Artis Terpukul Lagi


Gambar Hiasan SEJAK Mac lalu hingga kini, nampaknya kisah penularan pandemik Covid-19 masih menjadi bualan hangat. Bukan hanya di Malaysia namun di seluruh dunia.
Ternyata tahun 2020 ini sangat mencabar, membawa satu lembaran yang sukar diungkap apabila kita semua makin terbiasa dengan amalan norma baharu kehidupan.
Namun, ‘baru nak menarik nafas lega’ selepas segala usaha melandaikan rantaian penularan hampir berjaya, kini Malaysia berhadapan serangan gelombang ketiga Covid-19.
Sejak minggu lalu hingga kini, dalam laporan harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan peningkatan kes jangkitan terutama di Sabah. Malah, jumlah kematian juga bertambah termasuk kewujudan kluster baharu.
Menyedari keselamatan kita semua paling utama, kelmarin Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini.
Dong Zong, Jiao Zong bantah tulisan jawi

PKPB selama dua minggu ini dijangka berakhir pada 27 Oktober nanti. Justeru, kita semua harus akur dengan arahan dilaksana dan kembalilah semula mematuhinya meskipun, kegiatan ekonomi dibenarkan.
Melihat pada apa yang berlaku ini, usahlah terus menuding jari kepada mana-mana pihak. Sekarang, apa yang lebih penting kita harus terus bersatu untuk menangani serangan Covid-19 ini bersama-sama.
Apapun, satu cabaran juga buat pengkarya seni tanah air dengan pelaksanaan PKPB ini. Apakah aktiviti penggambaran yang kini rancak dilakukan harus ‘berehat’ seketika?
Ia berikutan, aktiviti budaya dan sosial tidak dibenarkan ketika PKPB. Jadi, teringat pula temu bual bersama pelakon Beto Kusyairi yang ditemui ketika pelancaran filem Aku Bukan Gila lakonannya, baru-baru ini.
Beto berkata, demi keselamatan dan kesihatan yang terjamin, pengkarya seni perlu akur seandainya kerajaan melaksanakan semula PKP akibat peningkatan kes yang sukar dijangka kini.
Katanya, mungkin keadaan akan menyukarkan pengkarya seni namun mereka tiada pilihan selain akur jika kes penularan Covid-19 gagal dibendung.
“Tiada siapa sebenarnya yang ingin fasa PKP dilaksanakan semula. Tentunya, ia sekali lagi memberikan tekanan dan beban yang berat kepada pengkarya seni dan seluruh rakyat Malaysia.
“Pendapatan pasti terjejas. Namun, jika itu pilihan terakhir dan jalan terbaik untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 daripada meningkat setiap hari, kita harus menerimanya walaupun dalam keadaan sukar,” katanya.
Mengakui sedar ramai pengkarya seni terkesan ketika fasa PKP lalu apabila ada yang terpaksa balik kampung kerana tidak mampu bertahan dengan kos sara hidup tinggi di ibu kota, ia adalah dugaan yang perlu dilalui kini.
Bantah Tulisan Jawi & Seni Khat Cerminan “Wajah” Sebenar DAP

Apatah lagi, bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, semestinya kos tanggungan sara hidup itu agak besar dan pasti semua orang tak mampu menghadapi PKP lagi.
Bagaimanapun, Beto berkata, jika ia perlu dilaksanakan demi kebaikan semua, apa pilihan yang kita ada melainkan kena tempuh juga walaupun kesannya amat perit.
Jadi, apa yang boleh kita buat sekarang banyakkan berdoa kepada Allah semoga dalam tempoh PKPB ini, kita semua dilindungi selalu dan seterusnya jumlah kes jangkitan berkurangan.
Jangan dilupa juga pesanan harian Dr Noor Hisham, supaya kita duduk saja di rumah sekiranya tiada sebarang keperluan tugas yang penting di luar.
Dalam keadaan sekarang, duduk di rumah lebih selamat. Selain itu, hindarkan berkunjung ke tempat sesak dan berkumpul.
Malah, pastikan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal satu meter dan harus kerap mencuci tangan dengan sabun setiap masa.
Kini, kita semua yang harus peka menjadi frontliner untuk menjaga diri sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat di sekeliling. Apapun, semoga dugaan penularan Covid-19 di Malaysia berakhir segera.
The post Artis ‘terpukul’ lagi? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/15/artis-terpukul-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Artis Cuci Duit Haram 2 Pegawai Kanan Polis Ditahan

Guna Artis Cuci Duit Haram 2 Pegawai Kanan Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 467 hits
Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat lapo...
Susulan K3s Guna Artis Cuci Duit Hram 2 Pegawai P0iis Dit4han Dan Rupanya Pangkat Mereka Bukan Biasa2

Susulan K3s Guna Artis Cuci Duit Hram 2 Pegawai P0iis Dit4han Dan Rupanya Pangkat Mereka Bukan Biasa2

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 378 hits
Beberapa hari lalu terb0ngkar t4ktik perdaya dan guna populariti artis untuk menjalankan kegiatan mencuci duit hram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah
Macau Scam Cuci Wang Haram Artis Manakah Akan Digari Masuk Penjara

Macau Scam Cuci Wang Haram Artis Manakah Akan Digari Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 455 hits
Siapa yang makan cili pasti rasa pedas demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki mengenai pihak yang bakal ditangkap gara gara Macau Scam serta aktiviti mencuci duit haram yang turut melibat...
Artis India Ini Tinggalkan Dunia Hiburan Demi Islam

Artis India Ini Tinggalkan Dunia Hiburan Demi Islam

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 445 hits
Aktris India Sana Khan memutuskan untuk meninggalkan kariernya di industri hiburan setelah mendapat pencerahan dari ajaran Islam Sana Khan yang memiliki jutaan pengikut di media sosialnya telah menjadi bagian dari sejumlah acara reality sho...
4 Artis Jepun Bunuh Diri Dalam Tempoh 4 Bulan Adakah Sebab Cyberbully

4 Artis Jepun Bunuh Diri Dalam Tempoh 4 Bulan Adakah Sebab Cyberbully

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 548 hits
Terkejut juga bila kakak jumpa thread di Twitter tentang kematian empat artis Jepun yang menambil keputusan bunuh diri dalam tempoh empat bulan berturut Walaupun ia bukan lagi perkara baharu sedikit sebanyak memberi impak kepada industri hi...
Uyaina Lucunya Bila Ada Segelintir Fans Followers Gemar Tentukan Kehidupan Artis

Uyaina Lucunya Bila Ada Segelintir Fans Followers Gemar Tentukan Kehidupan Artis

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 245 hits
Lucunya bila ada sesetengah individu digelar peminat dan pengikut yang gemar menyusunkan kehidupan artis kegemaran mereka Dengan siapa kita perlu pilih untuk bersama apa yang kita perlu dan tak perlu kongsi di media sosial bukan untuk memua...
Hiburan Jangan Dapat Terus Habiskan Fizz Fairuz Seru Golongan Artis Supaya Tidak Boros Berbelanja

Hiburan Jangan Dapat Terus Habiskan Fizz Fairuz Seru Golongan Artis Supaya Tidak Boros Berbelanja

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 225 hits
Mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini kita telah membuka mindanya pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz mendedahkan beliau lebih menghargai sesuatu karya dan hasil pendapatan yang diperoleh dari lakonannya malah tidak ke...
Pasangan Artis Usahawan Terkenal Disiasat Sprmmalaysia

Pasangan Artis Usahawan Terkenal Disiasat Sprmmalaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 263 hits
PASANGAN ARTIS USAHAWAN TERKENAL DISIASAT SPRM KUALA LUMPUR Pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal adalah di antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram Pasangan ...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Duit Dalam Akaun Bank Arwah Hilang Sebelum Tuntutan Pusaka Selesai

Makanan Kucing Terbaik Kenapa Kucing Perlukannya

Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston