Asam Pedas Ikan Pari
Rasanya inilah kali pertama saya membeli ikan pari yang dipotong dari seekor ikan di depan saya. Selama ini beli yang dah siap dipotong. Bila dipotong di depan kita, memang dapat tengok kesegarannya. Isi ikannya kelihatan merah lagi. Rupanya susah juga nak menyiang dan memotong ikan pari ini.
Ramai yang bertanya di mana saya beli ikan pari segar ini. Saya membelinya di Denai Alam yang dijual sebelah Mc Donald setiap hari khamis mulai pukul 2.00 petang.
Balik jer ke rumah, saya terus menyediakan asam pedas yang memang sangat serasi dengan ikan pari. Seorang follower saya menulis yang asam pedas Johor biasanya menggunakan ikan mayong, ikan pari dan ikan parang. Oleh kerana tak ada ikan mayong, itu yang saya beli ikan pari.
Asam pedas ikan pari ini menambah cantik bila dihidangkan dalam periuk Le Creuset yang cantik dengan pebagai warna yang boleh dipilih mengikut citarasa masing masing. Jika ada yang berminat, boleh sapatkan dari trusted personal shopper dari UK iaitu @l_orchardsuk. Pasti anda akan berpuas hati dengan khidmat beliau. Harga pun berpatutan.
Saya berbalik pada asam pedas saya hari ini, serius sangat sedap. Isinya yang segar dan manis dimakan pula dengan kuah asam pedas yang ada rasa pedas dan masam bergaul dalam pinggan nasi. Haa sedap kan. Saya juga penggemar kacang bendi. Kacang bendi yang dimasak dengan asam pedas, memang sangat sedap rasanya di tekak saya. Saya boleh makan meratah ratah begitu sahaja.
Apa apa pun, jom cari ikan pari dan kita sama sama cuba memasak asam pedas ikan pari. Selebihnya saya bakar dan dicicah dengan air asam pencicah. Wallaaa memang sedap terutama ketika dimakan panas panas. Terasa lemak lemak pada isinya yang putih dan lembut.
Jom layan resepi yang telah saya gunakan hari ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Asam Pedas Ikan PariOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg ikan pari4 sudu besar cili kering kisar 1 1/2 cawan minyak - agak bahan tumis tenggelam 1- 1 1/2 sudu kecil pes asam jawa 1- 1 1/2 sudu kecil garam kasar 1/4 sudu kecil gula 1 kuntum bunga kantan - belah 21 batang serai1 ikat daun kesum900 ml air
Bahan kisar:6 biji bawang merah 1 bawang besar5 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci kunyitSecubit belacan bakar
Cara cara:Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan tumisan betul betul garing cantik. Nota: ada yang masak sehingga 3-4 kali pecah minyak.
Masukkan air secukupnya. Masukkan asam jawa, garam dan gula.
Telah mendidih baru masukkan ikan supaya ikan tidak hancur. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aziekitchen.com/2019/10/asam-pedas-ikan-pari.html