Asal Dan Punca Coronavirus Dan Langkah Melindungi Diri
ASAL DAN PUNCA NOVEL CORONAVIRUS DAN LANGKAH MELINDUNGI DIRIAssalamualaikum. Coronavirus agak menggegarkan dunia hari ini. Ia dikatakan berasal dari Bandar Wuhan. Ada beberapa kes kematian di seluruh dunia dicatatkan di dunia. Beberapa coronavirus ditemui pada haiwan dan diketahui hnaya 6 yang boleh memberi kesan pada manusia.
asal coronavirus
PUNCA CORONAVIRUS (2019-nCoV)Punca coronavirus dikatakan berasal dari Wuhan, China dimana terdapatnya sebuah pasar yang menjual bermacam binatang eksotik disini seperti yang dikongsikan oleh CNN. Dari kajian mendapati coronavirus juga dikatakan datang dari virus haiwan
haiwan eksotik yang dikatakan dijual di pasar Wuhan
Terdapat bermacam jenis haiwan yang dijual di sebuah pasar disini yang boleh disaksikan di youtube dan dikatakan dikongsi oleh mereka yang pernah singgah ke sana melalui Weibo
Dilihat jelas antaranya landak, koala, musang, tikus dan macam-macam lagi menurut satu sumber
Apa yang kita lihat disebalik coronavirus ini melibatkan haiwan-haiwan yang berbisa dan bertaring yang mana semua haiwan ini adalah haram buat umat Islam.
Tidak kira dari mana asal dan puncanya kita perlulah mengambil tindakan pencegahan dan langkah melindungi diri dari ancaman wabak Coronavirus (2019-nCoV)
LANGKAH MELINDUNGI DIRI DARI CORONAVIRUS (2019-nCoV)
Pertama sekali perlu diketahui simptom coronavirus ini adalah demam dan sesak nafas menurut -BH Online. Ianya juga adalah virus yang tidak pernah dijumpai pada manusia iaitu Novel Coronavirus
Langkah melindungi diri adalah dengan
1. Sebagai umat islam, kita wajib percaya bahawa virus atau sakit adalah makhluk Allah dan ia berlaku dengan izin Allah. Maka mohonlah perlindungan dari Allah SWT. Bacalah doa-doa khusus menolak bala. Lakukan juga solat hajat moga dijauhkan dari bala wabak ini
2. Kerap mencuci tangan atau menggunatakn hand-sanitizer dan bawa bersama-sama sekiranya ke luar
3. Elakkan sentuhan terus dengan haiwan luar, daging dan kandang, pasar menjual haiwan hidup, dan tempat sembelihan haiwan
4. Elak mengunjungi tempat tumpuan ramai atau individu bergejala
5. Menutup hidung dan mulut ketika bersinda batuk
6. Gunakan 'face-mask' juga adalah sebaiknya
Semoga perkongsian ini memberi manfaat sebaiknya dalam melindungi diri dan keluarga dari wabak dan virus Novel Coronavirus (2019-nCoV). Elakkan dahulu ke tempat-tempat yang mempunyai ramai pengunjung buat seketika
Perbanyakkan berdoa mudah-mudahan wabak ini segera hilang atau pulih sepenuhnya
Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi mengenai ASAL DAN PUNCA CORONAVIRUS (2019-nCoV) dan langkah melindungi diri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.arzmoha.com/2020/01/asal-dan-punca-coronavirus-2019-ncov-dan-langkah-melindungi-diri.html