Asal Usul Bangsa Jin



ASAL-USUL BANGSA JIN
Menurut Wahab bin Munabbih, Jin berasal dari keturunan Jan. Adapun penciptaan Jan amat besar kejadiannya dan ia dinamakan Jan seperti firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran, Surah ar-Rahman : 15 yang bermaksud: "Telah dijadikan Allah Ta'ala akan Jan itu daripada lidah api yang bernyala-nyala tiada berasap". Kemudian, Allah menciptakan seorang isteri buat Jan yang diberi nama Umm Naldam. Sesetengah riwayat mengatakan namanya Madihah dan gelarannya Umm Taldam. Maka Jan dan isterinya diberi tempat tinggal di bumi.
Daripada persetubuhan Jan dengan isterinya, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama JIN dan dari keturunannya lah digelar sebagai Banul Jan. Menurut riwayat, Allah menjadikan mereka bayang-bayang pada rupanya dan mereka boleh merubah rupa mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka seperti menjadi binatang liar, binatang jinak, binatang melata atau lain-lainnya. Setelah bumi hampir penuh dengan anak keturunan Jin, Allah pun memerintahkan mereka supaya tinggal di langit yang pertama.
Allah pun memerintahkan mereka agar berbuat ibadah dan jangan sesekali membuat kemungkaran. Beberapa lama mereka di atas langit, mereka pun menilik bumi dan sesetengah turun ke bumi. Mereka melihat dalam bumi ada berbagai jenis binatang buas dan berbagai jenis unggas-unggas. Maka mereka memohon kepada Allah: "Wahai Tuhan kami, turunkan lah kami ke bumi". Permintaan mereka diperkenankan oleh Allah lalu Allah pun berfirman: "Wahai segala Jin, turunlah kamu semua ke bumi, serta berbuat ibadah dan janganlah kamu semua derhaka kepada Aku".
Setelah membuat akuan janji, sebahagian besar mereka turun ke bumi dan sebahagian lagi di langit pertama. Adapun menurut setengah riwayat, seramai 7,000 pasukan turun ke bumi. Di bumi, mereka beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah. Mereka membina tamadun dan negara-negara bagi menentukan wilayah yang mereka kuasai. Begitu juga kaum Jin yang berada di langit pertama, mereka membina beberapa buah kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan sesuatu kaum. Menurut riwayat terdapat 8 buah kerajaan yang wujud merangkumi langit dan bumi. Beberapa lama kemudian, mereka berbuat derhaka kepada Allah dan membunuh sesama sendiri. Maka Allah pun mengutuskan para Nabi daripada kalangan mereka seramai 28,000 orang dalam tempoh masa selama 2,800 tahun. Setiap utusan Nabi Allah mereka lawan dan perangi.
Oleh kerana kemungkaran yang mereka lakukan, Allah memerintahkan tentera Malaikat menyerang dan membinasakan mereka. Sebahagian daripadanya di halau ke suatu tempat di penjuru dunia. Daripada banyak suku-suku Banul Jan yang dibinasakan oleh tentera Malaikat akibat kemungkaran yang dilakukan mereka, terdapat beberapa bayi yang diselamatkan oleh para Malaikat dan dibawa ke hadrat Allah. Salah satu daripadanya bernama 'Azazil yang kini digelar Iblis.
Menurut ad-Dhihak, tatkala ia dibawa oleh para Malaikat, ia belum mempunyai nama. Apabila pencapaiannya pada martabat Malaikat yang amnya, ia dipanggil dengan nama Arsatata'il dan ketika ia beroleh martabat Malaikat yang khas, ia dipanggil dengan nama Izra'il dan apabila ia mencapai martabat tertinggi Malaikat ia dipanggil dengan nama 'Azaz'il dan ketika ia engkar dengan perintah Allah, ia dipanggil dengan nama Iblis dan segala kebesaran yang dimilikinya dilucutkan dan dihalau keluar dari sisi Allah.
Dalam suatu riwayat, segala keturunan Jin terlalu banyak kaumnya dan berlainan mazhabnya. Ada di antara mereka bermazhab Wadariyah, mazhab Jabariyah, mazhab Rafidiyah dan mazhab lain-lainnya. Mereka juga diberi usia yang panjang seperti yang diriwayatkan oleh Syaidina Umar r.a, katanya: "Pada suatu hari, kami duduk di dalam majlis Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki tua dan pada tangannya terdapat satu tongkat. Maka ia memberi salam kepada Nabi SAW, maka dijawab oleh Nabi SAW salamnya lalu Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya engkau adalah Jin". Lelaki tua itu pun berkata: " Ya Nabi Allah, akulah yang bernama Hamah bin Hidhir bin Lapis bin Iblis dan akulah yang bertemu dengan Nabi Allah Nuh dan sekalian Nabi lainnya".
Kebanyakkan mereka menempati denai-denai, hutan belantara, hulu sungai, gunung-gunung dan bukit-bukit serta lautan.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2022/05/asal-usul-bangsa-jin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monkeypox Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet Kenali Simptom Dan Cara Penularan

Monkeypox Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet Kenali Simptom Dan Cara Penularan

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 179 hits
MonkeyPox Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet Kenali Simptom Dan Cara Penularan BELUM reda mengenai Covid 19 dunia kini digemparkan pula dengan penularan penyakit yang jarang berlaku iaitu monkeypox atau cacar monyet di Amerika Syarikat Sat...
Kisah Sedih Asal Usul Nama Teddy Bear

Kisah Sedih Asal Usul Nama Teddy Bear

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 224 hits
Asal Usul Nama Teddy BearSiapa ada Teddy Bear Golongan gegurl ni mesti ramai yang ada bebear kan Yang beboy ada tak Kalau ada mai sini nak boh penampaq sedaih Biasa nih Wat malu kaum ja Haha Tapi pernah tak terfikir macam mana menatang patu...
Kim Dongwook Jin Kijoo Bakal Bergandingan Untuk Drama You Whom I Met By Chance

Kim Dongwook Jin Kijoo Bakal Bergandingan Untuk Drama You Whom I Met By Chance

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 185 hits
Kim Dong wook dan Jin Ki joo sah akan membintangi drama baharu bersama Tapi drama apa Drama KBS yang akan disiarkan tidak lama lagi You Whom I Met By Chance telah mengesahkan bahawa pelakon Kim Dong wook dan Jin Ki joo akan menjadi teraju u...
Bn Wajib Tolak Parti Bangsa Malaysia

Bn Wajib Tolak Parti Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 233 hits
Perkembangan terkini dalam politik negara menjadi sedikit bergolak sebaik sahaja seorang ahli parlimen melompat parti atau tukar kesetian terhadap pendirian politik nya Ini lah antara faktor pelabur tidak masuk melabupr dalam skala besar be...
Melayu Seronok Tengok Bangsa Sendiri Gagal Malakat Tribune 17 05 2022

Melayu Seronok Tengok Bangsa Sendiri Gagal Malakat Tribune 17 05 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Penutupan Malakat Mall di Masjid Tanah Melaka bukan petanda kempen Buy Muslim First di negara ini telah gagal Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan ...
Wapres Ma Ruf Amin Angka Stunting Harus Ditekan Bahayakan Nasib Bangsa Ke Depan

Wapres Ma Ruf Amin Angka Stunting Harus Ditekan Bahayakan Nasib Bangsa Ke Depan

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 136 hits
Ma ruf pun bersyukur prevalensi stunting kini menurun signifikan dari 30 8 pada 2018 menjadi 24 4 pada 2021 Hasil ini berkat kerja keras pelbagai pihak
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi