Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Jom cuba resepi Ikan tenggiri masak asam pedas, resepi yang amat simple dan cepat je nak memasaknya. Resepi ini asalnya saya tengok kat Google, dan ada sikit tengok cara Che Nom masak. Namun boleh disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Yang penting ada asam jawa & daun kesum. Selamat mencuba - Admin
Gambar diambil dari dalam kuali.. hehe
Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas. Kalau tanya saya, ikan apa yang jarang dimasak kat rumah? Jawabnya ikan tenggiri. Sebab saya tak tahu kalau ikan tenggiri tu masak apa yang sesuai dan sedap? Masak lemak cili api ke? Asam pedas ke? Goreng kicap atau masak sambal? Sebab sebelum ni saya ada masak kicap, anak-anak tak berapa suka pulak. 
Ikan tenggiri asam pedas saya ni mudah dan simple, tak ada bunga kantan (sebab lupa nak beli) dan tak letak belacan. Orang kata asam pedas letak sikit belacan akan naikkan rasanya. Tetapi saya tak makan belacan, so stok belacan pun tak ada masa aktiviti memasak ni.. kalau sesiapa nak letak boleh je.. dalam 1/2 inci je

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas
Bahan-bahan:

5-7 potong ikan tenggiri, ada kepala lagi sedap
5-7 biji sayur kacang bendi, kalau tak ada tak apa
3 inci kunyit hidup - kisar
5 ulas bawang merah kecil - kisar2 ulas bawang putih - kisar
1 cawan cili boh - kisar
1 inci belacan, saya tak letak
2 ikat daun kesum
3-5 sudu besar asam jawa3 batang serai - diketuk
3-5 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara Menyediakan Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Paling Simple
1. Tumis serai hingga naik bau dan kemudian masukkan semua bahan kisar. Biarkan cili dan segala bahan kisar masak dan naik minyak. 
2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata

3. Jangan lupa lurutkan daun kesum agar baunya dapat hilangkan bau hanyir ikan

4. Masukkan ikan tenggiri, biarkan masak seketika

5. Perisakan dengan garam dan gula. 
6. Akhir sekali baru masukkan bendi, jika ada


Dah siap! Ikan tenggiri masak asam pedas dah boleh dihidangkan. Masak ikan tenggiri sekejap aje ya sebab isi ikan tenggiri yang lembut, jadikan ikan mudah hancur jika dimasak lama-lama

Memang selama ni saya sangka ikan tenggiri sedap dimasak dengan menu yang terhad, tetapi bila saya masak asam pedas, sedap pulak jadinya. Rasanya lembut tapi tak la lembik. Lemak gitu.. Kepala ikan tenggiri di masak asam pedas, sama sedap dengan ikan unga. Hmm.. lain kali nak masak lagi lah. Hehe.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kisahresepi.com/2021/07/ikan-tenggiri-masak-asam-pedas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ikan Ibu

Asam Pedas Ikan Ibu

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum SIAP membasuh dan menyidai dua trip kain baju Dalam mesin masih berputar kain baju semasa balik kampung hari itu Macam banyak sangat kain baju kan Sebenarnya bukan banyak tapi jadi banyak sebab tak membasuh hari hari Minggu ...
Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 313 hits
Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple dan SedapBahan bahan4 ekor ikan kerisi5 biji sayur bendiSebijik tomato Asam keping Daun kesum 10 tangkai cili kering 2 batang serai 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit belacan GaramGulaSerbuk...
Sedapnya Rambutan Asam Boi Manis Masam Pedas Makan Sejuk Sejuk Lagi Best

Sedapnya Rambutan Asam Boi Manis Masam Pedas Makan Sejuk Sejuk Lagi Best

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 304 hits
Biasanya buah mangga kedondong jambu atau nanas pilihan ramai untuk buat jeruk asam boi Namun kali ini ada kelainan sikit apabila menggunakan buah rambutan Kebetulan sekarang musim buah rambutan boleh cuba Ini resipi yang dikongsikan oleh P...
Asam Pedas Daging Tetel Menu Wajib Orang Melaka

Asam Pedas Daging Tetel Menu Wajib Orang Melaka

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 270 hits
assalamualaikum salam sejahtera jumaat tiba lagi alhamdulillah meskipun BDR kepenatannya tetap ada tambahan pula dok pantau anak PdPR faham faham je la menyinga kejap memberuang kejap mengrimau kejap hu hu hu hu stress bila weekend baru la ...
Lempeng Cicah Asam Pedas Ibu

Lempeng Cicah Asam Pedas Ibu

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum IMAN kata kalau nak buat lempeng buat macam hari tu jangan letak kelapa Haaa macam Sk la masa budak budak dulu tak suka lempeng kelapa dah remaja purba ni lempeng kelapa la yang paling sedap Mungkin Iman kena tunggu lagi dop...
Resepi Asam Pedas Pekat Rusuk Kambing

Resepi Asam Pedas Pekat Rusuk Kambing

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 296 hits
ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING Jangan lupa dihidangkan bersama telur masin sambal belacan Dan Ulam ulamanBahan bahan 1 kilo rusuk kambing1 Helai Daun Kunyit4 helai daun limau purut1 batang serai1 BatanG Bunga Kantan1 biji buah tomato2 biji ...
Cara Masak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau

Cara Masak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 256 hits
Resepi Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau Jom baca tips hasilkan resepi sambal nasi lemak istimewa 1 Pilih bawang merah besar India untuk lebih rasa manis berbanding daripada bawang besar Holland Kisar dengan sedikit air saha...
Sesekali Masak Lauk Bening Pun Sedap

Sesekali Masak Lauk Bening Pun Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 234 hits
SESEKALI MASAK LAUK BENING PUN SEDAP Dah hampir 3 minggu bekerja dari rumah entah bila nak mula bekerja balik Banyak tulis entry pasal makanan jelah lately ni kan Bila work from home ni nak mengadap blog pun tak sempat Dengan PDPR nya lagi ...
Amalkan Masak Nasi Letak Bawang Putih Jadikan Sebagai Antibiotik Semulajadi Yang Baik Untuk Keluarga

Amalkan Masak Nasi Letak Bawang Putih Jadikan Sebagai Antibiotik Semulajadi Yang Baik Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 244 hits
Bawang putih yang menjadi antara bahan wajib dalam masakan untuk memberi aroma dan rasa pada masakan diakui juga semamangnya bermanfaat dalam penjagaan kesihatan
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord