Asingkan Terus Tingkatan Enam Dengan Aliran Perdana Iguru



KUALA LUMPUR - Sistem pembelajaran Tingkatan Enam wajar dikaji semula untuk ditambah baik sesuai dengan tahapnya sebagai pascasekolah

Ini termasuk dari segi peraturan dikenakan kepada pelajar, silibus pelajaran, sistem pembelajaran itu sendiri dan juga pengwujudan kolej khas untuk mereka, menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan

Beliau berpendapat seeloknya Tingkatan enam diasingkan dengan sistem pendidikan aliran perdana dengan mendirikan lebih banyak kolej Tingkatan Enam di seluruh negara

"Sistem pembelajaran mereka juga dicadangkan dilaksanakan selari dengan universiti seperti sistem semester, kaedah pengajaran dan pembelajaran," katanya ketika dihubungi Bernama

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia berkata Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan

Anwar berkata, suasana Tingkatan Enam perlu diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima


Turut senada, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon yang berpendapat kolej khas seperti ini dapat memusatkan semua pelajar Tingkatan Enam sekali gus memudahkan dari segi pengurusan, pembelajaran dan penempatan guru

Ia juga menurutnya dapat menarik minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam kerana tidak dikaitkan dengan suasana dan peraturan sekolah

"Mengambil kolej Matrikulasi sebagai contoh, ramai pelajar berebut untuk masuk ke kolej itu kerana adanya kolej dan jenama. Jadi kalau Tingkatan Enam ada kolej sendiri ia dapat menarik minat dan juga jenama kepada pelajar lepasan SPM,” katanya

Sementara itu, Presiden Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban, Muhammad Hakim Mohd Syafawi menyifatkan cadangan tersebut merupakan perkara positif selain mereka juga tidak perlu lagi dilayan dan diasuh seperti pelajar aliran perdana

"Ada dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam perlu mengikuti peraturan sekolah seperti mengehadkan penggunaan gajet dan peranti komunikasi dan ada yang tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke kelas sama seperti pelajar menengah lain

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana Tingkatan Enam itu sendiri sudah bebas daripada peraturan sekolah dan pembelajarannya lebih ke arah futuristik, jadi penggunaan teknologi dalam pembelajaran sangat diperlukan,” katanya

Senada dengannya, pelajar Kolej Tingkatan Enam Forest Heights, Muhammad Amal Khan Abdul Aziz, 19, berkata, pelajar Tingkatan Enam merupakan pelajar prauniversiti dan setaraf dengan mahasiswa di pusat pengajian tinggi pada peringkat Diploma dan Matrikulasi, justeru mereka seharusnya bebas dengan peraturan sekolah

"Secara tidak langsung, ini akan mempengaruhi minda anak-anak lepasan SPM, kebanyakan mereka tidak berminat untuk memasuki Tingkatan Enam kerana faktor itu, selepas lima tahun di peringkat menengah sudah pastinya mereka inginkan sesuatu yang baharu termasuk budaya, cara pemakaian dan sebagainya," katanya

Muhammad Amal Khan berkata, perlu ada perubahan terhadap suasana Tingkatan Enam di negara ini sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya lebih berminat untuk memasuki Tingkatan Enam yang pastinya mempunyai kos pengajian yang lebih murah. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/asingkan-terus-tingkatan-enam-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tingkatan Enam Perlu Kelonggaran Tidak Harus Terikat Peraturan Sekolah Pm

Tingkatan Enam Perlu Kelonggaran Tidak Harus Terikat Peraturan Sekolah Pm

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 170 hits
Anwar melambaikan tangan ke arah jurufoto semasa hadir pada program Temu Anwar di USIM hari ini Foto BernamaNILAI Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah sebaliknya diberi sedikit kelonggaran wa...
Sistem Pembelajaran Ala Universiti Perlu Untuk Pelajaran Tingkatan Enam

Sistem Pembelajaran Ala Universiti Perlu Untuk Pelajaran Tingkatan Enam

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 247 hits
SHAH ALAM Sistem pembelajaran ala universiti perlu dipraktikkan untuk pelajar Tingkatan Enam dengan kaedah guru memberi panduan ketika mengajar memberikan tugasan berkumpulan kerja lapangan tutorial dan kuiz Tokoh Pendidikan Negara Tan Sri ...
Tingkatan Enam Tidak Perlu Ikut Cara Belajar Sekolah

Tingkatan Enam Tidak Perlu Ikut Cara Belajar Sekolah

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 211 hits
Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terlalu diikat dengan peraturan sekolah sebaliknya perlu diberi sedikit kelonggaran kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menjawab soalan diajukan seorang pelajar pada Program Temu Anwar...
Pensyarah Dakwa Murid Semberono Pilih Aliran Masuk Tingkatan 4

Pensyarah Dakwa Murid Semberono Pilih Aliran Masuk Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 157 hits
PETALING JAYA Ahli akademik berpandangan ketiadaan peperiksaan berpusat di Tingkatan 3 menyebabkan murid semberono memilih aliran apabila memasuki Tingkatan 4 yang dikhuatiri didorong minat dan bukan kekuatan akademik Anuar Ahmad dari Unive...
Usai Resmi Cerai Potret Perdana Desta Dan Natasha Rizky Liburan Bersama Di Singapura

Usai Resmi Cerai Potret Perdana Desta Dan Natasha Rizky Liburan Bersama Di Singapura

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 133 hits
Desta dan Natasha Rizky telah resmi bercerai Meski sudah tak menjadi suami istri lagi mereka tetap menjalin hubungan baik dengan ketiga anaknya Untuk pertama kalinya setelah bercerai mereka liburan ke luar negeri bersama anak anak Berikut b...
Pengalaman Perdana Nycta Gina Dan Keluarga Rayakan Idul Adha Di Singapura

Pengalaman Perdana Nycta Gina Dan Keluarga Rayakan Idul Adha Di Singapura

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 172 hits
Untuk pertama kalinya Nycta Gina bersama keluarga merayakan Idul Adha di Singapura Ada cerita menarik di balik momen Idul Adha kali ini Simak beberapa potretnya berikut ini
Aidiladha Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Mula Gerak Perlahan

Aidiladha Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Mula Gerak Perlahan

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 134 hits
Aliran trafik Lebuhraya KL Karak menuju ke Pantai Timur juga perlahan bermula dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang KUALA LUMPUR Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan namun masih lancar b...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2