Asbab Covid19 Aku Keguguran


 Keguguran kali kedua dalam sejarah hidupku. Tapi kali ini, aku di uji dengan covid19. Boleh di katakan juga, keguguran kandungan ku di sebabkan Covid19. Semuanya ujian allah untuk aku dan keluargaku hadapi dalam bulan Ramadan. 
 
Disahkan mengandung!
    Aku di sahkan mengandung kandungan ke-6 adalah bulan Januari 2022. Masa tu, aku dah lewat period seminggu. Terus beli upt test, dan betul. Aku kini berbadan 2. Seronok bukan main, terutamanya anak-anak aku yang tiga orang iaitu Sara, Soffea dan Furqan. Masing-masing berumur antara 10, 7 dan 6 tahun. Paling bongsu ialah Yusuf 2 tahun. 


     Sebelum aku di sahkan mengandung, Yusuf dulu yang boleh detect akan berita kehamilan aku tau. Dia merengek-rengek je. Mungkin sebab dia dah tahu dalam rahim ku ada satu janin kecil yang menumpang. Maka, dia pun manja lain macam. 


Jaga Sensitiviti Orang sekeliling dengan Berita Kehamilan      Sepanjang aku mengandung, aku tidak kecoh di media sosial. Sebab aku faham perasaan rakan-rakan yang dalam TTC dan juga mereka yang keguguran sewaktu mengandung dan hampir melahirkan zuriat. Jadi, apa sebab aku perlu kecoh di media sosial. Aku pun pernah merasai kesakitan mereka. Jadi, aku rahsiakan akan berita gembira ini daripada kawan-kawan. 


Lagi pun, aku pun tidak berharap sangat. Sebab sebelum ini pun pada tahun 2021 iaitu bulan august dah pernah keguguran. 
 
 
Contact Rapat 
 
    Close contact daripada suami ku sendiri. Walaupun aku setiap hari keluar rumah mengambil anak-anak pulang sekolah, namun aku menjadi close contact rapat kepada suamiku yang bekerja. Itu lah, semuanya sudah tertulis. Ada satu pagi, suami bangun untuk solat subuh. Dia menjerit kesejukan dan terbersin tanpa henti pada pagi  Jumaat, 2 hari sebelum umat islam menyambut puasa. 
 
    Kurang 24 jam, suami ku telah mengalami sakit-sakit pinggang. Dan, dia melakukan ujian kit test air liur. Keputusannya adalah positif! terus aku kuarantin kan suami dalam satu bilik berasingan dari anak-anak dan diriku. 
 
    Suami ku pula bekerja dengan orang ramai dan sering memasuki site untuk kerja-kerjanya. Sini lah punca utama dia mendapat virus covid19.  




Tanda-tanda terkena Virus Covid19  Hari pertama; 

Badan panas. Kejap panas, hilang dan panas kembali. Keesokan harinya, okay sihat. Ingatkan perubahan bila mengandung, orang cakap lain kandungan lain rasanya.
 Hari ke-2
Tekak mengerik, rasa macam ada sesuatu kat tekak. Batuk tiba-tiba. Air hidung laju turun, di sertai gatal hidung.
Hari ke-3
Tapak kaki sakit, leher tegang, kepala rasa sakit nak meletup waktu malam.
Malam tu juga sakit pinggang dan belakang badan. Pendek kata semua sendi sakit.
Dah telan Panadol aktif, lega. Tapi pinggang sakit.
Masa tu dah spotting. Tiap kali batuk, spotting dari warna coklat sampai ke fresh blood masa tu. 
Naluri seorang ibu mengandung: 
"Abang, sakit giler pinggang malam ni. Rasa sakit tu merayap betul-betul kat rahim ayang." 
Masa virus Covid19 menyerang sendi, sampai ke perut dia serang. Bawah abdomen semua terasa tegang. Sekeliling perut, depan dan belakang. 
"Esok abang call klinik Wyko tanya. Kalau boleh, kita scan sekali." Ujar suamiku ringkas.
Panik bercampur hilang ingatan barangkali dek penangan Covid19. Suamiku terlupa, kami dalam kuarantin. Jadinya, kena tunggu kuarantin tamat baru boleh bergerak kemana-mana. Hari ke-4

Waktu kejadian bleeding.
Perut mengalami kesakitan yang amat dasyat sebenarnya. Hari ke-2 dah sebenarnya sakit perut seperti nak membuang, tapi pagi semalam tu rasa tak tertahan nak membuang air besar.
Masuk je tandas, buang hajat. Kemudian, darah penuh dalam mangkuk tandas. Atas lantai pun ada. Aku hampir gelap mata masa ni. Yang paling aku takut darah tu mengalir macam air paip sampai ke kakiku. Macam dalam drama seram pun ada masa ni.
Aku hampir nak pitam masa tu. Kuatkan semangat demi anak-anak.
Oleh sebab kes emergency, suami yang kuarantin positif terpaksa kejarkan aku ke bahagian kecemasan. Sebab dah bleeding teruk, risau nyawa aku melayang je. Nak tunggu ambulans, takut lambat. 
Alhamdulillah, sampai juga hospital masa tu. Kain batik dengan darah-darah sekali pergi. Pad dah tukar 3 kali masa sebelum ke hospital. Sebab darah turun memang betul macam air paip, aku terbatuk je keluar darah tu sampai ke tumit mengalir darahnya. Kalian bayangkan lah.

Bahagian Kecemasan dan Trauma Htaa,Kuantan
     Sampainya aku di bahagian kecemasan, aku terus di masukkan ke bahagian kritikal. Urin di ambil, serta darah. Staff di sana sudah standby untuk sebarang kemungkinan berlaku dengan darah aku turun tidak berhenti.      Sedang aku ke tandas, tiba-tiba satu ketulan besar yang keluar. Ha, aku masa tu dah menangis. Aku fikir bahawa, ketulan itu adalah janin yang tidak jadi. "Gedebuk! bunyi sesuatu terjatuh atas mangkuk tandas. Saiznya lebih kurang anak tikus yang baru lahir. Aku dah hampir nak pitam lagi sekali, tapi berbekalkan semangatku yang kuat tak jadi pitam.      Terus aku keluar dari tandas, dan tunjukkan sample tersebut kepada nurse dan doktor permpuan yang berada di situ.

Maaf gambar agak meloyakan tekak..


"Doktor, ni ke janin saya?"
"Saya rasa ni bukan janin. Tapi darah beku. Takpe, kami akan refer Puan ke bahagian Wad Bersalin Berisiko Rendah,"

Lebih kurang 20 minit aku menunggu, aku di bawa menaiki ambulans untuk ke bahagian Wad Bersalin Berisiko Rendah. Sebenarnya, jarak antara satu bahagian tidak lah jauh mana, Tapi jika berjalan kaki, mahu kena usung aku menggunakan wheel chair juga ( aku dah tidak boleh berjalan lagi, kerana mengalami tumpah darah ) . Oleh sebab aku ni Covid19 positif, jadi aku di angkut naik dengan van ambulans. Agar, aku tidak menjangkiti orang awam yang lalu lalang sepanjang melalui bahagian-bahagian tersebut. 

Setibanya aku di Wad Bersalin Berisiko Rendah. Aku di jemput masuk ke BILIK 1. Iaitu bilik isolasi bagi ibu bersalin. Lebih kurang seminit ku berbaring di katil, pembantu doktor memasukkan branula ke tangan ku. Dan mengambil sample darah di tangan ku. 

"Awak boleh tahan ya, saya nak lakukan proses ni tanpa sebarang bius sekarang. Lagipun, darah awak dah banyak keluar ni, dinding rahim pun dah nipis."  Ujar doktor bertubuh gempal dan bercermin mata sambil tersenyum manis memulakan perbualan. 

Lampu disuluh tepat ke arahku oleh pembantu doktor.  "Insha allah, boleh. Lagi pun saya dah tak mahu masuk dewan bedah lagi." Spontan aku menjawab dengan pantas. Bagi aku, demi nyawaku yang mungkin di hujung tanduk ni. Aku pasrah dengan rawatan ini. 

"Astaghfirullah hal adzim., Allahuakbar, Lailahaillallah, Allahuakbar.." Di ketika ini, mataku hampir tertutup. Kemudian, doktor cepat-cepat tanya aku macam-macam. Dia risau aku pengsan kot.   Aku membuka mata kembali. Alhamdulillah, dah jadi macam microsleep pula saat doktor mencabut menggunakan forcep buat kali ke-2
  "Awak buat batuk sikit." "Uhuk.." Kedengaran suaraku batuk dengan penuh sopan
 "Uhukkkkkkkk! Bunyi batuk spontan, dek penangan Covid19
 "Alhamdulillah, berjaya! Rahim awak dah kosong sekarang. Jap lagi saya tunjukkan kat ultrasound."  "Terima kasih, Doktor."  Syukur ya allah, kau mudahkan urusanku. Secara automatiknya, perut ku tiada lagi kesakitan. 


Syukur allah permudahkan urusan ku di  hari Khamis. Hanya 30 minit sahaja kes aku selesai. Malam itu juga aku pulang ke rumah tanpa perlu di masukkan ke dalam wad. Kini, rahim ku telah bersih dari segala sisa janin. 

Nota :
Gambar janin dalam bekas tu, doktor memberi izin untuk bergambar. Doktor pun kesian dengan pengalaman aku, sebab tidak pernah melihat janin sendiri keguguran. Dalam masa yang sama, suami ku tidak percaya bahawa aku telah keguguran hari itu. Itu lah buktinya, aku whatsapp terus kepada suamiku dengan gambar tersebut. 





