Tingkatan Enam Perlu Kelonggaran Tidak Harus Terikat Peraturan Sekolah Pm


Anwar melambaikan tangan ke arah jurufoto semasa hadir pada program Temu Anwar di USIM hari ini. - Foto Bernama
NILAI - Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata, suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima

"Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam

"Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini pada Sabtu

Anwar berkata, ramai pelajar Tingkatan Enam telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan agar ia diubah pada sesi dialog sebelum ini

Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam daripada kaedah semester, Anwar berkata, perkara tersebut harus dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan termasuk guru dan pelajar

Sementara itu, Perdana Menteri meminta pimpinan universiti agar merombak kurikulum berkaitan cabang ilmu baharu seperti Teknologi Digital, kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) dengan cepat mengikut perubahan semasa jika Malaysia ingin menjadi negara kelas pertama

"Ia tidak boleh tunggu Convention Board of Studies, tunggu dua tahun kajian dan bawa ke Senat. Tidak boleh. Perubahan harus cepat dan pantas," katanya

Berkongsi mengenai pengalaman mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown, Washington, beliau berkata, kepantasan mereka dalam transformasi pendidikan begitu cepat

Selain itu, beliau berkata, latihan daripada pihak industri juga diperlukan supaya tidak berlaku ketakserasian dan tidak terlalu bergantung pada kurikulum lama sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran

"Sebab itu, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sekarang Petronas ambil sebahagian TVET di Batu Rakit, Kimanis dan Pengerang; Proton ambil alih TVET di Pekan dan beberapa syarikat besar lain ambil alih," katanya

Beliau juga memberitahu graduan negara ini mempunyai kemahiran yang luar biasa, justeru kerajaan akan memastikan kapasiti turut meningkat agar selari dengan keperluan industri

Sementara itu menjawab tentang pengangguran, Anwar berkata, memang terdapat penurunan kadar pengangguran di negara ini tetapi bukan bermakna masalah pengangguran selesai terutamanya melibatkan siswazah

Justeru kata Anwar, pelaburan kena masuk, kerajaan mesti stabil dan dasar juga perlu jelas untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengurangkan tekanan masalah pengangguran

"Cara penyelesaiannya, kerajaan perlu mencari jalan mendapat pelaburan, contohnya Geely (Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, ia membuka peluang 4,000 pekerjaan, dalam pertemuan kita bersama Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas, kita diminta diberi sedikit latihan tambahan

"Mengikut (respons) Amazon dan Geely, kita mempunya tenaga kerja yang mahir cuma peringkat tertinggi, kemahiran itu masih ada kekurangan. Saya ada berbincang dengan Menteri KPT (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh syarikat ini," katanya

Menjawab soalan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya diperbanyakkan stesen pengecasan bagi penggunaan kenderaan elektrik EV, Anwar berkata, sebaik sahaja ada pengeluaran EV yang banyak maka kesediaan dari segi stesen pengecasan itu akan ditingkatkan

"Itu dipanggil transisi tenaga, pada Isnin ini Petronas akan mengadakan satu persidangan antarabangsa yang besar dan di situ saya akan memberikan beberapa gagasan utama tentang dasar kita mengenai transisi tenaga di Malaysia termasuk soal EV," katanya

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Sarawak antara negeri paling tangkas dalam membuat rencana mendepani isu digital, penggunaan hidrogen dan EV. - Bernama @cikgushare
♬ original sound Cikgu Share

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/tingkatan-enam-perlu-kelonggaran-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tingkatan Enam Tidak Perlu Ikut Cara Belajar Sekolah

Tingkatan Enam Tidak Perlu Ikut Cara Belajar Sekolah

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 258 hits
Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terlalu diikat dengan peraturan sekolah sebaliknya perlu diberi sedikit kelonggaran kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menjawab soalan diajukan seorang pelajar pada Program Temu Anwar...
Asingkan Terus Tingkatan Enam Dengan Aliran Perdana Iguru

Asingkan Terus Tingkatan Enam Dengan Aliran Perdana Iguru

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Sistem pembelajaran Tingkatan Enam wajar dikaji semula untuk ditambah baik sesuai dengan tahapnya sebagai pascasekolah Ini termasuk dari segi peraturan dikenakan kepada pelajar silibus pelajaran sistem pembelajaran itu sendiri ...
Sistem Pembelajaran Ala Universiti Perlu Untuk Pelajaran Tingkatan Enam

Sistem Pembelajaran Ala Universiti Perlu Untuk Pelajaran Tingkatan Enam

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 293 hits
SHAH ALAM Sistem pembelajaran ala universiti perlu dipraktikkan untuk pelajar Tingkatan Enam dengan kaedah guru memberi panduan ketika mengajar memberikan tugasan berkumpulan kerja lapangan tutorial dan kuiz Tokoh Pendidikan Negara Tan Sri ...
Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

Ekosistem Sekolah Guru Tidak Kreatif Antara Punca Murid Cicir Iguru

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 241 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Selain kemiskinan antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia Mohd Azizee Hasan berkata p...
Wanita Maut Dihempap Bumbung Sekolah Akibat Ribut

Wanita Maut Dihempap Bumbung Sekolah Akibat Ribut

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 269 hits
Keadaan rumah mangsa yang dihempap bumbung sekolah berhampiran akibat kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau Segamat PETALING JAYA Seorang wanita maut selepas bumbung sekolah berhampiran diterbangkan angin kencang dan menghempap kediamannya...
Saya Berhenti Sekolah Bukan Sebab Tak Tahu Baca Tapi Memang Tak Minat Belajar Bekas Murid

Saya Berhenti Sekolah Bukan Sebab Tak Tahu Baca Tapi Memang Tak Minat Belajar Bekas Murid

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 512 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Murid daripada kumpulan B40 dan tidak memiliki kemahiran 3M cenderung lebih memilih bekerja daripada melanjutkan pendidikan Seorang remaja dari Kuala Terengganu yang hanya ingin dikenali sebagai Fikri 20 tahun menya...
Netizen Persoal Tindakan Guru Geledah Beg Sekolah Makan Vitamin Dibawa Murid

Netizen Persoal Tindakan Guru Geledah Beg Sekolah Makan Vitamin Dibawa Murid

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 237 hits
Tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai guru di sebuah sekolah swasta menghasilkan konten dirinya sedang memeriksa beg sekolah tanpa murid murid di dalam kelas Video itu dimuat naik akaun amuse gueule di laman Twitter...
Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian Bersediakah Anak Anak Kita

Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian Bersediakah Anak Anak Kita

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 283 hits
Persediaan Ke Sekolah Menengah Impian Bersediakah Anak Anak KitaAssalamualalaikum Hi korang Selamat pagi semua Pagini KakYa nak kongsi sikit mengenai persediaan ke sekolah menengah impian KakYa yakin dan pasti setiap daripada kita yang berg...
Pengusaha Perlu Masak Makanan Di Kantin Sekolah

Pengusaha Perlu Masak Makanan Di Kantin Sekolah

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 186 hits
SHAH ALAM Pengusaha kantin perlu menyediakan makanan bermasak di kantin sekolah berdasarkan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pematuhan kepada perkara tersebut dan segala arahan yan...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Elaun Bulanan Guru Tadika Islam Pulau Pinang Naik Rm400 Ditawar Lanjut Pengajian Secara Percuma

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar