Arsenal Terus Buruan Chelsea Cemas



PEMAIN Arsenal meraikan jaringan ketiga mereka dalam perlawanan menentang Leicester City di Stadium Emirates, London. - Foto ReutersArsenal terus buruan, Chelsea 'cemas'


PARIS: Di sebalik jadual padat selepas mengharungi 10 kemenangan berturut-turut, Arsenal meneruskan pemburuan menjulang trofi Liga Europa apabila berkunjung ke Sporting Lisbon, awal pagi Jumaat ini.



Begitupun, berita kurang baik buat seteru tetangga London, Chelsea yang mungkin kehilangan pemain paling berpengaruh, Eden Hazard ketika menanti kunjungan BATE Borisov dari Belarus.



Selepas melengkapkan deretan 10 kemenangan ketika melayan Leicester dalam kempen Liga Perdana Inggeris, semalam, skuad kendalian Unai Emery menjadi pasukan tumpuan dalam Kumpulan E.









Arsenal dan Sporting berkongsi enam mata selepas dua perlawanan manakala kelab Azerbaijan, Qarabag dan kelab bergelut dari Ukraine, Vorskla masih belum meraih mata.



Sporting ketika ini menghuni tangga kelima liga Portugal, ketinggalan empat mata daripada puncak liga dengan bekas bintang Manchester United, Nani menjaringkan tiga gol daripada tujuh perlawanan.



Jika Arsenal memerlukan alasan betapa peluang mereka untuk menjulang trofi Liga Europa, mereka tidak perlu melihat terlalu jauh.



Ketika mengendalikan kelab Sepanyol, Sevilla pada 2013 hingga 2016, Emery mengetuai kelab itu menjulang tiga kejuaraan Liga Europa berturut-turut.



“Kami mula bermain menggunakan hati,” kata Emery selepas skuad kendaliannya terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-1 ke atas Leicester.



Sporting yang menang 2-1 ke atas Loures di gelanggang lawan dalam kempen Piala Portugal dengan gol dijaringkan Nani dan Bruno Fernandes sepatutnya lebih bertenaga berbanding Gunners apabila perlawanan terakhir mereka berlangsung pada Sabtu.



Selepas menang kedua-dua perlawanan pembukaan Kumpulan L, juara 2013 Chelsea menghampiri pusingan berikutnya dengan kemenangan ke atas BATE sekali pun tanpa khidmat Hazard.



Perancang Belgium itu berkata dia menerima begitu banyak terjahan ketika Chelsea mengikat Manchester United 2-2, minggu lalu yang menyebabkannya terlepas aksi bertemu BATE dengan masalah belakang.



“Apabila saya bangkit daripada tidur pada Isnin, saya masih lagi merasa kekejangan. Malah ketika babak kedua permainan saya tidak boleh memecut dengan baik,” kata Hazard. - Reuters



Jadual perlawanan



Kumpulan A: Zurich mln Leverkusen, AEK Larnaca mln Ludogorets, 12.55 tgh mlm

Kumpulan B: Salzburg mln Rosenborg, Leipzig mln Celtic, 12.55 tgh mlm

Kumpulan C: Zenit Saint Petersburg mln Bordeaux, Kobenhavn mln Slavia Praha, 12.55 tgh mlm

Kumpulan D: Anderlecht mln Fenerbahce, Spartak Trnava mln Dinamo Zagreb, 12.55 tgh mlm

Kumpulan E: Qarabag mln Vorskla, Sporting CP mln Arsenal, 12.55 tgh mlm

Kumpulan F: AC Milan mln Real Betis, Dudelange mln Olympiacos, 12.55 tgh mlm

Kumpulan G: Rangers mln Spartak Moscow, Villarreal mln Rapid Vienna, 3 am

Kumpulan H: Eintracht Frankfurt mln Apollon, Marseille mln Lazio, 3 am

Kumpulan I: Sarpsborg mln Malmo, Besiktas mln Genk, 3 am

Kumpulan J: Standard Liege mln Krasnodar, Sevilla mln Akhisar, 3 am

Kumpulan K: Jablonec mln Astana, Rennes mln Dynamo Kiev, 3 am

Kumpulan L: Chelsea mlnv BATE Borisov, PAOK mln Vidi, 3 am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/10/arsenal-terus-buruan-chelsea-cemas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Kutu Lambat Bayar Terus Ke Rumah Dia Aku Tergamam Lihat Apa Yang Suami Dia Buat

Duit Kutu Lambat Bayar Terus Ke Rumah Dia Aku Tergamam Lihat Apa Yang Suami Dia Buat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 823 hits
Assalamualaikum dan hai kepada admin Aku nak share tapi bukan masalah rumah tangga Aku nak share pasal keinsafan aku ni hehe Aku ni peniaga online dan mak kutu online Selama 2 tahun lebih aku jadi mak kutu ni Ni kes pertama yang betul betul...
Air Paip Selamat Untuk Terus Diminum Menteri

Air Paip Selamat Untuk Terus Diminum Menteri

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 350 hits
Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar memberi jaminan bahawa air paip di negara ini selamat untuk terus diminum Menurut beliau jika ada masalah ia bukan berpunca daripada loji rawatan air Memang air yang keluar dari paip b...
Harga Minyak Dunia Terus Naik Dipicu Kekhawatiran Pasokan Iran Dan Saudi

Harga Minyak Dunia Terus Naik Dipicu Kekhawatiran Pasokan Iran Dan Saudi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 348 hits
Minyak mentah AS West Texas Intermediate untuk pengiriman November naik USD 0 14 menjadi menetap di USD 71 92 per barel di New York Mercantile Exchange
Saifuddin Kerajaan Yakin Akan Terus Juarai Isu Negara Islam

Saifuddin Kerajaan Yakin Akan Terus Juarai Isu Negara Islam

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan yakin akan terus menjuarai isu isu negara Islam dan negara negara kecil dari sudut berbeza menerusi konsep Muslim demokrat Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata bahawa walaupun terdapat kaedah kaedah sedia ada ...
Kafa Lancar Tabung Khas Pasukan Terus Bernyawa Musim 2019 2020

Kafa Lancar Tabung Khas Pasukan Terus Bernyawa Musim 2019 2020

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 396 hits
Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan pada Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Kelantan pada Sabtu Foto kredit Kafa Persatuan Bola Sepak Kelantan melancarkan tabung khas bagi memastikan bola sepak negeri itu terus bernyawa Krisis kewangan ...
Ahli Kickboxing Wanita Yang Mengandung Tetapi Tekad Untuk Terus Berlatih

Ahli Kickboxing Wanita Yang Mengandung Tetapi Tekad Untuk Terus Berlatih

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 329 hits
Walaupun kandungannya mencecah 7 bulan wanita ini terus berlatih sukan kickboxing tanpa menghiraukan keadaan bakal bayinya Dia adalah Crystal Green iaitu juara dunia karate serta kickboxing Apa apa pun dia tidak patut lakukan semua ini
Anda Minum Air Terus Dari Paip Macam Menteri

Anda Minum Air Terus Dari Paip Macam Menteri

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 363 hits
Ketika menekankan betapa selamat air paip untuk diminum terus Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jeyakumar berkata beliau sendiri dari paip Malaysiakini kemudian mengadakan tinjauan di Facebook serta bertanya kepada sejumlah anggot...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zlenir Headquarter A Bold Vision By Urbanjobs For Contemporary Office Spaces

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Judiciary Is Not A Playground Of Partisan Preferences

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Majlis Ilmu Azan Hafazan

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko