Asap Palsu Mengelirukan Dalam Isu Rohingya


Dr Riduan Mohamad Nor 

TANAH air ini sentiasa membahang panas dengan pelbagai isu yang menunjal-nunjal nurani kita. Seolah hilang keberkatan dan kemuliaan Ramadhan dilaman jiwa sebahagian umat Islam di negara ini apabila isu pelarian Rohingya meledak sehingga membakar erti persaudaraan Islam.

Segala bahan lama medsos dikitar semula bagi merencah api kebencian kepada pelarian Rohingya, bertimbun konotasi negatif dibalut pada kelompok pelarian ini. Pengotor, pemalas, kaduk naik junjung, pembelit, penipu dan seribu gelaran jelik sehingga kita terlupa sedang memasuki bulan rahmat dan bulan pengampunan.

Segalanya berakar daripada radius kurang daripada lima kilometer daripada pasar borong Selayang, pusat tumpuan masyarakat Myanmar meraih rezeki dan dikatakan bersikap “besar kepala” . Bersambung dengan apa yang diviralkan tuntutan rakyat Rohingya untuk mendapatkan hak di negara “semenanjung emas” maka sebahagian kita seolah hilang kewarasan.

Bahkan tanpa pemerincian , siapa sahaja terkait dengan Mynmar dikira sebagai Rohingya, bergentayangan maklumat salah dan separuh benar yang ditelan oleh masyafakat kita. Seorang pegawai tinggi tentera kelmarin menafikan bahawa dia menulis naratif sejarah etnik Rohingya yang menyatakan bangsa ini berasal daripada Bangladesh dan terusir kerana kebobrokan nilai dan sikap.

Ironisnya, kerajaan Islam Arakan atau pemetaan geografi di zaman kontemporari ini dikenali sebagai Rakhine State adalah asalnya sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dizaman dahulu. Arakan daripada perkataan arkan, arkanu atau rukun adalah merujuk kepada rukun Islam. Pada tahun 1913, kerajaan Islam Arakan pernah menghantar bantuan kewangan kepada khilafah Uthmaniah yang sedang berperang di Balkan.

Kelicikan British memasukkan wilayah ini kedalam Burma sehinggalah Burma yang dimerdekakan pada tahun 1948. Bermulalah pemencilan kepada muslim Rohingya di Arakan dengan sejarah penindasan yang lebih daripada tujuh dekad.

Penghapusan etnik Rohingya berjalan dengan sistematik, bangsa ini dibodohkan dengan cara dinafikan hak untuk mendapat pendidikan. Mereka hanya meminta hak mereka sebagai manusia, bahkan mereka hilang hak sebagai warganegara Mynmar. Jutaan etnik Rohingya melarikan diri termasuk ke Malaysia yang dipercayai mereka saudara muslim mereka. Hampir dua juta berkampong di wilayah Cox Bazaar di bangladesh. Mendiami kawasan padat dan kotor di Kem Khutuphalong, thangkhali, Bhakupali, Teknaf dan sekitarnya.

Nasib mereka kurang baik kerana berjiran dengan negara miskin Bangladesh dengan populasi lebih 160 juta penduduk. Di negara miskin itulah nasib tuah badan mereka menumpang, ada yang mengambil risiko menaiki bot untuk melarikan diri ke negara lain akhirnya berbulan dilambung samudera Laut Andaman.

Kematian mengintai mereka sehingga ada kalangan kita dengan mudah melayangkan amarah “elok sangat Rohingya mati dibunuh tentera Mynmar, bagus mereka mati sahaja kelaparan ditengah lautan” dan pelbagai lagi bahasa kecaman bersalut api kebencian.

Saya terlibat secara langsung dilapangan operasinal membantu muslim tertindas ini bersama NGO Muslim care Malaysia, pernah ke Mynmar, Bangladesh, Acheh Utara menyantuni mereka dan sejujurnya inilah pelarian paling malang dalam sejarah dunia!.

Saya mengesyaki ada sesuatu yang cuba dipesongkan perhatian kita semua dalam isu Muslim rohingya ini. Dalam tirai yang berlapis-lapis, rakyat seolah tidak menyedari apabila isu kerakyatan mula timbul pada apungan apabila orang kuat Jabatan Pendaftran Negara ditahan pihak keselamatan kerana sindiket menjual kad pengenalan.

Ironinya pula, semasa medsos menggelegak dengan ribuan warga Tanah besar China tidak keluar daripada Malaysia, seolah rakyat dipalingkan agar terlupa pada pangkal isu yang sebenar. Asap palsu mula direkayasa, rakyat tidak lagi bercakap isu lambakan pelancong asing yang tidak muncul setelah tamat tempoh visa.

Puluhan ribu pelancong daripada Tanah Besar China ‘menghilang’ dengan visa sementara mereka. Rakyat sepatutnya wajar untuk bertanya dan perlu tahu apa yang terjadi kepada warga asing ini, apatah lagi permohonan menjadi warga negara Malaysia meningkat dengan mendadak di zaman kerajaan PH dalam tempoh 22 bulan.

Jangan kita lupa, di zaman kerajaan PH pula mengumumkan 22 billion ringgit nilai rumah mewah tidak terjual dan alan dibuka belian kepada warga asing. Ini semua menimbulkan kesangsian rakyat terutama warga Bumiputera yang sebahagian masih lagi berada dalam lingkaran ganas kemiskinan. Kluster kayangan warga asing ini masuk dengan berkepuk wang tidak sebagaimana etnik Rohingya yang papa dan tanpa pendidikan asas.

Rakyat wajar merasa bimbang dengan teori konspirasi bidak catur musuh Islam untuk membawa masuk bangsa-bangsa luar demi mengucar-kacirkan sosiobudaya negara ini yang dilihat mempunyai peranan dalam komuniti dunia Islam. Dunia Islam tidak lagi memandang negara Arab sebagai sumber rujukan politik dan kebaikan.

Negara bukan Arab seperti Turki dan Malaysia diintai sebagai kuasa semak dan imbang dalam komuniti Islam antarabangsa. Malangnya bacaan sosio politik kita amat lemah dan mudah terpancing dengan emosi sehingga menghujam semahunya saudara Islam kita. Saya tidak menafikan etnik ini juga mempunyai tampang negatif dan sisi gelapnya, namun berpada-padalah kita dalam menghukum. RBA memancing kita agar saling bermusuhan dan membenci sesama muslim sehingga melupakan isu pokok yang sebenar.

Di wilayah Asia Tenggara ini, hanya negara Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja mempunyai majoriti umat Islam, kaum peribumi masih teguh memegang akidah Islam walau digoda untuk murtad. Tanah Jawi ini sepanjang sejarahnya diidamkan oleh bangsa-bangsa asing, kerajaan mestilah tegas dalam isu lambakan warga asing,mengadakan pemutihan kewarganegaraan serta menghukum pengkhianat negara yang terlibat dengan isu sindiket penjualan kad pengenalan sehingga nilainya ratusan ribu ringgit. Ubatlah sebelum negara ini berantakan!.HARAKAHDAILY

*Dr Riduan Mohamad Nor
Penulis ialah Aktivis bantuan Kemanusiaan Muslim Care Malaysia, Pengerusi LESTARI 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/asap-palsu-mengelirukan-dalam-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Tertentu Rba Cuba Alihkan Isu Rohingya Dan Lupakan Isu Kad Pengenalan Palsu

Pihak Tertentu Rba Cuba Alihkan Isu Rohingya Dan Lupakan Isu Kad Pengenalan Palsu

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 429 hits
Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia Telah Membuat Satu Laporan Polis Berkaitan Hal Isu IC Palsu Ini Pada 20 April 2020 Yang lalu Di IPD Kuala Muda Sg Petani Kedah Timbalan Presiden KPPUM Sdr Zamil Ibrahim Sendiri Yang Membuat Laporan T...
Bangkit Kebencian Rohingya Untuk Tenggelamkan Isu Sindiket Mykad

Bangkit Kebencian Rohingya Untuk Tenggelamkan Isu Sindiket Mykad

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 291 hits
by14 4kSHARES1 5kVIEMUAFAKAT terpanggil untuk memberi respons awal terhadap tertular di alam maya tentang sentimen api kebencian terhadap pelarian Rohingya saudara seagama kita Adakah ini anjuran Islam sempena di awal bulan Ramadan Kareem y...
Isu Rohingya Pas Sindir Usah Jadi Panglima Ayam Jantan Kuat Berkokok Ekor Berlumuran Tahi

Isu Rohingya Pas Sindir Usah Jadi Panglima Ayam Jantan Kuat Berkokok Ekor Berlumuran Tahi

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 409 hits
Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai derai sedangkan ekornya berlumuran tahi Demikian ayat penutup tulisan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelarian Rohingya ...
Polis Siasat Hantaran Media Sosial Isu Pelarian Rohingya

Polis Siasat Hantaran Media Sosial Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 351 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis sedang menyiasat audio video dan berita mengenai isu pelarian Rohingya ke negara ini sehingga menimbulkan kenyataan berbaur kebencian di media sosial baru baru ini Menurutnya beliau hair...
Polis Siasat Isu Pelarian Rohingya Yang Tular Di Media Sosial

Polis Siasat Isu Pelarian Rohingya Yang Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Polis sedang menyiasat penularan pelbagai video rakaman audio dan berita di media sosial membabitkan pelarian Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata isu berkaitan...
Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

Hadi Bidas Pemimpin Ph Hanya Pandai Cakap Kosong Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 294 hits
April 27 2020 2 31 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini membidas pemimpin Pakatan Harapan yang hanya pandai bercakap kosong mengenai nasib pelarian Rohingya Beliau berkata partinya sanggup ber...
Isu Rohingya Jangan Sombong Malaysiaku

Isu Rohingya Jangan Sombong Malaysiaku

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 389 hits
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ Dua hari lepas saya menulis pendek untuk bangsa Rohingya yang berada di Malaysia sebagai pelarian yang dihalau ditindas dan dibunuh di negara sendiri Myanmar Hujan dan udara sejuk awal Ramadan nampaknya gagal memada...
Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya

Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 513 hits
Sejak kebelakangan ini isu pelarian Rohingya tiba tiba tular di media sosial Netizen menumpukan seluruh perhatian mereka ke atas isu pelarian Rohingya Tidak kita nafikan sikap biadap dan pengotor pelarian Rohingya menimbulkan kemarahan raky...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik