikehendaki kerajaan India, Dr Zakir Naik.

Mohd Asri adalah antara orang yang dilihat rapat dengan Zakir.

Kata Mohd Asri penangkapan Muhammad Zamri menunjukkan masyarakat Islam semakin "dibuli" oleh kerajaan PH.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata tindakan Mahathir membalas tegurannya itu mungkin kerana terguris disebabkan hubungan baik terjadin di antara mereka berdua selama ini.

Dalam catatan itu juga, Mohd Asri turut memuat naik gambar tulisan tangan Mahathir untuknya dalam buku tulisan perdana menteri, A Doctor In The House.

Antara yang ditulis: Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya.

“Insya-Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,” kata Asri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/asri-saya-tak-pasti-siapa-yang-pekak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Digelar Pekak Dr Asri Jawab Dr Mahathir

Digelar Pekak Dr Asri Jawab Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 386 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengemukakan catatan autobiografi yang ditandatangani Dr Mahathir Mohamad pada 2011 yang menunjukkan Perdana Menteri itu pernah menasihatinya untuk bercakap benar Dr Asri mempertahankan panda...
Dia Pekak Dr M Jawab Asri Tuduh Pemimpin Ph Tak Pertahan Islam

Dia Pekak Dr M Jawab Asri Tuduh Pemimpin Ph Tak Pertahan Islam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membidas Mohd Asri Zainul Abidin sebagai pekak selepas mufti Perlis itu mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini Mahathir berkata seki...
Perdana Menteri Mufti Perlis Dr Asri Pekak

Perdana Menteri Mufti Perlis Dr Asri Pekak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 568 hits
BILA MUFTI PERLIS DIPANGGIL PEKAK OLEH PERDANA MENTERI Ramai yang tahu hubungan rapat antara Mufti Perlis Dr Maza dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Dr Maza sendiri pernah mendedahkan beliau kenal secara dekat dengan Tun M sejak tahun 2007...
Dr Mahathir Sindir Dr Asri Pekak

Dr Mahathir Sindir Dr Asri Pekak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 374 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pihak yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kononnya tidak mempertahankan Islam sebagai pekak Dr Mahathir berkata demikian merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook...
Dr Asri Minta Sokongan Pemuda Umno Lepas Dr Mahathir Gelar Pekak

Dr Asri Minta Sokongan Pemuda Umno Lepas Dr Mahathir Gelar Pekak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 360 hits
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang kerap mengkritik kerajaan Barisan Nasional dahulu kini beralih kepada Umno untuk mendapatkan sokongan selepas sekutunya ditahan polis hujung minggu lalu Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendeda...
Pemuda Umno Sokong Asri Selepas Dibidas Pekak Oleh Dr M

Pemuda Umno Sokong Asri Selepas Dibidas Pekak Oleh Dr M

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 366 hits
FMT Reporters Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin PETALING JAYA Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang kerap mengkritik kerajaan Barisan Nasional dahulu kini beralih kepada Umno untuk mendapatkan sokongan selepas sekutunya ditahan polis...
Siapa Pekak Mahathir Atau Dr Asri

Siapa Pekak Mahathir Atau Dr Asri

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 312 hits
Nasir Ramlee MINDA RAKYAT 31 Julai 2018 lalu Dr Asri ada menyebut berkenaan Tun Mahathir Katanya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menahan sedih dalam pertemuan bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin be...
Lawatan Misi Gigi Ke Pasti As Sakinah

Lawatan Misi Gigi Ke Pasti As Sakinah

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 576 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Throwback sekolah ShaqeeL 18 4 2019PASTI AS SAKINAH before ning cikgu sekolah dia ada post kat wssap yang dorang ingatkan perent agar hari khamis ning don t forget bawak berus gigi buat anak anak pasti kateny...
Bpn Prabowo Akan Hadiri Sujud Kemenangan Di Masjid Istiqlal Sandi Belum Pasti

Bpn Prabowo Akan Hadiri Sujud Kemenangan Di Masjid Istiqlal Sandi Belum Pasti

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 247 hits
Acara ini ialah kebahagiaan buat kami setelah kami sekian bulan menunggu proses daripada Pilpres dan Alhamdulillah selesai pada 17 April kemarin Informasi masuk bahkan sudah di atas 62 persen tutur Yusuf
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin