Pas Tetap Bersama Parti Liberal Bersatu Dan Abang Besar Gelakan


 


Kenyataan Media


PAS KEKAL BERSAMA PN. 


Sebagai jurucakap kerajaan, Menteri Komunikasi YB. Fahmi Fadzil seharusnya bersikap lebih telus dan tidak terus syok sendiri dengan permainan persepsi serta fitnah untuk memburukkan pesaing politik Putrajaya, terutama PAS.


Kenyataan terbarunya mengenai "kemungkinan" PAS menyertai kerajaan kerana kononnya "ada banyak perbincangan sedang berjalan" adalah imaginasinya sendiri dan tidak ada kaitan dengan PAS atau realiti politik.


Jelas ia bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menimbulkan persepsi buruk terhadap PAS, terutama dalam kalangan pengundi di DUN Sungai Bakap yang bakal memilih wakil rakyat baharu pada 6 Julai depan. Justeru ahli-ahli dan penyokong PN tidak harus terperangkap dengan politik dan publisiti murahan pemimpin PH ini.


Tanpa kejayaan yang boleh dibanggakan, selain berdepan dengan banyak cabaran kerana dasar-dasar yang cacamarba, termasuk kecamuk dan rasa tidak senang rakyat ekoran kelemahan kerajaan terutamanya dalam mengendalikan kesan langkah penyasaran harga diesel, Fahmi nampaknya berasa perlu untuk mengalihkan perhatian orang ramai kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN) dengan isu yang tidak berbangkit sama sekali.


Dalam pada itu, "rundingan" yang disebut oleh menteri berkenaan, terutama antara Menteri Besar negeri-negeri yang diketuai PAS dengan Perdana Menteri adalah rundingan biasa berkait urusan pentadbiran pusat-negeri dalam sebuah negara persekutuan. Amat memalukan seorang bertaraf Menteri tidak dapat memahami antara politik dengan pentadbiran, apatah lagi konsep Federalisma.


Suka ditegaskan bahawa PAS tetap kekal bersama gabungan serta kerjasama PN dan iltizam ini telah disebut sebelum ini oleh Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Ulama PAS YB. Dato’ Ahmad Yahya.


Perlu juga ditegaskan bahawa PAS bukan seperti parti-parti dalam gabungan kerajaan yang sering mengubah janji dan pendirian mereka ketika sebelum pilihan raya dan selepasnya atau pada bila-bila masa lain yang perlu apabila tersepit dengan keadaan.


Maaf Fahmi, PAS tetap bersama PN.


Terima kasih.


TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 23 Jun 2024






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/pas-tetap-bersama-parti-liberal-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Malu Besar Parti Bersatu Dan Pas Banyak Kes Rasuah

Mahathir Malu Besar Parti Bersatu Dan Pas Banyak Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 361 hits
Oleh Adam MalikPasti ramai orang sudah sedar lidah Tun Mahathir sudah tidak bermain lagi dengan kenyataan pencuri penyamun perompak terhadap umno dan pemimpin umno Ini kerana kes 1MDB bukan mendedahkan Datuk Seri Najib Razak sebalik nya men...
Tak Payah La Pi La Hangpa Join Dengan Parti Sekular Bersatu Parti Kami Sakaw

Tak Payah La Pi La Hangpa Join Dengan Parti Sekular Bersatu Parti Kami Sakaw

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 325 hits
Ini baru 3 contoh Ada beratus2 lagi ahli dan penyokong Pas kat Sg Bakap yg berpendirian sama Bukan shj di Sg Bakap kat tempat2 lain pun ramai yg sudah nampak tambah2 kat Perlis depa kata Pas muhong Ramai yg sudah boleh membezakan antara ker...
Bersatu Sedia Lawan Semula Di Dun Nenggiri Adakah Pas Mahu Menunggu Pengkhianatan Berulang

Bersatu Sedia Lawan Semula Di Dun Nenggiri Adakah Pas Mahu Menunggu Pengkhianatan Berulang

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 415 hits
Saiful NizamPengumuman kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah sekali lagi membuka ruang untuk kita menilai integriti dan keikhlasan Bersatu...
Pimpinan Bersatu Tidak Ikut Berkempen Bersama Calon Pas Di Sungai Bakap

Pimpinan Bersatu Tidak Ikut Berkempen Bersama Calon Pas Di Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 665 hits
MEMASUKI kurang seminggu untuk membuang undi bagi pengundi pengundi di PRK DUN Sungai Bakap jentera jentera PAS daripada seluruh Malaysia telah dikerahkan untuk turun membantu berkempen di Sungai Bakap Namun yang menjadi kemusykilan adalah ...
Perangai Hipokrit Pn Pas Bersatu Asal Sokong Mereka Semua Ok

Perangai Hipokrit Pn Pas Bersatu Asal Sokong Mereka Semua Ok

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 237 hits
Wow tak sangka Sinar Harian bebetul pickup Thanks Sinar Ini macam la baru betul nampak balance
Kerjasama Parti Resipi Tawan Putrajaya Pas Beritahu Dr M

Kerjasama Parti Resipi Tawan Putrajaya Pas Beritahu Dr M

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 374 hits
freemalaysiatoday com 29 Jun 2024 08 00 PMPAS berkata tiada parti boleh bentuk kerajaan persekutuan bersendirian tidak kira dalam gabungan PN BN atau PH Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Dr Mahathir Mohamad setiap part...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah