Asas Pengetahuan Dalam Pemakanan Sukan


Kepentingan pengetahuan pemakanan sukan terhadap seorang juruterapi sukan Pemakanan sukan semakin dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang penting di dalam menyediakan seorang atlet dan ia memerlukan pengetahuan yang mendalam bagi seseorang yang terlibat di dalam menyediakan atlet termasuklah jurulatih, juruterapi dan juga atlet itu sendiri.Atlet mencabar kebolehan daya tahan tubuh badan setiap hari dalam menjalankan latihan dan seterusnya menghadapi pertandingan. Bagi memenuhi kehendak keperluan tubuh badan, atlet memerlukan pemakanan yang mencukupi bagi menampung penggunaan tenaga untuk setiap hari. Dalam menyediakan pelan pemakanan seorang atlet, mereka mestilah mempunyai kemahiran atau ilmu yang spesifik di mana ia adalah bersesuaian bagi pembangunan atlet. Ini kerana pelan pemakanan atlet adalah berbeza dengan pelan pemakanan individu biasa kerana penggunaan tenaga serta risiko kepada kecederaan yang lebih kerap berbanding individu yang menjalankan rutin harian biasa. Pengajian terhadap pemakanan sukan menjadi satu bidang yang dianggap penting bagi seorang juruterapi sukan kerana ia berkait rapat dengan kadar penggunaan tenaga, kadar metabolisma badan serta kemampuan untuk pemulihan seseorang atlet. Selain menjalankan pemeriksaan kesihatan dan rawatan, seorang juruterapi juga perlu mengenal pasti sumber tenaga yang digunakan oleh atlet dalam mempercepatkan proses pemulihan tubuh badan atlet.
Definisi Pemakanan :Kajian tentang makanan dan nutrien serta kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang individu.
Definisi Pemakanan Sukan :Aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, mengadaptasi pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan dan meningkatkan prestasi latihan.
Konsep Asas Dalam Pemakanan SukanPemakanan Sukan terbahagi kepada dua aspek iaitu;Pemakanan bagi latihanPemakanan bagi pertandinganApakah kepentingan pemakanan sukan:Atlet mengetahui maklumat kesan pemakanan terhadap tahap kesihatan merekaAtlet boleh menentukan jumlah cecair, nutrien dan tenaga yang diperlukan.Membantu meningkatkan prestasi atletMengurangkan risiko mendapat kecederaan semasa latihan dan pertandingan.Membekalkan tubuh badan dengan keperluan nutrien-nutrien essential.Keperluan Nutrien dan Pemakanan SeimbangMakanan yang dimakan akan dihuraikan kepada komponen-komponen kecil yang dinamakan nutrien. Kekurangan nutrien dalam badan akan menyebabkan atlet menjadi lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani latihan. Nutrien-nutrien ini terdiri daripada:KarbohidratLemakProteinVitaminMineralAirJenis-jenis nutrienNutrien ialah makanan yang membekalkan tenaga, menggalakkan tumbesaran dan membaik pulih tisu dan menjana metabolisme badan. Nutrien terbahagi kepada dua iaitu:
  
Nutrien EsentialNutrien essential ialah nutrien yang diperlukan oleh badan tetapi dihasilkan terlalu sedikit atau tidak boleh langsung dihasilkan oleh badan.Kepentingan nutrien essential ialah:a.    Elak gangguan kepada metabolisma badanb.    Menghalang penyakit atau kematian
Terdapat 35 jenis nutrien essential dalam badan, iaitu:a.    Airb.    Asid amino- histidina, isoleusina, leusina, lisina dll.c.    Vitamin- (A,D,E,K), asid askorbik, tiamina, niasin dll.d.    Sumber tenaga- asid lemak, linoliek, alfa linolieke.    Mineral- kalsium, fosforus, magnesium, ferumf.     Elektrolit- natrium, kalium, kloridag.    Mineral surih- zink, kuprum, mangan, iodin, selenium dan sebagainya Nutrien Bukan Esential.
Nutrien bukan essential boleh didapati daripada makanan dan juga dihasilkan sendiri oleh badan.
a.    Badan kita mensintesiskan glikogen untuk menghasilkan glukosa.b.    Glukosa disintesiskan daripada lemak dan protien dalam badan.Contoh:                                          i.    Carnitine                                         ii.    Kreatinina                                        iii.    Gliserol
Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak dinamakan makronutrien.KarbohidratLemakProtienAirElektrolit Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit dinamakan mikronutrien.
Vitamin Mineral KarbohidratKarbohidrat ialah sebatian organik yang tediri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen.Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga.Setiap 1 gram karbohidrat sama dengan 4 kcal/C tenaga.Dalam badan karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan hati).Fungsi karbohidrat:Sebagai sumber tenaga dan habaMengekalkan tahap glukosa darahMengawal kolesterol dan kegemukanMembantu mencerna dan menyerap nutrien.Keperluan semasa senaman/latihan:Jumlah pengambilan berbeza mengikut jantina, umur, jenis latihan dan tahap kecergasan atlet.Pengambilan karbohidrat ialah 30 kalori bagi setiap kilogram berat badan.Jenis-jenis karbohidrat Jenis Nama Contoh Monosakarida glukosa, fruktosa dan galaktosa.
Madu, gula perang Disakarida maltosa, laktosa dan sukrosa Jus buah-buahan
Polisakarida selulosa, pektin dan dektrin
Nasi, kanji, gandum

LemakLemak mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen.Lemak terbahagi kepada:Lemak tepuLemak tak tepuLemak (lipid) terdapat dalam bentuk trigliserida, kolesterol dan fosfolipid.Lemak boleh didapati dalam daging, susu dan kekacang.Fungsi LemakMembekalkan tenaga dan haba kepada badanMembentuk tisu adipose di bawah kulit bagi mengawal suhu badan di kawasan sejukMembentuk struktur sel seperti membran selMembantu melarutkan vitamin A, D, E, dan K.Melindungi organ dalaman.Jenis-jenis Lemak Lemak Sumber Lemak tepu Daging, santan, susu
Lemak tak tepu Minyak sayur-sayuran,minyak kacang tanah
ProteinProtein mengandungi unssur-unsur karbon, hidrogen dan nitrogen.Protein terbina daripada rantaian asid amino.Protein terbahagi kepada dua jenis iaitu:Protein lengkapProtein tak lengkapProtein didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan tumbuhan brokoli dan lobak merah.Fungsi proteinMengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam sel.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi.Membantu mengekalkan keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Nutrien-nutrien lain: Vitamin

1.     Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit.2.     Vitamin digunakan untuk merangsang pertumbuhan dan memelihara kesihatan.3.     Hanya didapati melalui makanan sahaja.4.     Vitamin A, D, E, K (larut lemak) dan vitamin C dan B kompleks (larut air). Mineral
1.     Mineral ialah bahan bukan organik untuk mengawal keseimbangan bendalir dan mengawal atur keseimbangan asid bes.2.     Berfungsi sebagai:a.     Jus untuk enzimb.    Hormon disintesis dalam badan Air dan elektrolit
1.     Air terdiri daripada gabungan unsur oksigen dan hidrogen.2.     Air diperlukan dalam 55%-65% daripada jumlah berat badan orang dewasa.3.     Cecair terbahagi kepada dua iaitu cecair dalam sel dan cecair luar sel.dan boleh didapati daripada minuman, buahbuah, sup dan sayur-sayuran.4.     Elektrolit penting dalam fungsi fisiologikal seperti pengecutan otot dan keseimbangan cecair badan.
Metabolisme semasa rehat dan senamMetabolisme adalah jumlah perubahan fizikal dan kimia yang berlaku dalam badan, seperti: Penukaran daripada makanan kepada tenagaPembentukan enzim dan hormonPembinaan tisu dan tumbesaran tulangSemasa rehat, tenaga tidak banyak digunakan. Oleh itu, kadar metabolisme adalah rendah kerana tenaga yang minimum diperlukan untuk mengepam darah dan mengekalkan suhu badan.Aktiviti senam akan meningkatkan kadar metabolisme.Semakin tinggi intensiti (jumlah) aktiviti serta semakin pantas kita melakukan aktiviti fizikal. Maka semakin cepatlah berlakunya pengecutan otot.Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga dan kalori dalam badan.1 liter oksigen, mampu membebaskan 4kcal/C tenaga daripada karbohidrat.
Kadar kalori1gram karbohidrat = 4 kcal/C1gram protien = 4 kcal/C1gram lemak = 9 kcal/CTidak semua orang memerlukan sejumlah kalori yang sama setiap hari. Penggunaan kalori yang ideal bagi kita bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kesihatan kita secara keseluruhan, permintaan aktiviti fizikal, jantina, berat badan, ketinggian, dan bentuk badan. Seorang pemain bola sepak profesional lelaki dengan 6 kaki tinggi, berusia 25 tahun memerlukan banyak lagi kalori setiap hari daripada wanita dengan ketinggian 5 kaki 4 inci yang tidak aktif berusia 75.Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia mendapati sukar untuk bersetuju kepada berapa banyak kalori rakyat mereka ideal harus makan. Kerajaan Amerika Syarikat berkata manusia purata memerlukan 2,700 kalori setiap hari dan wanita purata 2,200, manakala NHS (National Health Service) UK, berkata ia perlu 2,500 dan 2,000 masing-masing. FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian) Bangsa-Bangsa Bersatu berkata orang dewasa biasa perlu mengambil tidak kurang daripada 1,800 kalori setiap hari.
Formula BMR bagi lelaki:66 + (13.8 x berat kg) + (5 x Tinggi cm) – (6.8 x umur)
Formula BMR bagi wanita:655 + (9.6 x berat (kg)) + (1.8 x tinggi (cm)) – (4.7 x umur)
Jika mengambil makanan yang melebihi kadar yang sepatutnya akan menyebabkan kalori yang berlebihan akan tersimpan di dalam badan dan boleh mengakibatkan komplikasi pada kesihatan dan yang paling ketara adalah peningkatan berat badan akan berlaku serta penurunan perembesan hormon dan enzim yang akan menyebabkan penurunan kepada prestasi sukan tanpa disedari.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terapisukan.com/2016/06/asas-pengetahuan-dalam-pemakanan-sukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kursus Asas Urutan Sukan Siri 3 2017

