Asam Pedas Ikan Pari Lada Hitam


 Assalamualaikum...
KESIAN dengan Iman yang dah tak lalu makan kari, Sk tawarkan dia lauk Asam Pedas Ikan Pari untuk makan malam hari ini. Dengar asam pedas, lebar senyuman dia. Lepas tu, Sk fikir balik, betul ke ada stok ikan pari dalam peti ais. "Bonda, janganlah beri harapan palsu," Iman buat muka sedih 😂
Mujur memang ada tiga potong ikan pari yang dah lama membeku. Sikit lagi nak jadi fossil agaknya, macam khazanah dalam peti ais Mak Cella 😜. Terus Sk keluarkan bekas ikan pari dan rendam. Nak masak awal supaya bila makan nanti kuahnya dah mesra. Sejak dengar baca nasihat Mak Cella tentang kemesraan kuah gulai jika dimasak awal ni, Sk rajin masak awal. Tak macam dulu, dah petang hampir nak maghrib, baru nak masak. Tapi fikir-fikir balik, memang pun dah petang baru sempat masak. Sebab masa tu bekerja di pejabat. La berehat bekerja di rumah 🤭

Tak ada daun kesom dan biasanya Sk akan campakkan daun limau purut dalam gulai tapi kali ini Sk langsung tak tambahkan apa-apa kecuali lada hitam yang ditumbuk. Disebabkan stok cili kisar dah habis, jadi kali ini Sk cuba sukat betul-betul semua bahan, tak mahu kongsi resepi campak baling cili yang dah siap kisar dengan bawang yang tidak tepat sukatannya bagi yang baru nak belajar. Sebenarnya masak asam pedas ni intronya sama jer macam kita nak masak sambal tumis cuma bila minyak dah pecah, kita tambah air supaya jadi gulai. 
Asam Pedas Ikan Pari Lada Hitam
Bahan-bahannya :
Beberapa keping ikan pari, potong kecil(Perap ikan dengan air asam jawa dan garam 30 minit, bilas dan tos)
*30 tangkai cili kering buang biji, rebus hingga lembut
*2 biji bawang besar saiz sederhana (kalau besar guna sebiji je)
*1" halia
*1" kunyit hidup
*1/2" lengkuas
Kisar halus bahan bertanda *
2 batang serai diketuk
1 sudu pes asam jawa + 1/2 cawan air
2 cawan air/ secukupnya
1 sudu lada hitam ditumbuk
Garam secukup rasa
Ajinomoto
1 senduk Minyak masak 
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. 
2. Tumiskan bahan kisar tadi sambil ditambah air sedikit demi sedikit. Apabila tumisan cukup cantik, masukkan air asam jawa, kacau sekejap

3. Masukkan air dan ikan serta lada hitam, masak sehingga mendidih. 
4. Bila ikan dah masak, masukkan garam dan ajinomoto, kacau sekejap dan boleh tutup api


Panaskan kari daging semalam untuk Pak Inche. Dia pula beli ayam kat kedai, nak makan kari dengan ayam goreng katanya. Haaa.. sila goreng sendiri, hamba dah penat berkemas dan memasak

😂😂😂😂😂















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/07/asam-pedas-ikan-pari-lada-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ikan Ibu

Asam Pedas Ikan Ibu

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 334 hits
Assalamualaikum SIAP membasuh dan menyidai dua trip kain baju Dalam mesin masih berputar kain baju semasa balik kampung hari itu Macam banyak sangat kain baju kan Sebenarnya bukan banyak tapi jadi banyak sebab tak membasuh hari hari Minggu ...
Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 414 hits
Jom cuba resepi Ikan tenggiri masak asam pedas resepi yang amat simple dan cepat je nak memasaknya Resepi ini asalnya saya tengok kat Google dan ada sikit tengok cara Che Nom masak Namun boleh disesuaikan dengan bahan bahan yang ada di ruma...
Sedapnya Rambutan Asam Boi Manis Masam Pedas Makan Sejuk Sejuk Lagi Best

Sedapnya Rambutan Asam Boi Manis Masam Pedas Makan Sejuk Sejuk Lagi Best

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 372 hits
Biasanya buah mangga kedondong jambu atau nanas pilihan ramai untuk buat jeruk asam boi Namun kali ini ada kelainan sikit apabila menggunakan buah rambutan Kebetulan sekarang musim buah rambutan boleh cuba Ini resipi yang dikongsikan oleh P...
Cara Buat Sambal Belacan Sambal Hitam Sambal Ayam Penyet Sambal Jantan Air Asam Power

Cara Buat Sambal Belacan Sambal Hitam Sambal Ayam Penyet Sambal Jantan Air Asam Power

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 451 hits
Resipi 5 Sambal Nasi Bertambah Boleh buat dan simpan dalam peti sejuk untuk stokResipi di setiap gambar 1 Sambal Belacan Menyengat2 Sambal Kicap Mabeless3 Sambal Ayam Penyet Mengosek4 Air Asam Ketagih5 Sambal Jantan Power1 RESEPI SAMBAL AYA...
Ikan Pari Dan Sotong Bakar Sambal

Ikan Pari Dan Sotong Bakar Sambal

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum KEKENYANGAN makan Nasi Royale JB jam 2 petang tadi Sk mengharapkan Pak Inche juga dah kenyang makan nasi Tapi bila Pak Inche bagitahu dia nak tapau ikan dan sotong bakar Sk membayangkan larat ke tak nak makan nasi lagi malam...
Padah Miliki Ekor Ikan Pari

Padah Miliki Ekor Ikan Pari

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 587 hits
Ekor ikan pari yang disimpan di dalam poket seluar tertuduh ketika ditahan polis pada Isnin lalu PASIR MAS Seorang tukang rumah dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas ...
Petua Nak Bezakan Ikan Tongkol Hitam Ikan Tongkol Putih

Petua Nak Bezakan Ikan Tongkol Hitam Ikan Tongkol Putih

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 238 hits
ikan tongkal hitam dan putihBagi yang tidak biasa mengenai jenis jenis ikan pasti agak keliru bila disuruh beli ikan tongkol Tidak sahaja anda Saya sendiri pun keliru Menerusi perkongsian di bawah ini mungkin boleh membantu Ikan Tongkol Hit...
Lempeng Cicah Asam Pedas Ibu

Lempeng Cicah Asam Pedas Ibu

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum IMAN kata kalau nak buat lempeng buat macam hari tu jangan letak kelapa Haaa macam Sk la masa budak budak dulu tak suka lempeng kelapa dah remaja purba ni lempeng kelapa la yang paling sedap Mungkin Iman kena tunggu lagi dop...
Ada Orang D3ngki Dekat Mu Setengah Tahun Adik Mer4cau Rupa Rupanya Ada Orang T4nam Patung Hitam Dekat Rumah

Ada Orang D3ngki Dekat Mu Setengah Tahun Adik Mer4cau Rupa Rupanya Ada Orang T4nam Patung Hitam Dekat Rumah

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 468 hits
SUNGGUHPUN kita sudah memasuki era moden percaya atau tidak masih wujud individu yang menggunakan kaedah s1hir khususnya bagi menj4tuhkan mvsuh atau orang lain yang tidak disukai Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok seorang pengguna medi...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa