As Terus Paksa China Kecam Rusia
WASHINGTON: White House menggesa China untuk tampil bersuara mengecam tindakan Rusia yang melancarkan serangan ke atas Ukraine.
Gesaan itu dibuat ketika serangan Moscow terhadap Ukraine masih berterusan dan Presiden Rusia, Vladimir Putin turut meletakkan ‘pasukan nuklear’ dalam keadaan berjaga-jaga.
Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki mengakui China sudah melaksanakan beberapa sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya terhadap Rusia disebabkan pencerobohan ke atas Ukraine.
Katanya, China juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menyokong kedaulatan Ukraine pada minggu lalu.
Bagaimanapun, Psaki berpandangan Beijing harus mengambil pendekatan lebih tegas terhadap Rusia.
“Kita tidak seharusnya berdiam diri dengan tidak melibatkan diri.
“Inilah masanya untuk bersuara dan mengutuk tindakan Presiden Putin dan Rusia yang menceroboh sebuah negara berdaulat,” katanya dalam temubual dengan MSNBC.
Menurut Psaki, Presiden AS, Joe Biden masih belum menghubungi rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping dan tidak menolak kemungkinan akan melakukan panggilan pada masa akan datang.
“Kepimpinan China perlu mengambil beberapa langkah penting dan menilai diri di mana mereka mahu berada dalam sejarah,” ujarnya.
Minggu lalu, Biden menyindir China selepas Beijing enggan menggelar tindakan Moscow sebagai pencerobohan.
Kementerian Luar China sebelum ini menegaskan, negara itu tidak menyokong sekatan yang dikenakan Barat dan Eropah terhadap Rusia.
Sebaliknya, menyokong jika rundingan diadakan dari semua sudut dengan Rusia dan Ukraine.
Menterinya, Wang Yi menjelaskan negaranya menyokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Kesatuan Eropah dan usaha Rusia menyambung semula rundingan diplomatik dengan Ukraine.
“China tidak menyokong pendekatan mengenakan sekatan untuk menyelesaikan masalah.
“Kami percaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sepatutnya menyumbang jalan penyelesaian politik kepada krisis yang berlaku ketika ini, berbanding mencetuskan konfrontasi baharu,” katanya. – REUTERS
AS terus paksa China kecam Rusia
Baca Artikel Menarik:
PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
Leissner sogok suami Zeti
Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
Saya tak ada kroni – Mahathir
Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
Zul Yahya bodohkan KJ (Video)
#PRNJohor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP
The post AS terus paksa China kecam Rusia appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/01/as-terus-paksa-china-kecam-rusia/