MIMPI SEBELUM KEGUGURAN :

Sebenarnya allah dah bagi pelbagai petanda kepada aku sebelum keguguran berlaku.


Anak nombor 3 masuk wad ICU , kritikal dalam tu. Muka hancur. Aku nangis-nangis cakap kat doktor, nak teman.  "Biar doktor jaga di dalam dengan anak."  Satu suara jelas kedengaran, tanpa menunjukkan raut wajah. Hanya suara datangnya dari bilik ICU
 Rupanya, ini lah maksud mimpi tersebut
Allah nak jaga


Berpantang keguguran kali ni.. tak bertungku lagi
Berdasarkan keguguran lalu, tak sesuai bertungku untuk orang keguguran. Antara pantang keguguran dan dan pantang orang bersalin tidak sama sekali.  Begitulah
 Apa yang aku tetap amalkan ialah : 1. Berparam tapi guna yang moden. Jenis Param roll dari Ummi Alya. Boleh cari agent terdekat anda
2. Sabun herba berpantang, dari Ummi Alya
3. Makan nasi macam biasa. Ada ikan selar, nasi putih, air suam dan buah kurma sebagai pengganti sayuran
4. Makan biskut kraker dan air kopi sebelah petang. 5. Makan bawang crunchy sebagai kudapan. Ni aku saja makan je.


TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN ALAM MAYA KU

Masya allah, tabarakallah. Aku banyak menerima ucapan takziah di media sosial aku. Ada yang ucap di ruangan komen dan secara personal juga. Aku doakan moga kalian di berikan ganjaran allah di dunia dan akhirat, kerana menggembirakan aku dengan kata-kata semangat dan doa. Sayang kalian!




Hadza min fadli rabbi, 3 hari aku bersedih. Kini aku kembali sihat meneruskan kerja-kerja menulis sebagai ghostwriter seperti biasa.


Aku rasa, ini yang terakhir untuk aku mengandung. Dan takkan kembali mengandung lagi. Cukuplah dengan memiliki 4 cahaya mata sekarang. 2 berada di syurga. Insha allah. Aku ambil ibrah dari kisah lalu aku, kerana aku sudah 2 kali keguguran yang membawa maksud awak sudah berikan kepadaku 'hint' supaya tidak lagi mengandung. 




    Walaupun kita sudah memasuki fasa endemik, covid19 masih ada bersama kita. Cuma kita sahaja yang tidak peka akan kehadiran awalnya. Bagi aku, amat merbahaya kepada ibu mengandung. Virus ni sekejap sahaja mampu membunuh janin yang sedang membesar dalam rahim kita. Apapun, aku sudah reda dengan ujian allah kepada kami dalam Bulan Ramadan. Aku pasti allah nak gantikan sesuatu perkara kepada kami sekeluarga.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2022/04/asbab-covid19-keguguran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alopecia Areata Penyakit Keguguran Rambut Yang Perlu Anda Tahu

Alopecia Areata Penyakit Keguguran Rambut Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 168 hits
Alopecia areata adalah istilah perubatan untuk keguguran rambut Satu jenis ialah alopecia areata Ia adalah penyakit autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun badan menyerang sel sel sihat badan sendiri Penyakit ini menyerang folikel rambut...
Anak Anak Adalah Harta Saya Pernah Alami Keguguran Han Gain Ulas Soal Rawatan Persenyawaan Ivf

Anak Anak Adalah Harta Saya Pernah Alami Keguguran Han Gain Ulas Soal Rawatan Persenyawaan Ivf

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 250 hits
Dalam episod terbaru SBS Circle House Han Ga in berkongsi kisah peribadi tentang kegugurannya dan keputusannya untuk menjalani rawatan persenyawaan in vitro ARTIKEL BERKAITAN Pada awalnya selebriti itu merujuk dirinya sebagai ibu Kanggaru d...
Pengalaman Dijangkiti Covid19 Petua Covid19 Yang Mujarab

Pengalaman Dijangkiti Covid19 Petua Covid19 Yang Mujarab

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 248 hits
Pengalaman Dijangkiti Covid19 Petua Covid19 Yang Mujarab Assalamualaikum semua Harini baru jadual mama kembali seperti biasa selepas seminggu dijangkiti virus Covid19 dan disusuli pula dengan mengantar anak mama ke asrama Post mama beberapa...
Ingat Wahai Sang Lelaki 5 Perkara Ini Boleh Jadi Asbab Suami Nusyuz

Ingat Wahai Sang Lelaki 5 Perkara Ini Boleh Jadi Asbab Suami Nusyuz

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 183 hits
Ingat Wahai Sang Lelaki 5 Perkara Ini Boleh Jadi Asbab Suami Nusyuz SUAMI dan isteri masing masing memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam sebuah perkahwinan Selain itu Islam memberi panduan kepada suami dan isteri supaya sentia...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment