Asal Usul Masakan Rendang Di Malaysia


Resepi masakan Rendang merupakan hidangan tradisi Raya bagi kebanyakan orang Melayu di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia yang sering di hidangkan terutamanya ketika menyambut hari raya kerana seakan tidak lengkap suasana meriah tanpa hidangan yang lazat dan menyelerakan ini.


Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik.

Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang kerana rasa dagingnya yang lembut dan sedap.

Selain dijadikan hidangan pada hari perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, rendang juga disajikan pada majlis kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.

Rendang yang dimasak boleh dinikmati bersama pelbagai jenis hidangan karbohidrat seperti nasi himpit, ketupat, nasi putih dan pulut.

Rendang di Malaysia boleh dimasak dengan pelbagai jenis bahan utama seperti daging, ayam, itik dan puyuh serta terdapat juga rendang yang dimasak menggunakan organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan limpa.

Sajian ini boleh dimasak menurut pelbagai cara sama ada secara kering ataupun basah.

Asal-Usul Rendang di Malaysia

Makanan yang mempunyai aroma yang menyelerakan ini dikatakan asalnya disediakan oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Indonesia.

Di Malaysia, terdapat populasi Minangkabau yang besar di Negeri Sembilan dan disebabkan budaya Minangkabau dibawa dan diadaptasi menurut cara masyarakat setempat, budaya dan masakan masyarakat Malaysia juga sedikit sebanyak dipengaruhi.

Di Malaysia, setiap daerah mempunyai hidangan rendang tersendiri dan disebabkan itu, resepi rendang telah dipelbagaikan supaya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Sebagai contoh, antara jenis-jenis rendang yang terkenal di setiap pelosok negara ialah:
Rendang Ayam Lengkuas Sabah.Rendang Daging Tok di Perak.Rendang Hati Johor.Rendang Ayam Nogori.Rendang Minang Negeri Sembilan.Rendang Daging Hitam Sarawak.
Rendang Sebagai Penyatuan Keluarga dan Komuniti

Masakan rendang yang datangnya dari negara jiran ini jika dimasak untuk kenduri yang akan dihadiri oleh sejumlah tetamu yang ramai, aktiviti gotong royong akan diadakan oleh jiran tetangga yang terdekat.

Gotong royong terjadi apabila jiran tetangga berkumpul di rumah yang mengadakan kenduri dan membawa bahan-bahan asas yang diperlukan untuk memasak hidangan ini.

Selain hidangan rendang, hidangan lain yang disediakan untuk kenduri tersebut juga dimasak secara bergotong-royong seperti nasi minyak dan ayam masak merah.

Semua jenis hidangan rendang boleh disimpan untuk jangka masa yang lama dan ia tidak mudah basi.

Ini kerana kadar air yang terkandung di dalam rendang yang kering atau basah (rendang berkuah) adalah punca rendang boleh disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama.

Selain itu, penggunaan rempah yang berlebihan juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan rendang tidak mudah basi.

Kaedah Masakan Turun-Temurun

Rempah ratus yang dicampur bersama bahan lain untuk menghasilkan rendang juga berfungsi sebagai antimikroba dan antioksida yang melindungi kita daripada penyakit berbahaya.

Masakan rendang boleh bertahan sehingga 3 bulan tanpa merubah rasa asal serta aroma hidangan dan walaupun disimpan lama, rasa hidangan tersebut akan menjadi semakin enak.

Hidangan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia ini sebenarnya dimasak untuk jangka masa yang lama oleh generasi terdahulu dan cara masakan tersebut masih diamalkan oleh penduduk-penduduk di kampung.

Rendang dimasak lama kerana mahu daging yang dimasak dalam rencah rendang menyerap segala rasa rempah yang dimasukkan disamping memastikan daging dimasak sehingga empuk dan kering.

Semakin lama dimasak, semakin enak rasa rendang tersebut dan lebih lama rendang itu dapat disimpan.