Kursus Asas Urutan Sukan Siri 3 2017

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 882 hits
Nama Kursus BASIC SPORTS MASSAGE COURSE 3 2017Tempat Studio Terapi Sukan IKBN Kuala Langat Tarikh 22 23 Julai 2017 TERHAD KEPADA 20 ORANG PESERTA SAHAJA www terapisukan comModul Human Anatomy PhysiologyBasic Sports Massage TechniquesInjurie...
Tanggapan Salah Terhadap Urutan Sukan

Tanggapan Salah Terhadap Urutan Sukan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 466 hits
Pada dasarnya urutan sukan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada atlet dalam mengekalkan tahap prestasi sukan yang diceburi Selain itu ia juga berfungsi sebagai kaedah dalam pencegahan kepada kecederaan Urutan sukan telah dikom...
Sekolah Sukan Kbs Kementerian Pendidikan Akan Bincang

Sekolah Sukan Kbs Kementerian Pendidikan Akan Bincang

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membincangkan hal yang membelenggu kemelut sekolah sukan negara Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata be...
Hari Sukan Negara Bersama Women S Sports And Fitness Foundation Malaysia

Hari Sukan Negara Bersama Women S Sports And Fitness Foundation Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 364 hits
Hello pembaca kesayangan Hari Sabtu yang lalu telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan Realitinya kesedaran untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat masih rendah di kalangan masyarakat kita Sebab itu...
Apakah Beza Urutan Sukan Dengan Urutan Tradisional

Apakah Beza Urutan Sukan Dengan Urutan Tradisional

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 633 hits
Apakah beza urutan sukan dengan urutan tradisional Kami di Terapi Sukan selalu ditanyakan persoalan seperti ini Apakah beza urutan sukan dengan urutan tradisional dan urutan urutan lain Maksud urutan sukan Sports massage is a form of bodywo...
Fakta Disebalik Pingat Emas Sukan Olimpik

Fakta Disebalik Pingat Emas Sukan Olimpik

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 305 hits
Sukan Olimpik adalah temasya sukan antarabangsa paling berprestij yang diadakan sekali dalam setiap empat tahun Ramai atlet di seluruh negara menantikan temasya sukan ini termasuklah atlet dari negara Malaysia Jika seseorang atlet itu berja...
15 Pegawai Belia Dan Sukan Ditahan Sprm Johor

15 Pegawai Belia Dan Sukan Ditahan Sprm Johor

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 333 hits
JOHOR BAHRU Seramai 15 orang pegawai belia dan sukan di negeri ini ditahan nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor di sini tengah hari tadi untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu Menurut sumber susulan tangkapan yang tel...
Yuran Pengajian Um Naik Tanpa Notis Sukan Renang Diperkenalkan

Yuran Pengajian Um Naik Tanpa Notis Sukan Renang Diperkenalkan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan akan membincangkan isu kenaikan yuran pengajian dengan Universiti Malaya kata Menterinya Dr Maszlee Malik Beliau berkata pihaknya telah berhubung dengan universiti itu bagi mengadakan perbincangan lanjut ...
Hmmm Surat Terbuka Kepada Yb Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

Hmmm Surat Terbuka Kepada Yb Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 653 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada YB Syed Saddiq Semoga YB sentiasa didalam rahmat Allah dan sentiasa mendapat petunjuk Allah untuk melaksanakan amanah dengan penuh tawadduk dan integriti YB Syed Saddiq Saya adalah diantara jentera...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Ciri Rumah Moden Dengan Tema Reka Bentuk Menawan Di Lumira Eka Heights

Disappointed

Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Ambil Ubat Di Hospital Lagi Mudah Dengan Aplikasi Myubat

Memahami Perbedaan Antara Jam Kerja Bobot Kerja Dan Beban Kerja