Asmak Grand Award 2020
Asmak Grand Award 2020
Sabtu lepas aku berkesempatan menghadiri Asmak Grand Award 2020 yang telah berlangsung di Awana Genting Highlands Pahang. Majlis yang bermula pada pukul dua petang telah dihadiri oleh 200 usahawan Asmak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta dari negara jiran, Singapura. Asmak menyambut ulang tahun ke lima pada tahun 2020.
Asmak Grand Award merupakan acara tahunan dan merupakan tahun ketiga secara rasminya diadakan oleh syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd untuk meraikan stokis, agen dan usahawan Asmak seluruh Malaysia yang bertungkus lumus membuat jualan serta memperkenalkan produk Asmak kepada pengguna. Kagum dengan semangat mereka yang tinggi sanggup datang dari jauh demi menyokong usaha syarikat.
Kali keberapa aku dah tak ingat aku datang ke Genting Highland, sebelum ni pernah naik cable car - Awana Sky Way dan petik Strawberry dekat Strawberry Leisure Farms
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En Mohd Selodi Bin Md Ghazali,Pengarah Urusan syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd, seterusnya ucapan dari CEO, Puan Nor Fazilah Binti Abd Mohd, diikuti oleh amanat dari Tuan Sahar Sahad selaku Asmak Advisor. Acara yang berlangsung hampir lima jam itu dimeriahkan dengan acara selingan iaitu Muslim Kids Fashion Show, pertandingan mewarna kanak-kanak dan juga tayangan video khas Asmak
Terasa sungguh semangat kekeluargaan bila berada dalam satu dewan tatkala dif-dif kehormat dan wakil syarikat yang amat mengalu-alukan kedatangan semua usahawan dan selalu menekankan “We are Family” bersesuaian dengan tema Asmak Grand Award 2020 iaitu TEAM yang merujuk kepada Together Everyone Achieves More”.
Mewah Dan Meriah Dengan Hadiah
Agenda utama sempena Asmak Grand Award 2020 adalah untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada top performance dan juga usahawan-usahawan Asmak yang telah berjaya mencapai target yang ditetapkan syarikat.
Antara anugerah yang diberikan di dalam majlis tersebut adalah Top Superstokis, Top Stokis Premium, Top Stokis Daerah, Top Superagen, Top Agen, Bintang Harapan Agen, Top personal Sales, Tokoh Inspirasi Asmak, Blogger Terbaik Asmak, Team Paling Sporting, dan anugerah yang paling dinantikan adalah Top 10 Asmak of The Year.
Beruntung sungguh kepada Top 10 Asmak of The Year kerana pihak syarikat telah memilih 10 orang bertuah dan menaja pakej percutian mereka ke Bali, Indonesia. Terpancar wajah kegembiraan bila masing-masing naik ke pentas untuk terima hadiah.
Memang seronok apabila segala usaha dan kerja keras dihargai pihak syarikat. Masing-masing meluahkan rasa syukur kerana berada dalam keluarga Asmak dan berterima kasih kerana syarikat sentiasa memberi sokongan dan juga ilmu yang diperlukan untuk berjaya.
Misi Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Menjadi misi Asmak adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif. Dengan semangat membantu masyarakat dan sejagat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.
Asmak juga berhasrat menjadi sumber membekalkan produk penjagaan bayi, kesihatan, pemakanan dan penjagaan diri yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat. Misi mereka juga adalah untuk mewujudkan komuniti yang lebih cerdas dan efisien serta memberi peluang kepada usahawan supaya bebas kewangan demi kesejahteraan hidup yang lebih bermakna.
Seronok apabila mendengar ucapan aluan dari Puan Nor Fazilah, beliau menegaskan yang Asmak bukanlah produk sampah dan syarikat sentiasa meningkatkan kualiti dan menawarkan produk yang selamat serta bermanfaat.
Sebagai seorang ibu, aku merasa amat lega kerana adanya produk semulajadi yang ditawarkan di pasaran yang selamat untuk anak. Tambahan pula orang kuat syarikat sendiri faham akan kepentingan kualiti, keselamatan dan kesihatan yang menjadi faktor utama pilihan pengguna. Bila pengeluar faham produknya barulah pengguna yakin untuk guna.
Perkongsian Tuan Sahar Sahad selaku Asmak Advisor
Teringat perkongsian Tuan Sahar Sahad selaku Asmak Advisor, bahawa syarikat sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk membantu usahawan Asmak termasuk lah memberikan bimbingan dan juga ilmu serta bantuan dari segi marketing dan juga melakukan inovasi produk dalam memastikan produk mampu berdaya saing dan mampu jual.
Syarikat juga bertanggungjawab memastikan setiap usahawan mempunyai pengetahuan tentang produk yang dijual, faham tentang bidang kerja serta mencapai target yang disasarkan. Semuanya akan jadi lebih mudah apabila setiap orang faham tentang tanggungjawab masing-masing.
Sebelum bersurai, sekali lagi syarikat memberikan hadiah melalui cabutan bertuah kepada 15 orang yang terpilih. Aku yang tengok orang menang hadiah pun teruja. Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan dan juga kata-kata dari barisan Executive director supaya terus maju dan sentiasa bersemangat menyebarkan kebaikan produk Asmak kepada pengguna.
Kesimpulan
Seronok rasanya apabila segala keringat dihargai syarikat. Melalui acara setahun sekali seperti Asmak Grand Award 2020 inilah pihak syarikat memberikan penghargaan kepada para usahawan dan mendorong mereka untuk terus berjaya
Antara perkara yang menyentuh hati aku adalah cara kakitangan Asmak yang menjaga batas dan aurat dalam melaksanakan majlis besar seperti ini. Aku percaya Asmak mengamalkan “Kepimpinan Melalui Tauladan”. Semoga usaha dan impian syarikat Asmak untuk melangkah jauh tercapai.
Untuk korang yang mahu mencuba produk-produk keluaran Asmak seperti Minyak Herba Asmak, produk pemakanan serta produk penjagaan diri boleh terus laman website rasmi https://mham.com.my/
#AsmakGrandAward2020
#Asmak
#TogetherEveryoneAchieveMore
#TEAM
#WeAreFamily
#MenjadikanHidupLebihBaik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/03/asmak-grand-award-2020.html