Asal Usul Lagu Dondang Sayang


Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka dan dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.


Menurut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah.

Dondang Sayang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka.

"Dondang" bermakna nyanyian, manakala "dondang sayang" bermaksud nyanyian mengulit kasih.

Nyanyian Dondang Sayang ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka dan merupakan seni persembahan yang mengandungi unsur muzik dan nyanyian tradisional Melayu yang sangat menghiburkan, ada kalanya agak melucukan.

Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun.

Ahli

Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
Seorang pemain biola;Dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; seorang pemain tawak ( gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara.

Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat- alat muzik mereka antara persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan.

Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan.

Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

Alat

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.

Kini, persembahan dondang sayang diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong atau tetawak, gendang dan akordion.

Alat muzik ini ialah satu gabungan simbolis yang mencernakan satu sejarah kegemilangan negeri Melaka pada masa dahulu.

Rebana berasal dari Timur Tengah, biola berasal dari Portugis dan gong warisan pedagang Cina. Daripada gabungan ini, lahirlah peralatan muzik dalam dondang sayang.

Bagaimanapun, alat muzik yang penting ialah biola, rebana, gong atau tetawak, sementara alat sampingan ialah akordion, marakas, tamborin dan gendang.

Persembahan

Persembahan dondang sayang dimulakan dengan gesekan biola, dikuti tingkahan rebana dan gong. Pada waktu yang sama pantun dondang sayang akan dinyanyikan.

Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar kelima. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.

Dalam lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu.

Jumlah pemantun tidak terhad tetapi berpasang-pasangan. Mereka mendendangkan pantun empat kerat secara berlagu dengan berbalas-balas pantun sesama mereka.

Pemantun akan mendendangkan lagu mengikut muzik yang dimainkan.

Setiap pantun soal harus dijawab oleh pemantun seorang lagi. Sekiranya pantun itu tidak terjawab maka penyanyi yang ketiga boleh mengambil alih nyanyian itu.

Jenis

Ada empat jenis dondang sayang, iaitu dondang sayang Melaka, dondang sayang Baba Peranakan, dondang sayang Tanjung Penyengat dan dondang sayang Pulau Pinang.

Sungguhpun penjenisan ini lebih relatif sifatnya, setiap persembahan dondang sayang tetap diminati oleh beberapa golongan masyarakat seperti Melayu, Cina Peranakan, India dan Portugis terutamanya di Melaka.

Dondang sayang turut dipertandingkan dalam pelbagai pertandingan pada peringkat negeri dan kebangsaan, antaranya Pesta Dendang Rakyat dan Pertandingan Dondang Sayang anjuran kerajaan.

Semakin Dilupakan

Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di adakan.

Tetapi, pada zaman yang serba moden ini nyanyian Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.

Pada 29 November 2018 tahun yang lalu, Dondang Sayang mendapat pengiktirafan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai ‘Representative List of The Intangible Cultural Heritage of Humanity.’

“Si kaduk panjat pokok pisang,
Jumpa kuda terus melompat,
Jika umur masih panjang,
Belajar sungguh sampai dapat.”

“Dara berbedak menyikat rambut,
Sambil memakai emas bersaga,
Kalau tak hendak intan tercabut,
Kenalah pandai tuan menjaga."

“Hati senang memetik nangka,
Pergi memetik jangan ditangguh,
Nasihat saya untuk orang muda,
Belajar Dondang Sayang bersungguh-sungguh”
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Asal-usul Dan Sejarah Dikir BaratSejarah Tarian Hip Hop Di Malaysia
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/asal-usul-lagu-dondang-sayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Cauvinis Cina Kena Sedar Diri Jangan Lupa Asal Usul

Pemimpin Cauvinis Cina Kena Sedar Diri Jangan Lupa Asal Usul

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 381 hits
01 08 2019Melayu sanggup terima sekolah vernakular atas nama integrasi kaumBANGI 29 Zulkaedah 1440H Khamis Pemimpin gerakan cauvinis Cina perlu sedar diri bahawa kedatangan mereka ke Tanah Melayu dan penerimaan orang Melayu ke atas kewargan...
Tahukah Anda Asal Usul Makanan Roti Canai Dari Mana

Tahukah Anda Asal Usul Makanan Roti Canai Dari Mana

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 1061 hits
Boleh dikatakan Roti Canai telah diperkenalkan kepada kita semenjak dari usia kanak kanak lagi namun belum ada lagi peniaga Cina yang ingin menceburi bidang tebar roti canai kecuali kilang frozen milik mereka Menurut sumber dari wikipedia m...
10 Lagu Dalam Filem Yang Akan Membuatkan Anda Mencari Versi Asal Di Laman Youtube

10 Lagu Dalam Filem Yang Akan Membuatkan Anda Mencari Versi Asal Di Laman Youtube

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 353 hits
Setiap filem filem yang anda tonton pasti akan terdapat lagu lagu yang anda rasa macam pernah didengari ataupun lagu yang agak sedap untuk didengar Tetapi anda tidak tahu siapakah penyanyi asal lagu tersebut dan tidak mengentahui sama ada i...
Asal Usul Penciptaan Peti Ais Yang Jarang Orang Ketahui

Asal Usul Penciptaan Peti Ais Yang Jarang Orang Ketahui

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 303 hits
Semasa cuaca panas kita memerlukan sesuatu yang dingin untuk menyejukkan badan kita Kita juga memerlukan tempat yang sejuk untuk menyimpan barang barang yang mudah rosak seperti sayur sayuran lauk pauk dan lain lain lagi Oleh itu pelbagai c...
Kord Lagu Ismail Haron Ilham Pujangga

Kord Lagu Ismail Haron Ilham Pujangga

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 899 hits
Ismail Haron Ilham Pujangga Chord Lirik LaguBm C G F E F E EmA Bm AIlham dari pujanggaC m D EmBerdiam diri bukan ertinya kau salahBm A F mBiar cercaan sekali datang menimpa E ASudahlah memang adat di duniaD A F mBersuaralah kamu pada perkar...
Kord Lagu Radja Jujur

Kord Lagu Radja Jujur

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 273 hits
Radja Jujur Chord lirik Lagu Am F Dm G E 2X Am Dm Duhai kekasih pujaan hatiku G C Apakah kau memberiku satu arti F Bm7 Sedikit rasa yang bisa kumengerti E Bukan sumpah atau janji Am Dm Buktikanlah bila ada cinta G C Setulus hatimu bisa mene...
Kord Lagu Radja Biarkan Waktu Menjawab Chord

Kord Lagu Radja Biarkan Waktu Menjawab Chord

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 308 hits
RADJA Biarkan Waktu Menjawab Chord Lirik LaguC G Am Em F Dm G C F Pernahkah kau merasakan cintaDm GYang datang dengan seketika Em ADan hanya meneteskan airmata Dm GMemaksaku diam tanpa bicara C FTanpamu aku merasa lemahDm GTanpamu aku meras...
Lirik Lagu Ariff Bahran Sinar Warkah

Lirik Lagu Ariff Bahran Sinar Warkah

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 425 hits
Lirik Lagu Ariff Bahran Sinar Warkah DENGARKAN lagu single terbaru dari penyanyi Ariff Bahran berjudul Sinar Warkah yang juga merupakan terbitan dibawah label RUSA Music Lagu terbaru Sinar Warkah ini dicipta oleh Sang Hitam dan Sirkhan Jom ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik