4 Artis Jepun Bunuh Diri Dalam Tempoh 4 Bulan Adakah Sebab Cyberbully
Terkejut juga bila kakak jumpa thread di Twitter tentang kematian empat artis Jepun yang menambil keputusan bunuh diri dalam tempoh empat bulan berturut. Walaupun ia bukan lagi perkara baharu, sedikit sebanyak memberi impak kepada industri hiburan di Negara Matahari Terbit itu.
Tak de siapa duga, disebalik tembok kegemilangan nama yang telah mereka ukir dengan penat lelah selama ini tersimpan pelbagai kisah yang tidak pernah didedahkan kepada dunia luar. Walau apa pun sebabnya, ia adalah salah satu ujian yang perlu kita ambil iktibar dan jadikan ia sebagai pengajaran supaya kita mengambil pengajaran dari sudut positif dan abaikan perkara-perkara negatif.
Berikut merupakan empat artis Jepun yang telah meninggal dunia kerana membunuh diri.
HANA KIMURA
Hana Kimura merupakan ahli gusti wanita Jepun yang juga seorang artis telah meninggal dunia pada 23hb Mei 2020 bersamaan dengan hari Sabtu pada usia 23 tahun.
Beliau yang berdarah Indonesia dilaporkan telah menamatkan riwayat dirinya sendiri dikatakan tidak tahan menjadi mangsa buli siber oleh netizen selepas beliau tampil dalam rancangan realiti televisyen berjudul Tarrace House yang diterbitkan oleh Fuji TV dan boleh ditonton melalui Fuji TV On Demand serta di Netflix.
Pihak Fuji TV mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Hana Kimura dan berjanji akan menangani hal tersebut dengan telus. Walaubagaimanapun, ibu kepada mendiang Hana Kimura iaitu Kyoko Kimura telah bersedia membuat tuntutan ke atas kru rancangan tersebut di atas kematian anaknya.
HARUMA MIURA Haruma Miura ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya pada hari Sabtu, 18hb Julai 2020 sekitar jam 1 petang dan mayatnya telah ditemui oleh pengurusnya yang telah bersedia menjemputnya untuk ke tempat kerja namun tiada tindak balas dari setiap pesanan, panggilan telefon mahupun bunyi loceng pintu.
Dia telah dikejarkan ke hospital dan dinyatakan meninggal dunia pada jam 2:10 petang. Polis percaya bahawa Miura mati membunuh diri kerana terdapat catatan bunuh diri di biliknya. Catatan yang bertulis di dalam buku nota Miura tidak bertarikh tetapi dia menyatakan kegelisahannya dan terfikir untuk mati.
Rakan-rakan Miura menafikan bahawa Miura membunuh diri akibat buli siber dan komen-komen berunsur kebencian terhadapnya di media sosial. Pelakon utama Little Nights, Little Love ini mengakhiri hidupnya pada usia 30 tahun.
MARIA HAMASAKI
Mendiang Maria Hamasaki disahkan telah meninggal dunia pada 26hb Ogos 2020 di apartment miliknya yang terletak di Tokyo, Jepun. Ada laporan kukuh yang mengatakan Hamasaki telah membunuh diri berikutan tiada sebarang luka pada tubuh badannya yang memungkinkan tanda pergelutan ataupun luka-luka yang boleh menyebabkan kematian.
Ada beberapa spekulasi yang bertebaran di internet menceritakan punca kematian Hamasaki adalah disebabkan buli siber yang dihadapinya di media sosial berikutan ada sumber mengakui pernah melihat Hamasaki berbalas komen dengan netizen sebelum mendiang menamatkan riwayatnya sendiri.
Hamasaki meninggal dunia pada usia 23 tahun.
SEI ASHINA
Kematian Sei Ashina, 36 tahun - sehingga kini menjadi misteri apabila tiada sebarang nota bertulis mahupun pesanan yang tinggalkan.
Ashina ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediaman beliau yang terletak di Tokyo, Jepun pada hari Isnin, 14hb September 2020 berikutan abangnya berasa curiga kerana tidak dapat menghubungi beliau sejak dari 13hb September.
Mendiang yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan Jepun sejak remaja mula melangkah ke dunia lakonan menerusi drama The Tail Of Happiness pada awal 2002 dan telah membintangi pelbagai filem termasuklah Impossibility Defense (2018), Perfect World (2018) dan AI Hōkai (2020).
…
Betul ke seteruk itu sosial media yang kita hadap setiap hari sehingga mampu merampas nyawa orang lain ? Atau penggunaan bahasa sehari-hari kita yang membuatkan orang lain terguris hati lalu bertindak melampaui akal. Em. Susah nak ulas kes kes yang meibatkan emosi ni tapi kalau korang tak de benda baik nak cakap, baik diam dan nikmati kehidupan sebaiknya.
Yang pergi sehingga membunuh diri tetap lah pergi dan tidak kembali tapi bagaimana dengan mereka yang MUNGKIN menjadi punca mereka pergi ? Sama-sama lah kita saling menjaga dengan penuh empathy dan simpati terhadap orang lain.
Ya !!
LOVE ;
ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2020/10/4-artis-jepun-bunuh-diri-dalam-tempoh-4.html