Asb Loan Teknik Rolling Berbaloikah
Berbaloi lagikah loan asb teknik rolling bila dividen sejak kebelakangan ini rendah?Untuk tahun 2020 sahaja dividen hanya 4.25% belum dicampur bonus.Jika dulu kita merasa dividen sekurang-kurangnya 7%-8% malah zaman datuk nenek kita pernah 12%,namun dalam keadaan sekarang ini ia agak jauh dari sasaran.
Namun satu hal yang anda harus tahu,walaupun rendah ia tetap beri pulangan dan tiada risiko pelaburan.Sesetengah pelaburan jangankan keuntungan,modal sahaja tidak dikembalikan.Sekurang-kurangnya menyimpan dalam ASB membuat kita lebih lena malam.Hanya tunggu hingga hujung tahun agihan dividen akan diberikan.Ia lebih baik sebenarnya dari kita menyimpan dI AKAUN simpanan yang hampir tiada langsung dividen atau menyimpan duit dirumah sahaja.Paling buruk lagi tiada langsung simpanan.
7 sebab kenapa ASB LOAN masih terbaik dan relevan?1.FORCE SAVING ANDA-Simpanan paksa rela.Kalau tiada paksaan untuk menyimpan kadang-kadang kita ini kurang menyimpan.Bila dah buat loan haa baru rasa nak bayar setiap bulan.Bayaran itu sebenarnya adalah anda menyimpan.
2.Pelaburan rendah risiko dan hampir tiada risiko
3.Pembiayaan islamik ya.Tawaruq
4.Unit harga tetap dan tidak akan berubah-rubah.
5.Pembiayaan maximum hingga 40 tahun.Jadi boleh dapat bayaran lebih murah dengan jumlah sijil yang lebih besar.
6.No lock in period.Maksudnya anda boleh batalkan bila-bila masa sahaja tanpa dikenakan penalti apa-apa.Namun jika anda pelanggan saya,sekurang-kurangnya buatlah setahun ,lebih lebih baik.Fikir-fikir dulu sebelum buat.Jangan dah proses loan dah lulus tak sampai sebulan nak batalkan.Apa kess dik?
7.ASB hanya untuk bumiputra.Kalau anda bumiputra akaun asb pun tiada sangatlah rugi rasanya.
Zaman pandemik dan ekonomi yang tidak memberansangkan bukan sahaja ramai orang kehilangan pekerjaan malah banyak juga sektor pelaburan terkena tempiasnya.
Ada pelaburan yang tidak mengungtungkan malah kehilangan modal.Namun alhamdulilah sehingga tahun 2020,dividen ASB masih ada walaupun agak rendah.Ia mungkin tidak segah sebelum ini namun ia tetap ada dividen .
Ada yang bertanya kepada saya,jika saya ingin memohon pinjaman asb tetapi saya tetap ingin buat teknik rolling adakah saya masih untung jika dividen masih rendah seperti beberapa tahun dividen asb tahun 2020?Soalan ini wujud kerana saya selalu menasihatkan bagi pelabur simpanan asb untuk buat secara compounding.
Namun saya tetap ambil masa untuk buat kira-kira jika soalan itu saya rasa perlu dijawab untuk pencerahan.
Baiklah contohnya sekarang ini tatkala artikel ini saya tulis,rata-rata bank di Malaysia menawarkan interest rate yang agak rendah iaitu 3.45% .Jika anda mohon dengan saya ,interest 3.45% yang akan saya tawarkan.Jadual bayaran tanpa takaful seperti di bawah.
Seperti jadual ,cuba kita lihat jumlah bayaran untuk 200k jika kita ambil tempoh bayaran yang paling maximum tanpa takaful 40 tahun.
Jumlah loan asb : RM 200KTempoh bayaran : 40 tahunBayaran sebulan : RM 769.00 (Tanpa insurance)
Bayaran setahun: RM 769 X12 =RM 9228Anggaran dividen : 4.25% (dividen 2020 tanpa bonus)
Jumlah Dividen setahun: RM 8500.00
Berdasarkan contoh diatas,jika contoh dividen jatuh 4.25% setahun.
Tahun pertama modal : RM 9228.00 dapat dividen rolling bayar tahun ke 2,alamak kena top up lah.Rugilah macm ni.Ya ka?Jom kita kira lagi.
Tahun pertama modal : RM 9228.00 dapat dividen rolling RM8500
Tahun ke 2:modal kena tambah RM728.00
.Cara ini berterusan hingga 5 tahunTahun ke 3 : modal RM728.00Tahun ke 4 : modal RM728.00Tahun ke 5 : modal RM 728
( terminate loan asb,tidak perlu rolling) dpt dividen tahun ke 5): RM 8500.00
Kita beranggapan selama 5 tahun tiada perubahan pada dividen dan juga interest rate pembayaran.Tiada kenaikan dividen mahupun kenaikan bayaran.
Maka jumlah dividen yang kita dapat selama 5 tahun : RM 8500.00 ,macam mana ni.RM 8500 sahaja?Jumlah modal saya selama 5 tahun RM 728 x 4 +RM 9228 : RM 12140.00.Rugi nya saya!!!
Nanti dulu,!
mari kita teruskan pengiraan
Bila loan dibatalkan pula kita akan dapat surrender value.
Mengggunakan financial calculator,untuk tahun ke 5 anggaran cash value adalah seperti rajah diatas.5 tahun bersamaan 60 bulan jadi ambil baki list yang ke 60
Baki sekarang adalah RM 187,328.66.Jadi cash value,refund atau cash out ,surrender value atau apa sahaja namanya adalah dengan cara tolakkan jumlah sijil/loan amount dengan jumlah baki yang terkini berpandukan baki di financial calculator diatas.
Surrender value : RM 200,000.00 -RM 187,328.366 =RM 12,671.34
Jumlah baki dividen terkumpul selama 5 tahun: RM 8500.00
Jadi jumlah simpanan yang anda telah buat dengan cara Teknik rolling
Jumlah keseluruhan : RM 12,671.34 + RM 8500.00: RM 21,171.34
Ok tak lepas 5 tahun sekurang-kurangnya anda ada lebih dari RM20,000 di tangan?Masih terasa sikit..Nah janganlah buat teknik loan asb secara rolling ,buat sahaja teknik asb secara compounding.Itu lebih baik.
Tak mampu.?jadi pilihlah rolling.Itu lebih baik dari langsung tidak membuat pilihan dalam menyimpan.
Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.
KEADAAN KITA 20 TAHUN LAGI BERMULA DGN TINDAKAN YANG KITA AMBIL PADA HARI INI
Untuk info lanjut boleh whatsapp saya di 👇👇
IRDA
penasihat kewangan anda.
https://wa.me/601123716700
Lebih info kewangan&simpanan.Boleh join disini👇👇
https://t.me/IrdaGarminChannel
Appreciate your time reading this entry.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://irdagarmin.blogspot.com/2021/07/asb-loan-teknik-rolling-berbaloikah.html