Asam Pedas Pari Burung Yang Sangat Lembut Dan Sedap


 Asalamualaikum...
KALAU diikutkan hati, mahu saja Sk menambah nasi semalam gara-gara kesedapan lauk Asam Pedas Pari Burung yang Sk masak dengan penuh bersemangat petang semalam. Ceritanya, baca blog post Sis Lin tentang En Sabar (suami Sis Lin) yang berjaya menaikkan ikan pari, terus Sk teringat Ikan Pari Burung yang Sk beli masa ke Kong Kong sebelum ni. Dahlah lama giler Sk tak masak asam pedas, rindu setengah mati dengan asam pedas masakan sendiri, kahhhhh.
Puncanya lama tak masak asam pedas sebab dah lama tak restock cili kisar dalam peti sejuk. Jadi, bila tak ada cili kisar siap, jangankan asam pedas, sambal tumis pun dah lama Sk tak masak tau. Bak kata Iman, bonda kalau tak ada cili kisar, mahu seminggu kita makan luar, hahahaha. 
Sebenarnya, ini kali pertama Sk membeli Pari Burung. Sk tahu namanya Pari Burung pun, bila diberitahu abang yang meniaga ikan ni masa Sk tanya, ada tak ikan pari. Memang dah lama berangan nak masak asam pedas ikan pari, antara makanan kegemoran Sk la ni. Lalu, abang tu pun bukak kotak polisterin, dalam tu SK tengok ikan parinya dah siap dipotong tapi warna isi pari tu kelabu bukannya putih macam selalu SK beli. Dia kata, ini pari burung, isi dia lembut.. begini (sambil angkat ibu jari), jadi Sk beranikanlah diri mencuba untuk memasaknya. Siap diangkat lagi bahagian kepala yang sudah dipotong memanjang, memang macam kepala burung, bukan pipih macam pari yang selalu Sk beli. 
Tu diaaa.. siap masak terus untuk dua hari.. hihi. Maknanya malam ni, kita repeat lauk yang sama, tinggal masak nasi dan goreng telur dadar. Tak payah nak lauk baru hari-hari, apa yang ada kita makan, tak nak kalu, kita pergi makan Mee Bandung Udang Galah, hahaha.
Masa cerita dengan Sis Lin yang SK beli pari burung, Sis Lin pun cakap lembut. Komen bos Sk dalam post di facebook, bos pun cakap lembut. Yaaa, ternyata jangan kau nilai isi pari yang kelabu tu ya SK, memang lembut dan sedap isi pari burung ni rupanya lebih-lebih lagi setelah dimasak asam pedas oleh Puan Seri Kandi Tanah Jauhar, hahaha.
Resepi Asam Pedas Pari Burung Sk
Bahan Kisar*
30 tangkai cili kering*
2 biji bawang besar*
1/2" lengkuas*
1" halia*
1/2" kunyit hidup*
Minyak untuk menumis
2 batang serai dititik
1 sudu besar serbuk cili kisar Faiza (brand lain jangan guna)
2 sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
1 cekak daun kesom
Ikan Pari Burung perap dengan asam jawa dulu sebelum masak, bilas bersih
Air secukupnya
1 sudu asam jawa adabi campur 1/2 cawan air
Garam dan ajinomoto secukup rasa


Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan setengah sahaja bahagian bahan yang dikisar tadi. (yang lain simpan peti sejuk boleh buat masakan lain).
2. Dalam jug blender masukkan air suku jug, goncang-goncang sisa-sisa bahan kisar tu, sayang ui tu jangan dibasuh terus.
3. Masukkan serbuk cili Faiza dan tumis lagi bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
4. Bila sudah pecah minyak, tambah air dari jug blender tu sikit, tumis lagi hingga pecah minyak, tambah  lagi air, buatlah berkali-kali.. serai dititik tu campak sekali dalam periuk tumiskan bersama. Habiskan air dalam jug blender tu.
5. Bila cili sudah cukup masak (beberapa kali pecah minyak), masukkan air secukupnya, jangan terlalu cair, anggaran 1 cawan kecil, kemudian masukkan ikan pari. Biar sehingga kuah mendidih, Sk masukkan sekali daun kesom masa ni.
6. Anggaran 10 minit, ikan dah mula empuk, boleh masukkan air asam jawa dan lada hitam yang ditumbuk kasar.
7. Biarkan mendidih lagi, masukkan garam secukup rasa dan ajinomoto jika suka.
8. Dalam lima minit, boleh tutup api. Kalau nak sedap jangan makan terus, tunggu sejam dalam periuk baru dicedok dan dihidang.


p/s Sk pertama kali sebenarnya mencuba letak serbuk cili dalam asam pedas, ternyata tidak mengecewakan. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/asam-pedas-pari-burung-yang-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Makan Asam Pedas Letak Kelapa Bakar Try La Sedap Betul

Pernah Makan Asam Pedas Letak Kelapa Bakar Try La Sedap Betul

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 357 hits
Satu lagi cara masak asam pedas adalah diletakkan kelapa bakar Sedap sungguh rasanya Peminat asam pedas pasti pernah makan asam pedas yang dimasak dengan kelapa bakar Kan Rasa dia memang lain sikit sebab bila digigit akan rasa lemak lemak k...
Pumpkin Oat Ball Lembut Sedap Mudah Anak Makan

Pumpkin Oat Ball Lembut Sedap Mudah Anak Makan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 338 hits
Labu antara makanan yang sihat dan cukup berkhasiat untuk bayi kita Apa lagi kala digabungkan bersama oat yang sudah semestinya membekalkan serat dan khasiat yang cukup tinggi pada anak anak kita Tercari cari menu sarapan dan minum petang a...
Kek Coklat Moist Versi Bakar Cukup Lembut Macam Kukus Sedap

Kek Coklat Moist Versi Bakar Cukup Lembut Macam Kukus Sedap

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 524 hits
Ada waktunya tekak mula terasa ingin menikmati sajian kek yang manis lembut dan gebu Menyediakan sendiri kek di rumah barulah puas hati anak anak dan suami makan di petang hari Tercari cari kek coklat yang enak dan rasanya sedikit berbeza r...
Kek Marjerin Coklat Rice Teksturnya Lembut Tak Muak Sedap

Kek Marjerin Coklat Rice Teksturnya Lembut Tak Muak Sedap

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 560 hits
Kek marjerin klasik antara kesukaan ramai sejak dulu hingga sekarang Walaupun banyak kek moden yang ada sekarang namun kek ini tak jemu di makan Bukan orang dewasa je suka anak anak kecil pun berebut kalau dapat makan Apa yang bestnya kek m...
Rahsia Kek Coklat Magik Tanpa Tepung Tekstur Tetap Lembut Sedap Rasa Padu

Rahsia Kek Coklat Magik Tanpa Tepung Tekstur Tetap Lembut Sedap Rasa Padu

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 414 hits
Bercerita mengenai kek tepung pastinya menjadi elemen utama dalam pembuatan kek Namun bagaimana pula menghasilkan kek tanpa tepung Resipi kek tanpa tepung yang dihasilkan oleh ini sememangnya cukup hebat Resipi Kek Coklat Magik ini dihasilk...
Resipi Daging Masak Sos Tiram Yang Sangat Sedap

Resipi Daging Masak Sos Tiram Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 310 hits
Daging lembu sebenarnya sangat sedap kalau pandai dimasak dengan betul Teknik menggoreng adalah salah satu cara memasak daging yang sedap dan menyelerakan Kali ini RASA nak kongsikan cara masak daging goreng sos tiram bersama kacang pis DAG...
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 600 hits
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat Salam semua blog ini sedang dikemaskini yang mana nak edit tu memang kena edit kalau sesiapa nampak post entri lama naik newsfeed tu tu tandanya entri dikemaskini balik Kali...
Ikan Biji Nangka Masak Gulai Tumis Darat Yang Sangat Sedap

Ikan Biji Nangka Masak Gulai Tumis Darat Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 574 hits
Assalamualaikum KEJADIAN hari Khamis lepas semasa Sk pergi ke rumah ibu Angah di Senai Ibu kata dia panaskan lauk lauk semalam di samping ada juga lauk baru Ada Sambal Telur Pindang Telur Pindang tu pulak ada dua versi iaitu telur ayam dan ...
Makan Tengahari Di Asam Pedas House Uda Business Centre

Makan Tengahari Di Asam Pedas House Uda Business Centre

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 397 hits
Makan Tengahari di Asam Pedas House UDA Business Centre Cerita selepas 3rd follow up check up Ilham Syahid minggu lepas Perut dah lapar berkeroncong maklumlah tak sarapan pagi tu Ummi malas nak sarapan beriya sebab hanya ibu yang dibenarkan...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan