Art Penjelasan Tengku Zafrul Diamkan Naratif Palsu Pembangkang


 

Penjelasan panjang lebar Tengku Zafrul kepada pemimpin pembangkang termasuk kepada Rafizi menunjukkan ketelusan sebenar tanpa penjelasan separa benar yang mengelirukan rakyat.
PENDAPAT, 4 Nov – Kecoh di media sosial kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia – Amerika Syarikat (AS) ‘bermatlamat’ menggadaikan kedaulatan negara.
Sebaliknya langkah kerajaan menandatangani perjanjian berkenaan merupakan langkah diplomasi strategik untuk memperkukuh kedudukan dan ekonomi negara di peringkat global.
Ini bukan sahaja menjamin kedudukan strategik negara dari segi ekonomi malah memastikan para pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pasaran AS tidak terkesan malah pengecualian 1,711 produk menambah keyakinan pelabur untuk menambah pelaburan mereka.
Kesemua persoalan yang dibangkitkan dijawab sendiri Tengku Zafrul dalam Bahasa Malaysia mengikut setiap isu yang dibangkitkan tanpa berselindung tanpa sebarang kekeliruan.Kejelasan dan kepantasan penjelasan kerajaan inilah yang menyebabkan mereka yakin dapat menyusun langkah bersesuaian terutama dari segi kos pengeluaran bagi menyesuaikan harga produk yang akan dipasarkan ke AS.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengekalkan kadar tarif import sebanyak 19 peratus, iaitu kadar terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.
“Tanpa ART, tarif berpotensi meningkat kepada 25 atau 40 peratus seperti yang dikenakan ke atas Myanmar dan Laos. Jika tarif dinaikkan, eksport Malaysia akan kurang berdaya saing berbanding negara lain yang tarif lebih rendah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Bila eksport rendah, pengeluaran kilang terpaksa dikurangkan dan akhirnya pekerjaan rakyat turut terjejas, dalam jangka masa panjang, kilang sedia ada ditutup dan pelabur memilih negara lain dengan tarif lebih rendah.
“Tetapi dengan ART, alhamdulillah kita dapat kekalkan dengan tarif 19 peratus yang merupakan terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS,” katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Isnin.
Beliau dipercayai menjawab ‘kupasan’ Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membangkitkan perjanjian AS dengan Kemboja kononnya lebih baik berbanding Malaysia-AS.

Ini ditambah lagi dengan kupasan penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata perjanjian itu dimeterai berlandaskan dasar berkecuali, tanpa menjejaskan kedaulatan dan autonomi negara.
Beliau menjelaskan perubahan geopolitik ketika ini menuntut Malaysia untuk meningkatkan kerjasama simbolik bersama kuasa-kuasa besar dunia namun pada masa sama, tidak memihak secara terus kepada mana-mana blok ekonomi.
“Perjanjian Malaysia ini lebih berfokus kepada perdagangan, pelaburan dan ekonomi bukan hubungan diplomatik dan politik. Itu harus dijelaskan. Bila bercakap tentang soal kedaulatan, sudah pasti ia soal kebebasan hak sesebuah negara.
Artikel 5.1 yang diputar belit sesetengah pihak kononnya Malaysia menggadaikan kedaulatan ekonomi negara.“Dalam konteks ini, tidak ada kenyataan yang menyatakan bahawa kita harus mengikut bulat-bulat apa yang dinyatakan oleh negara lain khususnya dalam konteks ini Amerika. Jadi kita kekal berdaulat dalam urusan kenegaraan.
“Tidak ada negara lain yang boleh menyentuh kedaulatan negara, malah dalam peraturan perkara 75 ART jelas menyatakan sekiranya tidak bersetuju, kita boleh menamatkannya dengan serta-merta untuk pertahankan maruah, reputasi dan kedaulatan negara,” kata beliau ketika menjadi tetamu secara dalam talian menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media.
Dr Sivamurugan berpandangan, perjanjian itu telah meletakkan kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik AS, sepertimana negara lain seperti Jepun dan Korea yang mempunyai perjanjian seumpama itu.
Setelah taklimat khas diadakan kepada pemimpin pembangkang Ogos lalu, nampaknya Tengku Zafrul bingkas menjawab naratif jahat sesetengah pihak termasuk pembangkang menerusi video pada 3 November 2025.Beliau optimis perjanjian tersebut menjadi platform terbaik membuka ruang pelaburan dan perdagangan serta memacu ekonomi serantau.
Penjelasan Tengku Zafrul termasuk siri-siri video kepada beberapa pemimpin yang cuba mengelirukan rakyat pasti akan lebih memberi pencerahan kepada mereka yang sebelum ini terkeliru mana satukah yang benar sebenarnya.
Usahlah mendengar cerita-cerita separa benar yang ditularkan sesetengah pemimpin termasuk komen seorang bekas menteri yang terbuang sendiri seolah-olah ‘sabdanya’ sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/art-penjelasan-tengku-zafrul-diamkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Penjelasan Tengku Zafrul

Ini Penjelasan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 177 hits
Menggadai kedaulatan atau kerjasama demi keselamatan bersama TZA MITIMalaysia PemacuPotensiGlobal MADANIBekerja
Shadows Of Trade Rafizi S Razor Sharp Rebuttal To Tengku Zafrul

Shadows Of Trade Rafizi S Razor Sharp Rebuttal To Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 216 hits
THE signing of the Malaysia US Agreement on Reciprocal Trade on Oct 26 2025 had ignited a firestorm that is not going to go away that soon Beneath the ceremonial smiles and dances of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and US President ...
3 Cabinet Posts Up For Grabs With A 4th To Go Vacant When Tengku Zafrul S Senatorship Expires On Dec 2

3 Cabinet Posts Up For Grabs With A 4th To Go Vacant When Tengku Zafrul S Senatorship Expires On Dec 2

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 215 hits
WITH at least four vacancies stacking up Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim maybe left with little choice but to embark on a Cabinet reshuffle after the 17th Sabah state election on Nov 29 This came about after UPKO president Datuk Ewo...
Tariff Exemptions Cover 12 Of Exports To Us Says Tengku Zafrul

Tariff Exemptions Cover 12 Of Exports To Us Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 206 hits
Key export products covered include palm oil rubber cocoa aerospace equipment and pharmaceuticals Tengku Zafrul Aziz said the reciprocal trade agreement would also benefit Malaysian industries by lowering import tariffs on US goods KUALA LU...
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 298 hits
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke AS Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul KUALA LUMPUR 26 Okt Sehingga 1 711 produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat akan menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus di bawah Perja...
Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 231 hits
Mahfuz OmarLucu juga apabila ada kerajaan negeri yang masih gagal menguruskan sampah air dan banjir di tempat mereka tiba tiba mahu bercerita tentang kedaulatan ekonomi global Perjanjian di antara Kuala Lumpur dan Washington yang mereka bim...
Prn Sabah 2025 Siapa Yang Untung Siapa Yang Rugi

Harumkan Nama Malaysia Aiman Ridhwan Juara 1st International Qira At Competition 2025

Ikan Bakar Terangkat Sungai Merab Kajang Where Fresh Grilled Seafood Meets Authentic Malaysian Flavors

Matematik Mode On

Tiket Sehala Survival Thriller Baharu Angkat Kisah Benar Mangsa Penipuan Kerja Luar Negara

Minat Baking Tapi Tak Sempat Ambil Tempahan Jom Niaga Tepung Premix Home Made

Penglihatan Kreatif Menyentuh Dimensi Otak Kanan

Okr Efisiensi Energi Untuk Perusahaan Berkelanjutan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Dinner Recipes Veg For Weight Loss

Dup Dap

Tangisan

Menu Masakan Weekend

Childhood Dream

Rasto Garlic Cheezy Untuk Peminat Garlic Bread