Tanggapan Salah Terhadap Urutan Sukan


Pada dasarnya urutan sukan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada atlet dalam mengekalkan tahap prestasi sukan yang diceburi. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kaedah dalam pencegahan kepada kecederaan.
Urutan sukan telah dikombinasikan secara saintifik berdasarkan kepada teknik-teknik urutan asas yang lain bagi memastikan objektif asal yang dinyatakan dapat dicapai. Jika kita perhatikan, tiada teknik yang luar biasa bagi urutan sukan ni. Ia adalah sama seperti urutan-urutan lain. Apa yang membezakan urutan sukan dan urutan lain hanyalah kombinasi penggunaan teknik tersebut.

URUTAN SUKAN BUKAN HANYA UNTUK ATLETUrutan sukan bukanlah satu perkhidmatan yang eksklusif yang hanya boleh diberikan kepada atlet sahaja. Ini kerana fungsi utama urutan sukan adalah untuk memberikan kelegaan, mengurangkan kesakitan, mempercepatkan proses pemulihan serta membantu mengembalikan fungsi tubuh pada tahap optimum. Dalam kalangan masyarakat, bukan atlet sahaja yang perlu menjaga prestasi malah masyarakat lain juga terlibat sama. Anggapan bahawa urutan sukan hanya untuk atlet ialah satu tanggapan yang tidak tepat.

URUTAN SUKAN HANYA DIPERLUKAN APABILA MENGALAMI KECEDERAANTanggapan seperti ini sudah menjadi kebiasaan kepada kami sebagai juru terapi urutan sukan. Kebanyakan pelanggan hanya akan merujuk kepada kami hanya apabila sudah mengalami kecederaan. Dan keadaan yang lebih buruk apabila mereka datang kepada kami pada ketika kecederaan sudah terlalu lama dialami. Urutan sukan bukanlah ubat atau kaedah yang boleh memulihkan kecederaan. Hakikat sebenar, urutan sukan ialah sebagai salah satu medium untuk mempercepatkan proses pemulihan. Jadi, kepada sesiapa yang datang dan dapatkan urutan sukan kerana kecederaan janganlah salahkan juruterapi jika kecederaan tidak pulih sebaik sahaja diurut. Kecederaan perlukan masa untuk dipulihkan. Cuma, proses pemulihan mampu dipendekkan melalui urutan sukan.
URUTAN SUKAN TERLALU LEMBUT
Jika dilihat pada teknik yang dipraktikkan memang kelihatan seperti lembut dan tidak memberi rasa yang seperti diharapkan oleh sesetengah individu. Tetapi hakikatnya, jika ditanya pada siapa-siapa yang pernah mengalami dan merasai urutan sukan pasti tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Teknik urutan sukan sebenarnya diolah bagi memberikan kesan yang maksimum kepada penggunaan otot rangka yang seperti kita sedia maklum, otot rangka berperanan besar dalam memberikan pergerakan kepada tubuh badan manusia. Apabila tekanan dan urutan diberikan pada lokasi-lokasi yang tepat dan betul akan memberikan kelegaan, keselesaan, sedikit kesakitan dan juga mampu untuk memberikan penyembuhan kepada sesetengah keadaan kecederaan. Fokus utama dalam urutan sukan ialah memberikan tekanan tetapi dalam masa yang sama tidak menyebabkan keadaan tubuh semakin sakit, malah ia mampu memberikan kesan yang positif sebaik sahaja selesai sesi urutan.


URUTAN SUKAN SAMA SAHAJA DENGAN URUTAN-URUTAN LAINSeperti mana yang kerap kami tekankan dalam kursus-kursus yang kami anjurkan, tiada keistimewaan yang luar biasa dalam teknik urutan sukan. Malah, teknik dan strokesjuga sama seperti urutan-urutan moden dan tradisional yang lain. Akan tetapi, apa yang membezakan urutan sukan dengan urutan-urutan yang lain ialah bagaimana teknik-teknik tersebut di kombinasi dan disusun serta diolah secara saintifik bagi mencapai matlamat individu yang mendapatkan urutan tersebut. Ia berbeza bergantung pada tahap kecergasan fizikal individu, tahap keupayaan(keanjalan) otot, aktiviti/rutin harian dan beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.

Jadi, apa kata sebelum anda memberikan tanggapan yang salah terhadap urutan sukan, anda rasakan dahulu kehebatan urutan sukan yang pastinya mampu memberikan kesan yang sama atau lebih baik daripada urutan-urutan yang pernah anda rasa.

Salah sihat,
Admin Terapi Sukan.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terapisukan.com/2018/08/salah-tanggapan-terhadap-urutan-sukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kursus Asas Urutan Sukan Siri 3 2017

Kursus Asas Urutan Sukan Siri 3 2017

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1004 hits
Nama Kursus BASIC SPORTS MASSAGE COURSE 3 2017Tempat Studio Terapi Sukan IKBN Kuala Langat Tarikh 22 23 Julai 2017 TERHAD KEPADA 20 ORANG PESERTA SAHAJA www terapisukan comModul Human Anatomy PhysiologyBasic Sports Massage TechniquesInjurie...
Apakah Beza Urutan Sukan Dengan Urutan Tradisional

Apakah Beza Urutan Sukan Dengan Urutan Tradisional

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 729 hits
Apakah beza urutan sukan dengan urutan tradisional Kami di Terapi Sukan selalu ditanyakan persoalan seperti ini Apakah beza urutan sukan dengan urutan tradisional dan urutan urutan lain Maksud urutan sukan Sports massage is a form of bodywo...
8 Anggapan Salah Terhadap Samurai Selama Ini

8 Anggapan Salah Terhadap Samurai Selama Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 279 hits
Samurai adalah tentera bangsawan dan pegawai kasta zaman pertengahan dan awal zaman moden Jepun dan apabila menyebut tentang samurai ramai akan membayangkan seorang tentera dengan pakaian besi serta topeng bersama pedang ikonik iaitu katana...
Anda Setuju Lancar Perang Terhadap Agong Tidak Akan Dihukum Bunuh

Anda Setuju Lancar Perang Terhadap Agong Tidak Akan Dihukum Bunuh

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 275 hits
Jika di philiphine jenayah dadah dianggap jenayah berat begitu juga di thailand Selepas thailand menggubal perundangan dengan mengenakan hukuman mati terhadap pengedar dadah kadar tersebut dikatakan menurun Sekiranya malaysia mahu mengikut ...
Najib Buat Laporan Polis Terhadap Dirinya Kerana Kit Siang Tidak Berani

Najib Buat Laporan Polis Terhadap Dirinya Kerana Kit Siang Tidak Berani

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 305 hits
Amat mudah untuk saya lihat Lim Kit Siang secara terang berbohong begitu sahaja Hari ini Kit Siang keluarkan kenyataan lagi mendakwa saya yang berbohong seperti berikut His latest lie was his allegation yesterday that when he agreed to the ...
Pembantu Peribadi Buat Laporan Terhadap Najib

Pembantu Peribadi Buat Laporan Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 378 hits
12 OKT Seorang pembantu peribadi kepada Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri itu Laporan polis itu dibuat balai polis Hartamas di Kuala Lumpur lebih kurang jam 8 15 malam ini Dalam laporan ter...
5 Bukti Ketaatan Khabib Nurmagomedov Terhadap Agama Islam

5 Bukti Ketaatan Khabib Nurmagomedov Terhadap Agama Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 586 hits
Pemain UFC Khabib Nurmagomedov menjadi sorotan dunia setelah mengalahkan rivalnya Connor McGregor lalu di T Mobile Arena Las Vegas Selang kemenangannya menaklukan McGregor ternyata ia menimbulkan kerusuhan di luar arena Ia terlibat adu mulu...
Tindakan Undang Undang Terhadap Individu Sebar Munafik 2 Di Internet

Tindakan Undang Undang Terhadap Individu Sebar Munafik 2 Di Internet

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 372 hits
Penerbit filem Munafik 2 Skop Productions Sdn Bhd bertindak untuk mengambil tindakan undang undang terhadap individu yang menyebarkan rakaman penuh filem Munafik 2 di internet Datuk Yusof Haslam berkata individu yang dikenali sebagai Muhamm...
Mengubah Persepsi Belia Terhadap Bidang Pertanian

Mengubah Persepsi Belia Terhadap Bidang Pertanian

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 338 hits
Fokus untuk mengubah persepsi negatif golongan belia terhadap bidang pertanian bagi mendekatkan dan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang itu perlu dilakukan Kebanyakan belia menganggap pertanian adalah bidang untuk mereka yang lebih...
Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Pa Yang Multitasking

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

18 Peserta Big Stage Alpha All Male Spin Off Berentap

Berlindung Daripada Penyakit Ain

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan