Asam Jawa Dapat Bantu Masalah Kulit Wajah
ASAM JAWA DAPAT BANTU MASALAH KULIT WAJAH. Asam jawa biasanya kita guna dalam masakan sebab penambah perisa atau ada juga masakan yang guna asam jawa sebagai bahan utama rasa masakan tersebut contoh macam masak asam. Of course la rasa asam tu sebagai rasa utama & bahan utama untuk menjadikan rasa asam tu adalah asam jawa
Tapi tak ramai yang tahu Asam jawa ni bukan saja boleh di gunakan dalam masakan malah boleh di jadikan bahan untuk kecantikan kulit. memang tak sia sia barang barang kat dapur tu kan? Ada je kegunaan dia selain memasak.
Antara kebaikan Asam jawa untuk kecantikan kulit ni adalah
1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.
Ni masalah biasa kulit manusia. Jadi hangpa boleh la try guna asam jawa sebagai skincare untuk masalah kulit yang anda hadapi. Tapi kalau malas sangat nak pakai asam jawa kat muka sekarang dah ada produk berasaskan asam jawa.
Nak tau produk apa yang berasaskan asam jawa @ Tamarind ni.. Meh baca.
Kandungan 1 tube produk ni adalah 100g
Pernah dengar produk Magic Tamarind Mask. Atau pernah guna produk ni? Bagi yang tak pernah dengar atau guna meh sini ahkak nak perkenalkan kat korang produk Magic tamarind Mask ni. Manalah tau ada yang teringin nak try kan? Jarang dengar produk kosmetik @ skincare ni berasaskan asam jawa kan
Magic Tamarind Mask ni berfungsi untuk mengatasi atau membantu masalah kulit seperti berikut :
✓Membantu mengecutkan jerawat✓Membantu memudarkan parut jerawat✓Membantu menghilangkan blackhead dan Whitehead✓Membantu masalah Tona Kulit tak sekata✓Membantu mengecilkan liang pori✓Menegangkan kulit wajah
Jadi bagi anda yang ada masalah di atas boleh la try Magic Tamarind Mask ni. Jangan risau Tamarind mask ni cukup kriteria produk yang selamat di gunakan. Ye ye.. saya tahu ramai sekarang agak berhati hati nak beli produk yang di jual secara online atau di toko toko jamu sebab banyak produk timbang kilo & ada di antaranya di kesan mengandungi bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan.
Magic Tamarind Mask tiada paraben. Sebab sesetengah orang kulit dia memang tak boleh guna produk yang ada paraben ni. Bagi yang tak tahu apa itu paraben boleh baca kat bawah ni
❝ Ianya komponen kimia yang digunakan dalam kebanyakan produk kosmetik. Fungsi paraben ialah bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat iaitu untuk melindungi produk dan pelanggan. Jenis paraben yang biasa digunakan dalam kosmetik ialah methylparaben, propylparaben, butylparaben dan ethylparaben.
Selain kosmetik, paraben juga digunakan untuk mengawet makanan dan produk kesihatan.❞Sesetengah orang sensitif dengan produk yang ada paraben ni. Mungkin menyebabkan kulit dia jadi ruam ke, jerawat atau sebagainya. Jadi sebelum beli produk penting tau baca ingredient & kena kulit kita ni jenis boleh terima produk yang macam mana sebab produk yang selamat pun tak semua ingredient dia sesuai dengan semua jenis kulit ok!
Tapi paraben dalam produk ni tak bahaya kalau di gunakan dalam dos yang di benarkan. Kuantiti paraben yang rendah dalam suatu produk tidak akan membahayakan pada sesiapapun. Apa yang perlu anda faham ialah jumlah dos paraben itu sendiri dalam sesuatu produk, jika tinggi kandungannya boleh mendatangkan risiko pada kesihatan. Cuma tu la.. Kena tahu juga kulit kita ni boleh terima tak produk yang ada paraben.
Jadi bagi mereka yang sensitif dengan produk yang mengandungi paraben tengah dok cari masker untuk kegunaan harian boleh la try Magic Tamarind Mask ni.
Cara pakai Magic Tamarind Mask ni adalah seperti langkah berikut :
1. Cuci muka sehingga bersih terlebih dahulu Kemudian lap sehingga kering
2. Sapu Magic Tamarind mask keseluruh muka
3. Biarkan selama 20 - 30 minit di muka
4. Bilas atau cuci dengan air
Magic tamarind Mask ni dah melalui ujian makmal yang menyatakan tiada bahan terlarang yang memudaratkkan. Result boleh tengok pada attachment di bawah yer..
Selain tu Magic Tamarind Mask juga bernotifikasi KKM (NOT KKM). No Notifikasi NOT180301984K. Jadi kalau ada apa - apa berlaku selepas guna produk tu.. Korang boleh report pada KKM senang KKM nak take action sebab bernotifikasi. Berbanding yang tidak berdaftar dengan KKM..
Produk ni juga di proses & packaging di kilang bertaraf di GMP. So kualiti & kebersihan dia terjamin. Takde la picit picit keluar cicak ke, lipas ke kan? Sebab GMP ni membawa maksud Good manufacturing practices atau dalam bahasa melayunya amalan pengilangan baik.
Berminat nak cuba produk Magic Tamarind Mask ni boleh dapatkan melalui
Shopee : https://shopee.com.my/product/31949434/1441894186?v=12b.&smtt=0.0.3&fbclid=IwAR3_ZP2JMCNgm5XkQGDTq-0acSQa03r725zbm3ARlCRcewy63TWbFriXEKs
shopee : https://shopee.com.my/product/64682990/1062766218?v=bd4&smtt=0.0.3&fbclid=IwAR24moUjhqXNsYQKZDUfBHpuFAo6XANVuyvANi-Nbs7EIybQoDcPFiLuOVw
Facebook Page : https://www.facebook.com/Magictamarindmask/
Facebook : https://www.facebook.com/fiqa.alya
Atau hubungi
Whatsapp : http://wasap.my/601114701248/YUSIQA+BEAUTY+Magic+Tamarind+Mask
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2019/05/asam-jawa-dapat-bantu-masalah-kulit.html