Arak Dijual Depan Masjid Bilal Kl Di Pasaraya Milik Dap Ulas Subky Latif


OlehSubky Latif
ORANG bukan sekadar mengadu kepada polis. Kepada penulis pun mereka mengadu.

Telah mengadu pengguna kepada saya, pasar raya yang baru seminggu beroperasi di depan Masjid Bilal bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa Satu, Kuala Lumpur dikatakan menjual arak.

Saya sampaikan kesangsian itu kepada wakil masjid supaya ia disiasat.

Jamaah yang mendengar berkongsi kesangsian dan berkata, syarikat pasar itu dikatakan milik DAP yang banyak rangkaiannya di Kuala Lumpur.

Jamaah itu mungkin ada maklumat tentang penjualan arak itu. Saya tidak ada maklumat dan saya kurang upaya untuk membuat penyiasatan.

Pasar kepunyaan orang Cina itu menggaji kebanyakannya orang Melayu.

Perniagaan itu memberi peluang pekerjaan kepada orang Islam. Ada baiknya perhubungan kaum yang amat ditekankan oleh negara. Dari satu segi syarikat bukan Islam, Cina berbudi dengan orang di kawasan penduduk Islam dan di depan masjid pula. Boleh makmur Islam olehnya.

Tetapi penjualan arak haram di sisi Islam. Ia adalah produk yang Allah laknat. Yang dilaknat bukan sekadar yang mencekiknya, semua yang terlibat dilaknat belaka – dari menyediakan bahan arak, mengilang, menjual, membekal botol, pengedar, pelayan dan juru jual pikul dosa laknat.

Amat sayang gadis-gadis Melayu yang tidak berdosa, dapat pekerjaan di kedai menjual arak pula, menjadi orang berdosa.

Wajarlah masyarakat seluruhnya, Rukun Tetanga, masjid dan lain-lain peka dan mengingatkan supaya arak jangan dijual. Rukun Tetangga dan masjid mesti menyiasat betulkah yang disangsikan itu? Ia adalah bagi membebaskan penduduk Islam Taman Koperasi Polis selamat dari laknat dan dosa. Jika betul ada arak dijual, semuanya membiarkan saja, juru jual kena dosa laknat, penduduk kena dosa laknat dan ahli masjid, imam dan bilal terpalit laknat sama.

Maka setiap masyarakat pengguna kena siasat kebimbangan itu supaya peniaga tidak jadi mangsa fitnah. Ia telah mengeluarkan modal besar. Tidak selesalah hubungan peniaga dan pengguna tidak harmoni.

Tiada yang dapat dibuat jika betul arak dijual dekat masjid itu. Tiada larangan di luar Kelantan dan Terengganu premis perniagaan bukan Islam menjual arak. Yang dikatakan Negara Islam Malaysia tidak melarang arak dijual dan diedar asalkan jangan memandu.

Apa orang masjid boleh buat, jika arak dijual, minta peniaga cari untung dari perniagaan lain, jangan cari untung dari arak. Rayu ia keluarkan arak, kalau tidak ia dicampakkan ke laut Selat Melaka, lambakkan semua di rumah peniaga untuk mereka minum hingga pecah perut.

Penjulan arak tidak salah dari undang-undang. Ia tiada peduli Islam, tiada menjaga harmoni kaum dan boleh dikira bebal orang Islam.

Jika boleh pasar itu timbangkan rayuan mengeluarkan arak dari raknya.

Jika ia tidak dengar, apa hendak buat? Tiada apa yang boleh dibuat melainkan berdoa moga-moga Allah tutup perniagaannya. Adakah Allah redha sekadar membantah dalam hati?

Yang kata ia perniagaan DAP, tiada larangan bagi siapa berniaga termasuk DAP. Jika ia taja perbankan Islam, takaful dan buka travel agensi mengendali umrah tiada larangan. Tiada salah DAP Perak buka pasar raya depan masjid dan DAP Selangor anjur korban murah/umrah murah.

Yang pengguna Koperasi Polis mahu jangan jual arak tepi masjid! Jika DAP boleh bida MAS tanpa penerbangan arak, orang Melayu nescaya kasih pada DAP. Pasar tanpa arak kecil bagi DAP. Tapi Malaysia tanpa arak, tanpa rasuah? – HARAKAHDAILY 12/7/2019
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/arak-dijual-depan-masjid-bilal-kl-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Fakta Penembakan Di Depan Masjid Prancis

Fakta Fakta Penembakan Di Depan Masjid Prancis

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 231 hits
Penembakan masjid di Prancis menewaskan dua korban dan satu pelaku Begini kronologi selengkapnya
Kpk Dikabarkan Geledah Rumah Diduga Milik Komisaris Bank Jatim

Kpk Dikabarkan Geledah Rumah Diduga Milik Komisaris Bank Jatim

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 221 hits
Petugas KPK datang sekitar pukul 11 00 WIB dan baru meninggalkan rumah yang diduga milik pejabat yang pernah menjabat Kepala Bappeda Jatim itu pada pukul 15 00 WIB
Perusahaan Asal Hong Kong Tertarik Beli Saham 2 Ruas Tol Milik Anak Usaha Bumn

Perusahaan Asal Hong Kong Tertarik Beli Saham 2 Ruas Tol Milik Anak Usaha Bumn

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 232 hits
Direktur Utama PT Waskita Toll Road Herwidiakto memastikan akan menjual dua ruas tolnya pada tahun ini yakni Solo Ngawi dan Ngawi Kertosono Sejauh ini sudah ada yang menyatakan minatnya untuk membeli kedua jalan tol tersebut
Rumpon Ilegal Diduga Milik Malaysia Terciduk Di Perairan Ambalat

Rumpon Ilegal Diduga Milik Malaysia Terciduk Di Perairan Ambalat

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 197 hits
Sejak Januari hingga Juli 2019 sebanyak 81 rumpon ilegal yang terdiri dari 76 milik warga Filipina dan 5 milik warga Malaysia berhasil ditertibkan oleh Kapal Pengawas Perikanan KKP
Kapal Kargo Bawa Kokain Milik Jpmorgan

Kapal Kargo Bawa Kokain Milik Jpmorgan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 374 hits
Kapal kargo bawa kokain milik JPMorgan Dikemas kini 8 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Jul 2019 11 55PM
Jom Viral Ab Autopart Kedai Sparepart Kereta Dan Motor Milik Bumiputera Islam Sabah

Jom Viral Ab Autopart Kedai Sparepart Kereta Dan Motor Milik Bumiputera Islam Sabah

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 985 hits
Assalamualaikum dan Aramaiti Sabahan MENJUAL BARANGAN SERVIS DAN ALAT GANTI KERETA MOTOSIKAL ADAKAH ANDA YANG TINGGAL DI SEKITAR KOTA KINABALU INANAM PENAMPANG MENGGATAL TELIPOK SEPANGGAR TUARAN SEDANG TERCARI CARI KEDAI BARANGAN SPAREPART ...
Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam dua akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 2014 dan 2015 bukan milik Yayas...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Doa Agar Amal Diterima Dan Taubat Diterima Teladan Dari Nabi Ibrahim Dan Ismail

Video Pembongkaran Operasi Sindiket Geng Kartel Jual Air Dan Belon

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Intense Rainfall Triggers Flash Floods In Selangor Impacting Four Areas