Artis Kena Denda Sikit Peniaga Burger Rm50 000




Artis kena denda sikit, peniaga burger RM50,000?Oleh: Redzuan RF8 MediaApril 29, 2021ShareKerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta menghentikan segera amalan dua darjat dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid 19 berikutan beberapa peniaga kecil-kecilan di Kelantan didenda maksimum sedangkan terdapat golongan VIP yang terlepas.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kerajaan PN perlu mengkaji semula pelaksanaan SOP dan kaedah mengenakan kompaun agar rakyat tidak dizalimi dalam hal-hal kepatuhan berkenaan.
“KEADILAN Johor memandang serius golongan berstatus tinggi termasuk menteri, ahli politik, usahawan, artis atau personaliti media sosial yang dilihat terkecuali dalam pematuhan SOP bagi membendung gejala Covid-19.
“Bagi kami Menteri atau Exco kerajaan negeri yang mempunyai kuasa dan terlibat secara langsung dalam penyediaan SOP ini perlulah lebih bertanggungjawab dan digesa menyemak kembali segala SOP tersebut, supaya tidak membuka ruang penganiayaan sebegini daripada terus berlaku.
“Kita tidak mahu insiden seperti yang tular, seorang peniaga burger di Kota Bahru, Kelantan dikompaun sehingga RM 50,000 kerana meniaga melebihi tempoh ditetapkan, pukul 10 malam, walaupun di hadapan rumah sendiri berlaku lagi. Sekiranya berlaku pelanggaran SOP sekalipun, kompaun sehingga RM 50,000 amat tidak masuk akal kepada rakyat marhaen yang hanya meniaga burger di hadapan rumah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, kerajaan juga perlu ‘berhati perut’ dalam membuat peraturan penguatkuasaan.
Katanya, pihak penguatkuasa harus membezakan antara syarikat besar, golongan VIP dan peniaga kecil-kecilan yang terpaksa bersusah payah mencari rezeki dalam suasana pandemik dan darurat.
“Malangnya terdapat selebriti dan keluarga dikenakan denda hanya RM60,000, manakala peniaga burger seorang dikenakan RM50,000. Ini jurang yang sangat jauh melihatkan status dan kedudukan ekonomi kedua belah pihak, yang perlukan kajian lebih mendalam dalam melaksanakan penguatkuasaan.
“Kerajaan hari ini wajar mempunyai hati nurani dan ‘empathy’ dalam melihat keperitan ekonomi rakyat dan amalan dua darjat wajar dihentikan bagi memberikan keadilan untuk semua, dalam usaha kita membendung Wabak Covid-19,” katanya lagi.
Syed Ibrahim juga mempersoalkan genap 100 hari darurat dikuatkuasakan namun kes positif Covid masih berada pada paras 3,000 kes sehari.
Beliau mempersoalkan tujuan darurat yang tidak berjaya membendung Covid sebaliknya telah memerosotkan ekonomi sehingga banyak rakyat yang sensara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/artis-kena-denda-sikit-peniaga-burger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Sindir Peniaga Burger Viral Neelofa Terkilan Bantu Bayarkan Denda Rm50 000

Didakwa Sindir Peniaga Burger Viral Neelofa Terkilan Bantu Bayarkan Denda Rm50 000

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 368 hits
Hangat nampaknya kisah mengenai selebriti terkenal Neelofa dan suami Haris Ismail daripada isu pelanggaran SOP ketika majlis perkahwinan sehinggalah kompaun yang dikenakan atas kesalahan tersebut yang diumumkan pihak polis semalam Terbaru m...
Video Pemimpin Umno Pkr Pertikai Denda Rm50 000 Peniaga Burger Pemimpin Pa Mana Suara

Video Pemimpin Umno Pkr Pertikai Denda Rm50 000 Peniaga Burger Pemimpin Pa Mana Suara

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 264 hits
Beberapa ahli politik menyuarakan simpati kepada seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan denda RM50 000 dan menggesa kerajaan menilai semula prosedur operasi standard melibatkan peniaga kecil
Kompaun Rm50 000 Kepada Peniaga Burger Ini Penjelasan Polis

Kompaun Rm50 000 Kepada Peniaga Burger Ini Penjelasan Polis

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 414 hits
KOTA BHARU Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50 000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini yang tular hari ini Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner ...
Kompaun Rm50 000 Peniaga Burger Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Chang Lih Kang

Kompaun Rm50 000 Peniaga Burger Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Chang Lih Kang

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 335 hits
POSTED BY AMIR WRLRTindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun RM50 000 ke atas seorang peniaga burger di Kota Bharu Kelantan kelmarin atas alasan berniaga melebihi masa amat keterlaluan Menurut Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang kompaun ...
Kompaun Rm50 000 Pada Peniaga Burger Mungkin Dikurang Atau Dikecualikan

Kompaun Rm50 000 Pada Peniaga Burger Mungkin Dikurang Atau Dikecualikan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 283 hits
MALAYSIAKINI Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50 000 sama ada diberi pengurangan atau pengecualian kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Beliau be...
Muat Naik Gambar Neelofa Nafi Sindir Mahu Tolong Peniaga Burger Di Kompaun Rm50 000

Muat Naik Gambar Neelofa Nafi Sindir Mahu Tolong Peniaga Burger Di Kompaun Rm50 000

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 318 hits
PETALING JAYA Selang beberapa jam selepas dikenakan kompaun sebanyak RM60 000 perbuatan selebriti berniqab Neelofa memuat naik sekeping gambar burger dalam InstaStorynya mengundang kecaman netizen Rata rata netizen mendakwa pemilik nama seb...
Tak Mampu Bayar Saya Hanya Jual Burger Peniaga Luah Rasa Kecewa Kena Kompaun Rm50 000

Tak Mampu Bayar Saya Hanya Jual Burger Peniaga Luah Rasa Kecewa Kena Kompaun Rm50 000

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 364 hits
LUAHAN kecewa seorang peniaga menjadi tular di laman sosial apila mendakwa dikenakan kompaun RM50 000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan Wan Mohd Faisal Wan Kadir 38 yang menjalankan perniagaan itu di hadapan...
Kkm Buat Penilaian Semula Peniaga Burger Dikompaun Rm50 000

Kkm Buat Penilaian Semula Peniaga Burger Dikompaun Rm50 000

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 238 hits
KKM amat prihatin serta memandang serius kes berkenaan dan meminta peniaga terbabit tampil mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Gambar Bernama Kementerian kesihatan akan membuat...
Polis Kelantan Mendakwa Kompaun Rm50 000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka Suka

Polis Kelantan Mendakwa Kompaun Rm50 000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka Suka

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 265 hits
KOTA BHARU Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50 000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini yang tular hari ini Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner ...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban

Kelantan Buka Kilang Beras Di Pasir Mas Dijangka Beroperasi Tahun Ini