Artis Paling Kontroversi 2024 Disebabkan Pelbagai Isu
Tahun 2024 menyaksikan ramai artis yang tidak lekang daripada perhatian media dan peminat. Ada yang mendapat pujian, namun tidak kurang juga yang terpalit dengan kontroversi panas yang mengundang pelbagai reaksi.
Dalam dunia hiburan, populariti dan kontroversi sering kali berjalan seiring. Di sini, kami senaraikan beberapa artis yang paling kontroversi tahun 2024 yang pastinya mencuri tumpuan ramai.
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: Selebriti & ‘Influencer’ Paling ‘Mendonia’ Tahun Ini.. Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara & Khairul Aming Dapat Penghargaan Daripada PM New Zealand
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: Putri Anggun Lovellia, Sharifah Fatma Nour Jamalullail & Muhammad Jibril Antara Penyeri Rumah Tangga
Ruhainies
Pelakon Ruhainies menjelaskan sebab mengapa dirinya tidak menghubungi dan meminta maaf kepada Bella sejurus selepas kes ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ruhainies mengakui sangat terkejut dengan kejadian khalwat itu sehinggakan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ujar pelakon berusia 32 tahun itu lagi, itu merupakan kali pertama dia berdepan dengan situasi begitu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terkejut, Trauma..Itu Pertama Kali Berlaku & Jadi Titik Hitam Dalam Hidup Saya’ – Ruhainies
Sementara itu, Ruhainies memberitahu meskipun dia memiliki bukti tetapi dia sama sekali tidak akan berkongsikan perkara itu di media sosial kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan.
Dalam kesempatan itu, Ruhainies memohon maaf kepada Bella dan semua pihak yang terlibat.
Aliff Aziz
Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz memberitahu dia akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung isu ditangkap berkhalwat dengan aktres, Ruhainies.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Akan Beri Komitmen Penuh Pada JAWI, Mahu Isu Ditangkap Berkhalwat Dengan Ruhainies Cepat Selesai
Ketika ditemui OhBulan! Aliff atau nama lengkapnya Muhammad Aliff Aziz, 33, berkata, mereka sekarang ini masih lagi melalui beberapa proses yang telah ditetapkan.
Saya tiada apa nak ulas cuma sekarang kami berdepan semua prosedur seperti mana yang semua perlu lalui.
Jadinya kami akan selesaikan perkara tersebut apabila tiba masanya, insya-Allah.
Bella Astillah
Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan dakwaan mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu dikenali sebagai Muaz Zabir.
Khabar angin itu tercetus susulan tularnya beberapa foto mesra yang didakwa mirip Bella dan Muaz. Tidak terhenti di situ, menerusi perkongsian di akaun TikTok Edisi Umat turut memuat naik tangkap layar perbualan romantis yang didakwa terjadi antara kedua-dua pelakon itu.
Perbualan tersebut didakwa berlaku sekitar Oktober 2023, malah terlihat kedua-dua individu itu berbalas mesej dengan menggunakan kata-kata romantis seperti pasangan kekasih.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersebar Foto & Perbualan Mesra Didakwa Bella Astillah & Muaz Zabir, Netizen Minta Jangan Fitnah – ‘Nampak Macam Edit Je’
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya tidak percaya dengan khabar angin tersebut sebaliknya mereka yakin bahawa perbualan yang tular itu telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut mereka, foto tersebut diambil ketika Bella dan Muaz melakukan penggambaran bagi sebuah drama. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan perkara tidak bermoral itu dilakukan hanya untuk menjatuhkan imej Bella dan Muaz.
Susulan daripada itu, wargamaya meminta agar semua pihak berhenti menaburkan fitnah terhadap Bella.
Muaz Zabir
Pelakon Muaz Zabir mendedahkan menerima ancaman ‘dilarang’ menjejakkan kaki ke Singapura selepas terbabit kontroversi menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz.
Ketika ditemui OhBulan! di majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun ke-25 rumah produksi Global Station Sdn Bhd, pelakon berusia 27 tahun itu berkata, dia menerima ancaman tersebut menerusi Direct Message (DM) di Instagram.
Saya ada terima ancaman dan ada yang kata jangan datang Singapura. Tapi saya ambil dalam sudut positif. Kalau saya datang bekerja dan tidak mengganggu sesiapa, insyaAllah tak ada apa-apa berlaku.
Kita ada perlembagaan dan undang-undang. Kita pergi sana dengan niat yang baik untuk bekerja bukannya bergaduh. Saya rasa benda ni tak perlu melibatkan negara dan kita cuba meneruskan kehidupan masing-masing dengan lebih baik.
Artikel Berkaitan: Terima Ancaman ‘Dilarang’ Jejakkan Kaki Ke Singapura, Muaz Zabir Tak Terfikir Nak Upah ‘Bodyguard’
Dalam pada itu, Muaz menjelaskan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana keadaan masih terkawal.
Tetapi saya tidaklah sampai perlu mengupah pengawal keselamatan atau membuat laporan polis. Saya akan cuba berhati-hati walau di mana sahaja saya berada.
Bagaimanapun, Muaz mengakui kontroversi tersebut memberi impak yang cukup besar dalam kehidupannya namun percaya ada hikmah dengan apa yang berlaku.
Puteri Sarah Liyana
Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal terhadap segelintir warganet yang dilihat dengan sengaja membuat spekulasi tentang gosip cintanya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin,berasa kurang senang diasak dengan persoalan kisah perhubungannya dengan mana-mana lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Kata Ada Hubungan, Nanti Orang Tuduh Janda Gatal Pula’ – Puteri Sarah
Tindakan Puteri Sarah tersebut adalah kerana dia mahu menjaga reputasi dan imejnya.
Kalau saya kata saya ada hubungan, nanti orang akan tuduh saya janda gatal pula.
Jadi adakah awak nak saya ini dituduh janda gatal dengan orang-orang luar di sana?
Itu bukannya awak seorang peminat yang menjaga saya, tetapi itu adalah peminat yang lagi nak merosakkan saya.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 39 tahun itu juga tidak mahu dilabel dengan jolokan yang buruk oleh masyarakat.
Selain itu, pelakon drama Polis Peronda tersebut juga memikirkan masa depan anak-anaknya sekiranya nama baiknya terjejas.
Syamsul Yusof
Rumah tangga yang dibina hampir dua tahun musnah apabila pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan pasangannya Ira Kazar sah bercerai talak satu.
Pengesahan lafaz cerai itu disahkan kira-kira jam 10.30 pagi oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan Hampir Dua Tahun
Menurut Peguam Syarie yang mewakili Ira iaitu Afiq Fadhil, mahkamah telah mengesahkan Syamsul dan Ira telah sah bercerai talak satu.
Mahkamah putuskan penceraian sudah berlaku di luar mahkamah di antara Syamsul dan anak guam saya. Itu saja boleh saya katakan.
Manakala Peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais, berkata telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dilakukan Ira membabitkan hantaran di media sosial bermula 14 Ogos lalu.
Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi menafikan dakwaan segelintir pihak iaitu dia dengan sengaja memutar belitkan cerita berkenaan kematian cucu sulungnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan bahawa dia tidak tahu menahu soal kematian cucunya dan hanya mengetahui tentang berita tersebut selepas semuanya selesai.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Pusing Cerita – ‘Demi Allah, Saya Dapat Tahu Tentang Kematian Anak Marissa Selepas Semuanya Selesai’
Pasal Marissa kematian anak itu, saya memang tak tahu..lambat dapat tahu. Demi Allah saya tak tahu.
Ada yang kata saya pusing cerita, tahu tapi buat tak tahu. Aduhai, apa yang saya nak pusing? Saya memang tak tahu.
Dalam pada itu, aktres berusia 46 tahun tersebut menegaskan bahawa dia sama sekali tidak menggunakan hal peribadi sebagai konten untuk meraih perhatian.
Saya dapat tahu selepas semuanya selesai. Kenapa susah nak terima kenyataan saya?
Semua nak kata saya buat cerita, buat konten..ingat orang tak ada kerja ke?
Aprena Manrose
Di Instagram, tular momen memaparkan pelakon jelita, Aprena Manrose yang tidak mengenakan hijab ketika bermain badminton bersama ahli keluarganya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berambut Perang Ketika Main Badminton, Aprena Manrose Dah Buka Tudung?
Menerusi hantaran dimuat naik Uqasha Senrose, Aprena dan beberapa rakan lain turun ke gelanggang untuk bermain badminton semalam.
Dapat dilihat Aprena yang memakai t-shirt berlengan pendek hanya memakai bandana putih di kepalanya.
Meksipun hanya sekilas lalu, namun video tersebut jelas menunjukkan anak kepada penyanyi Iwan Syahman itu tidak lagi mengenakan tudung.
Nora Ariffin
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin berkata, dia memilih untuk mendiamkan diri dan bersikap lebih matang susulan kontroversi membabitkan dirinya dan anak tiri hingga saling berbalas kenyataan di media sosial baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Ikut Nasihat Suami, Tak Mahu Berbalah Isu Keluarga Di Media Sosial – ‘Kita Dah Tua, Kena Bertindak Lebih Matang’
Tambah Nora, apa yang berlaku merupakan takdir yang sudah tertulis dan perlu diredakan.
Suami pesan suruh saya fokus apa yang saya lakukan dan buat dengan cara yang sepatutnya melalui undang-undang, bukan dengan emosi dan berbalah di media sosial. Saya perlu jadi orang yang lebih matang dan jangan melayan sangat. Hubungan bersama madu sebenarnya sudah lama reda. Saya bersedia berdamai dengan takdir.
Ada benda yang kita boleh pilih dan ada juga aturan yang Allah telah tetapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Disoal mengenai keadaan emosi setelah apa yang berlaku, Nora mengakui dia mudah menangis dan tersentuh sehingga perlu mendapatkan nasihat pakar psikiatri.
Ifa Raziah
Penyanyi dan usahawan kontroversi, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan memperlekeh kaum Iban menerusi sebuah komen di media sosial.
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 49, berkata, dia berasa sangat terkejut apabila isu tersebut menjadi viral sejak tiga hari lalu sehingga berlarutan ke hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Susun Sepuluh Jari & Mohon Maaf’ – Ifa Raziah Tak Ada Niat Guris Hati Orang Iban
Pertama sekali saya sangat terkejut. Saya ada komen dekat video Kelly Azman dan perkara itu sudah berlaku enam minggu yang lepas. Saya tak sangka jadi viral tiga hari yang lalu dan ketika itu saya berada di Singapura.
Saya tak tahu apa benda yang mereka tulis dan komen dekat video saya. Rupanya isu saya terkejut tengok video Kelly. Saya tulis komen ‘Ingatkan perempuan Iban mana yang tersesat’.
Sebenarnya saya dan Kelly sahabat baik. Bila kami bergurau, saya tak bermaksud apa-apa apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming etnik tertentu. Pertama kali tengok video itu, saya nampak head gear yang berada di atas kepala. Sangat cantik!
Tambah Ifa, dia tidak pernah bercakap buruk atau melakukan perkara yang tidak baik terutama melibatkan isu perkauman.
Black Hanifah
Penyanyi Black Hanifah pernah terpalit dengan kontroversi berhubung dakwaan kes penggubahan wang haram atau ‘cuci duit’ sehingga menjadi perhatian warganet.
Menerusi podcast Bukak Mulut, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah menjelaskan tentang perbelanjaan dan simpanannya hasil dari wang kemenangan dalam program Mentor.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Black Kongsi Tentang Wang Simpanan & Hasil Jual Beli Rumah – ‘Dari Situ Saya Jana Duit, Beli Tanah Di Langkawi & Kapal’
Saya menang Mentor dapat RM100,000 dan sebuah kereta. Kereta saya bagi ayah saya dan RM100,000 saya masuk dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Saya nak beli kereta tapi ayah saya kata jangan, dia suruh saya beli rumah dahulu. Saya beli dengan harga RM248,000 dan rumah itu saya bagi mak ayah saya duduk.
Pada ketika itu pula, lagu-lagu hits saya keluar dan ‘show’ setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, sampailah beberapa tahun. Memang saya enjoy lepas beli rumah pertama, hampir-hampir lingkup juga tapi disebabkan setiap minggu ada persembahan jadi duit itu tak pernah putus.
Pelantun lagu Teman Pengganti itu juga berkata, selepas mendirikan rumah tangga, isterinya banyak membantu menguruskan kewangan dan juga simpanan mereka.
Stacy
Meksipun berdepan dengan isu konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku, namun penyanyi Stacy, tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah.
Ketika ditemui OhBulan!, Stacy atau nama lengkapnya Ummu Shaikhah Stacy Anam memilih untuk bersikap profesional dan matang jika bertembung dengan Bella walaupun berlaku konflik tentang konsert berkenaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Stacy Takkan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah – ‘Pusing-Pusing Akan Jumpa Juga, Tak Berbaloi Bergaduh’
Macam Bella pun pusing-pusing akan jumpa juga dan kami sama-sama orang kampung. Jadi tak berbaloi untuk bergaduh.
Buat masa ini masing-masing masih sibuk, saya rasa kalau berjumpa pun mustahil nak bermasam muka.
Lucu, sebab saya pun sudah tua dan dia juga begitu..ada anak juga. Jadi kami relaks-relaks sahaja.
Source link
The post Artis Paling Kontroversi 2024 Disebabkan Pelbagai Isu appeared first on Edisi Viral Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://plus.edisiviral.com/artis-paling-kontroversi-2024-disebabkan-pelbagai-isu/