Asean 2025 Asean Komited Perkukuh Penyelesaian Aman Di Laut China Selatan


 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ketegangan maritim serantau, para pemimpin ASEAN mengesahkan komitmen kukuh untuk menegakkan keamanan, kestabilan, serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan.
Menerusi Kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini, pemimpin menegaskan keperluan untuk mengekalkan perintah serantau berasaskan peraturan dan menggesa semua pihak supaya melaksanakan kawalan maksimum dan mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh memburukkan ancaman terhadap keamanan dan kestabilan di perairan yang menjadi pertikaian itu.
“Kami menegaskan sekali lagi kepentingan mengekalkan dan menggalakkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kebebasan pelayaran serta penerbangan di Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sembilan dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China ketika ketika Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. Foto Hairul Anuar RahimBlok serantau berkenaan juga menekankan kepentingan untuk membina kepercayaan dan keyakinan bersama dalam kalangan negara penuntut dan pihak berkepentingan lain.
Pemimpin ASEAN menyeru semua pihak supaya mengelakkan tindakan provokatif yang boleh merumitkan keadaan, sebaliknya memilih langkah aman untuk menyelesaikan pertikaian dengan menghormati proses perundangan dan diplomatik, serta mematuhi undang-undang antarabangsa yang diiktiraf termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
“Kami menekankan keperluan untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bersama, mengamalkan kawalan diri dalam tindakan yang boleh menyulitkan atau memburukkan pertikaian dan menjejaskan keamanan serta kestabilan,” menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama pemimpin ASEAN, GCC dan China sebelum mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025.Kumpulan serantau itu turut menegaskan keperluan untuk mengelak daripada ancaman atau penggunaan kekerasan serta menegakkan integriti undang-undang antarabangsa sebagai kerangka panduan dalam semua usaha untuk menguruskan ketegangan dan pertikaian maritim.
Pemimpin ASEAN turut menyeru pelaksanaan penuh Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), yang berfungsi sebagai komitmen politik untuk mengelakkan tindakan agresif dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog.
Mereka mengalu-alukan kemajuan yang dicapai dalam rundingan yang sedang berlangsung ke arah pembentukan Kod Tatakelakuan (COC) untuk Laut China Selatan, dilihat sebagai instrumen yang mengikat dari segi undang-undang untuk memastikan keamanan dan menguruskan tuntutan bertindih antara kuasa serantau, termasuk China.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Kami menyambut baik kemajuan dalam rundingan berterusan terhadap COC di Laut China Selatan,” kata pemimpin ASEAN sambil menambah blok berkenaan kekal komited terhadap menyegerakan pencapaian persetujuan COC yang berkesan dan substantif selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982.
Sidang kemuncak itu juga menyaksikan pemimpin menerima pakai Guidelines for Accelerating the Early Conclusion of an Effective and Substantive Code of Conduct in the South China Sea, sambil menyeru peningkatan momentum dalam proses rundingan dan penglibatan berterusan antara pihak.
ASEAN turut mengalu-alukan langkah praktikal bertujuan mengurangkan ketegangan maritim dan meminimumkan risiko kemalangan, salah faham dan salah anggap, khususnya dalam bidang tuntutan bertindih serta pertembungan tentera dan pengawal pantai yang kerap.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 di KLCC pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimPemimpin-pemimpin mengulangi kepentingan melaksanakan langkah-langkah membina kepercayaan dan pencegahan untuk memupuk kepercayaan dan ketelusan antara pihak terlibat di Laut China Selatan.
Kenyataan itu diakhiri dengan penegasan terhadap pendirian ASEAN sekian lama mengenai keperluan menegakkan dan menghormati undang-undang antarabangsa, terutamanya UNCLOS 1982, sebagai rangka kerja undang-undang sejagat yang mengawal selia lautan dunia dan tatakelakuan maritim.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/asean-2025-asean-komited-perkukuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia China Perkukuh Kerjasama Strategik Serantau Sempena Sidang Kemuncak Asean 2045

Malaysia China Perkukuh Kerjasama Strategik Serantau Sempena Sidang Kemuncak Asean 2045

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR 26 Mei 2025 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri China Li Qiang di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN 2045 yang sedang berlangsung di ibu negara Dalam pertemuan te...
Gcc Lihat Potensi Luas Pelaburan Dengan Kerjasama Asean China Putera Mahkota Kuwait

Gcc Lihat Potensi Luas Pelaburan Dengan Kerjasama Asean China Putera Mahkota Kuwait

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 99 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama ketua ketua negara ASEAN Majlis Kerjasama Teluk dan China ketika ketika Sidang Kemuncak ASEAN GCC China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Kuala Lumpur Foto Hairul Anuar RahimKUALA LU...
Anwar Asean Gcc China Summit A Testament To Unity Shaping A Multipolar World

Anwar Asean Gcc China Summit A Testament To Unity Shaping A Multipolar World

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 149 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim warmly welcomes Indonesian President Prabowo Subiantowith at the 46th Asean Summit Bernama picKUALA LUMPUR May 26 The Asean Gulf Cooperation Council China Summit symbolises the power of cohesiveness o...
Lensa Asean Gcc 2025

Lensa Asean Gcc 2025

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 117 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 berjalan bersama Putera Mahkota Kuwait merangkap Pengerusi Tertinggi Majlis Kerjasama Teluk Sheikh Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah bagi memulakan Sidang Kemuncak ASEAN GCC ...
Program Madani Rakyat Johor 2025 Zon Selatan 23 25 May 2025

Program Madani Rakyat Johor 2025 Zon Selatan 23 25 May 2025

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 189 hits
Program MADANI Rakyat Johor 2025 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Program ini diteruskan lagi ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama sama memahami melihat dan menilai da...
Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 200 hits
Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 DI Kuala Lumpur Ini adalah acara penting negara yang melibatkan ramai ketua ketua negara dan delegasi mereka Harap bersabar Biasanya bila suami bersidang para isteri kenamaan akan dibawa m...
Zaid Asks If Asean Muslim Leaders Will Match China On Gaza

Zaid Asks If Asean Muslim Leaders Will Match China On Gaza

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 132 hits
Former law minister Zaid Ibrahim today questioned whether Asean Muslim leaders will take any proactive action to help the people of Gaza as China has done ADSTaking to Twitter Zaid also directed veiled sarcasm towards Prime Minister Anwar I...
Huawei Unveils Matepad Pro 12 2 A Premium Pc Level Experience Tablet For Work Play And Creativity

Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

Ringgit Firmer Against Us Dollar At Opening

Air Asia S 50 One Off Discount For Media Practitioners To Visit Asean

12 Gelanggang Pickleball Yang Menarik Di Selangor

Resipi Daging Goreng Belengas

Late Dinner Di Fiqri Tomyam Seafood Pasar Chow Kit

Suami Maia Lebih Baik Dari Saya Ucapan Ahmad Dhani Di Majlis Kahwin Al Ghazali Curi Perhatian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet

Andre Mastijan Suatu Saat Nanti Chord

Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year