Jadi, bersiap-sedialah untuk mencuba (bagi sesiapa yang tidak mencuba) dan menyediakan masakan ini pada Aidilfitri dan Aidiladha yang akan menjelang tiba.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Asal Usul Dodol, Dari Mana Datangnya Makanan Tradisi Ini?7 Petua Elak Rendang Cepat Basi
sumber: butterkicap



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/asal-usul-masakan-rendang-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Usul Nama Kampung Seronok

Asal Usul Nama Kampung Seronok

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 388 hits
Pada masa awalnya kampong ini adalah sebahagian dari Kg Binjai atau Kampung di Jalan Permatang Seorang jurutera Inggeris D W Grehan sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian seperti kenduri kendara ...
Caleg Gerindra Usul Pembentukan Badan Pengawas Independen Pantau Pemilu Di Malaysia

Caleg Gerindra Usul Pembentukan Badan Pengawas Independen Pantau Pemilu Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 212 hits
Diperlukan Badan Independen untuk mengawasi jalannya Pemilu di Malaysia agar berjalan jujur dan adil agar nanti Pemilu ini menghasilkan pemimpin dan anggota dewan yang bersih kata Basri
Napi Tanjung Gusta Atur Peredaran 8 2 Kg Sabu Sabu Asal Malaysia

Napi Tanjung Gusta Atur Peredaran 8 2 Kg Sabu Sabu Asal Malaysia

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 236 hits
Berdasarkan informasi dihimpun napi yang diamankan bernama Khairul Arifin alias Dedek Kunto Pria ini dijemput petugas Badan Narkotika Nasional Provinsi Sumut
Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 738 hits
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian Saya pasti ramai diantara tidak mengetahui sejarah permulaan disyariatkan puasa ramadhan atau dalam erti kata mudah bilakah umat islam mula diwajibkan be...
Wow Ride Program Asean Jelajah Utara Malaysia 2019

Wow Ride Program Asean Jelajah Utara Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 629 hits
NVOG Ride Program Asean Jelajah Utara Malaysia 2019 by Reappear MC Malaysia Tarikh 13 April 2019 Waktu 1 50pm Lokasi Route 6 Penang PIC Hj Sufi CB Zaza Salam NVOG Friends Maklumkan program Asean Jelajah Utara Malaysia 2019 tiba di Darul Han...
Malaysia 1st Ever Motogp Team Petronas Yamaha Srt

Malaysia 1st Ever Motogp Team Petronas Yamaha Srt

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 930 hits
Since the inclusion of Hafizh Syahrin in 2018 MotoGP Malaysia has moved one step further in MotoGP arena Starting 2019 Malaysia is gonna represented with own homegrown MotoGP team a factory team of Malaysia s Sepang International Circuit th...
Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baru Malaysia

Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baru Malaysia

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1000 hits
WUHAN 15 April Tentera Laut Diraja Malaysia telah mengabadikan senjata tradisional Melayu Keris sebagai nama Kapal Misi Pesisir yang pertama KERIS telah dilancarkan di Shuangliu Manufacturer Base Wuchang Shipbuilding Industrial Group Wuhan ...
Made In Malaysia Li Ion Battery 18651 Cell

Made In Malaysia Li Ion Battery 18651 Cell

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 334 hits
Since 2014 Malaysia is prototyping into the tech of manufacturing Lithium ion battery Now in 2018 the work is almost becoming reality Malaysia 18651 cell With collaboration between Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute Malaysia is ...
Masuk Daftar Negara Rawan Penculikan Malaysia Protes Amerika

Masuk Daftar Negara Rawan Penculikan Malaysia Protes Amerika

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 297 hits
Pemerintah Malaysia meminta otoritas Amerika Serikat untuk mengeluarkan Negeri Jiran dari Daftar K Daftar tersebut berisi negara negara tempat penculikan dan atau penyanderaan terjadi yang diterbitkan oleh Departemen Luar Negeri AS
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord