Kawasan parkir berbayar. Saya tak tahu berapa caj parkir sebab dah termasuk dalam pakej day trip Fuji
Awal-awal lagi dah kena mendaki anak tangga
Sampai di dataran pertama, ada sebuah kuil. Masa ni saya dah mula teruja melihat dedaun musim luruh dengan pelbagai warna! Cantik sungguh daun maple berwarna merah terang ni
MasyaAllah indah sungguh warna dedaun musim luruh 😍
Dek terlalu teruja, asyik sungguh saya memotret sana sini
Indah lukisan alam. Terima kasih Allah yang memberi kurnia nikmat dapat saya menatap keindahan di sini. Saya rasa sangat seronok
Mendaki 398 anak tangga sambil menikmati keindahan alam
Menurut Encik M, ketika ini sudah pun berada di penghujung musim luruh - peralihan ke musim sejuk. Dedaun tak begitu cantik, sudah mulai kering. Tapi apa yang ada di hadapan mata saya ini semuanya dah terlalu cantik. Maklumlah, saya baru pertama kali ke luar negara pada musim luruh. Pengalaman pertama yang mengujakan
Selain mendaki anak tangga, kita juga boleh memilih naik menggunakan laluan biasa. Jadinya selepas beberapa ketika mendaki anak tangga, saya dan Encik Suami memilih untuk menggunakan laluan biasa. Lebih tenang sebab tak ramai pengunjung lalu ikut jalan ni
Ada hutan di tepi laluan, kita berhenti sekejap merakam memori di sini
Pukul 2.05 petang, kami tiba di Chureito Pagoda. Inilah pagoda dalam foto ikonik yang saya nyatakan di awal entri. Bagi mendapatkan sudut pandang seperti dalam foto ikonik tersebut, kita perlu teruskan mendaki ke atas sedikit lagi menuju ke Observation Deck
Laluan ke Observation Deck - jalan depan sikit dan ambil laluan sebelah kiri. Kalau jalan terus lagi, boleh sampai ke puncak Gunung Arakura.
Peta panduan kawasan Arakurayama Sengen Park. Klik foto untuk paparan lebih jelas
Pemandangan menarik bandar Fujiyoshida di sebelah kanan laluan
Fuh! Akhirnya sampai jua kami di Observation Deck
Pemandangan Gunung Fuji yang silau dek cahaya matahari, pagoda merah dan pokok sakura yang belum berbunga 😂. Beginilah hasil 'foto ikonik' saya. Tak dapat cantik macam foto ikonik yang biasa saya lihat, tapi dapatlah merasa sendiri pengalaman berada di sini
Sesak di bahagian atas tempat saya berdiri. Jadi susah nak dapatkan sudut yang cantik untuk memotret. Di bahagian atas satu lagi - berderet tripod besar mungkin sedang menanti detik yang sesuai bagi mendapatkan hasil foto terbaik
Jomlah kita turun. Eh, cantik pemandangan semasa nak turun
Perjalanan balik kami menggunakan tangga sepenuhnya. Sesekali kami berhenti untuk menikmati pemandangan indah di hadapan mata. Kalau sambil melangkah sibuk tengok pemandangan, boleh tergolek ke bawah 😅
Gunung Fuji yang mempesona
Tak jemu pandang dan tak jemu memotret si Fuji|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |