Asal Usul Dan Maksud Sebenar Perkataan Bossku


Bossku, bosku atau sebutan yang paling tepat adalah 'Busku' sebenarnya sangat sinonim dengan masyarakat Sabah apabila bertemu dengan seseorang terutamanya kepada individu tidak dikenali dan tahukah anda panggilan ini sebenarnya merujuk kepada individu berbangsa suluk atau filipina yang ramai di Sabah!


Permulaan sebutan Busku ini bermula dengan penjual jalanan berbangsa 'filipina' yang apabila bertemu seseorang dan mereka mahu menjual barang dagangan seperti jam, cermin mata hitam dan sebagainya, mereka akan menegur seperti ini, "Busku, ini jam/cermin mata murah-murah."

Bagi mereka, ia lebih kepada maksud 'kawan' atau sapaan terhadap orang lain.

Jadi, bagi orang tempatan, apabila digunakan, panggilan ini sebenarnya lebih merujuk kepada bangsa filipina.

Ia juga sama seperti perkataan 'Ipar' yang orang tempatan merujuk kepada seseorang yang berbangsa Timor (Indonesia).

Contohnya, apabila kita bertemu dengan seseorang yang berbangsa Timor dimana-mana dan mahu menegur beliau, kita akan berkata, 'Ipar, mau pigi mana" (Ipar, awak hendak ke mana) dan dalam perbualan kita seharian bermaksud pertanyaan, "Awak hendak ke mana."

Uniknya, perkataan Ipar bukanlah bermaksud orang itu abang ipar atau kakak ipar, tetapi sama seperti penggunaan 'Busku', ia tiada maksud apa-apa dan lebih kepada merujuk individu berbangsa Timor dan tidak bangsa lain.

Begitu juga dengan maksud Busku, yang secara khususnya merujuk kepada bangsa filipina apabila membuat sapaan.

Sebutan Yang Agak Kasar Dan Tidak Sopan

Bagi rakan-rakan dari luar Sabah, perkataan Busku dan Ipar sebenarnya agak kasar untuk digunakan apabila kita menyapa seseorang dikalangan rakan-rakan atau individu lebih tua, malah tidak sopan dalam keadaan tertentu terutamanya dalam perbualan dan perbincangan formal.

Ia lebih sesuai digunakan apabila kita berbual dengan kedua-dua bangsa tadi dan bukannya dikalangan warga tempatan berbangsa lain.

Ada yang tidak kisah dan boleh menerima panggilan ini tetapi ia juga boleh menjadi punca perbalahan atau menimbulkan rasa marah jika terlalu kerap digunakan atau secara sengaja dengan tujuan menyindir.

Bayangkan seseorang memanggil anda dikhalayak ramai dengan panggilan Buskuuu atau Iparrr, dan anda terbayangkan diri sebagai seseorang dari negara luar! Kan.

Bukanlah bermaksud anda tidak boleh menggunakannya langsung, tetapi berpada-padalah dan lihatlah dengan siapa anda bergurau. Ia lebih kepada sindiran dan kadang-kadang sebagai ejekan sebenarnya.

Selain itu, orang Sabah juga sebenarnya sangat terkenal kerana suka memanggil seseorang sebagai BOS. Siapa pun anda, bila sampai ke Sabah, darjat anda mungkin berubah sekelip mata, tiba-tiba jadi BOS. Haha.

Panggilan BOS masih lagi diamalkan di Sabah dan lebih kepada sebutan hormat terhadap orang lain.

'Malu apa bossku'

Itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Najib Razak menunggang sebuah motosikal yang menjadi tular di media sosial memetik artikel akhbar online, Utusan.

Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.

Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah pasti melihat fenomena penggunaan bahasa slanga ini dengan lebih jelas lagi.

Berasal dari Sabah

Perkataan ini asal dari Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yang tak tau function 'bossku' ni acah-acah nak pakai dalam daily conversation.

Seorang pengguna Twitter @InjangNation pula mendakwa perkataan 'bossku' mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.

"Perkataan 'bos' orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat 'Bos, boleh tanya ke?' Dia sama macam 'bro' juga la. Di sabah semua orang 'bos', tak kisah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan 'bos' memang biasa.

Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan 'bossku' merupakan bahasa slanga yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu.

"Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud 'kawanku'. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia," tulis laman sesawang tersebut.

Sementara sebutan 'malu apa bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib.

Pemuda tersebut kedengaran menyebut 'bosku' dan disambut oleh Najib dengan menyebut, 'Malu apa bosku'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Sikap Orang Sabah Yang Akan Buat Anda Kagum Dan Sewajarnya Dicontohi11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sabah
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/01/asal-usul-dan-maksud-bossku-atau-busku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malu Apa Bossku Asal Usul Perkataan Bossku

Malu Apa Bossku Asal Usul Perkataan Bossku

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 1223 hits
Sejak beberapa hari lepas tular di media sosial sebuah poster gambar yang terpapar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal dan 3 patah perkataan Malu Apa Bossku Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga ...
Najib Razak Kini Dinobatkan Raja Troll Kebangsaan Ketahui Dari Mana Asal Usul Malu Apa Bossku

Najib Razak Kini Dinobatkan Raja Troll Kebangsaan Ketahui Dari Mana Asal Usul Malu Apa Bossku

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1306 hits
Selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin mendapat perhatian dan sanjungan warga internet atau netizen sehingga ada yang menobatkan beliau sebagai Raja Troll Program terbaharu beliau Malu apa bossku yang ...
Maksud Sebenar Perkataan Hospital

Maksud Sebenar Perkataan Hospital

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 3400 hits
Benarkah dakwaan sesetengah orang bahawa maksud sebenar perkataan HOSPITAL ialah House Of Sick People Including Treatments And Labour Atau adakah ia hanyalah sekadar gurauan semata mata Sebenarnya istilah hospital berasal dari kata Latin ho...
Benarkah Asal Usul Logo Chevrolet Adalah Simbol Salib

Benarkah Asal Usul Logo Chevrolet Adalah Simbol Salib

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 787 hits
Sekilas pandang Chevrolet adalah antara pengeluar automobil yang memiliki logo jenama cukup dikenali ramai tetapi juga pada masa sama disalah erti terutama di negara negara majoriti muslim dan dikatakan bahawa logo tersebut diilhamkan darip...
Asal Usul Tagline Maluapabossku

Asal Usul Tagline Maluapabossku

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 674 hits
KUALA LUMPUR 15 Jan Malu apa bossku itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial Bossku atau bosku meru...
Asal Usul Salib Umat Kristian

Asal Usul Salib Umat Kristian

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 2373 hits
Salib atau palang salib adalah lambang agama Kristian yang didirikan di bumbung gereja atau digantung pada leher penganut Kristian menjadi identiti agama Kristian sejak sekian lama Lambang ini juga terdapat pada lambang Persatuan Palang Mer...
Nak Malu Apa Isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku

Nak Malu Apa Isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1144 hits
Nak malu apa isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku Nak malu apa isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku
Maksud Sebenar Mimpi Bertemu Orang Yang Sudah Meninggal Sewaktu Kita Sedang Tidur Ramai Yang Tidak Tahu Bukan

Maksud Sebenar Mimpi Bertemu Orang Yang Sudah Meninggal Sewaktu Kita Sedang Tidur Ramai Yang Tidak Tahu Bukan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 736 hits
Seseorang seringkali bermimpi ketika mereka sedang tertidur lena namun ada sebahagian dari orang orang telah bermimpi bertemu dengan orang orang terdekat mereka yang telah meninggal dunia dan ternyata ada makna mimpi bertemu orang yang suda...
Info Asal Usul Kampung Pulau Tawar Jerantut

Info Asal Usul Kampung Pulau Tawar Jerantut

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 2003 hits
Simpang masuk utama ke kampung Pulau Tawar ini juga di sebut Simpang Renggam oleh penduduk setempat Sewaktu dahulu persimpangan ini boleh juga dikatakan meriah bersama penduduknya semasa jalan lama Pulau Tawar masih digunakan Pulau Tawar me...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video