Arabian Village Pembekal Dan Pengedar Makanan Sunnah


Hi Korang,
Selalu kite citer-citer makanan hipster jer kan, so entry kali ni lain sket yer, still berkisar mengenai makanan tapi makanan Sunnah 
Apa Itu Makanan Sunnah? 
Makanan Sunnah merupakan makanan dan minuman yang Rasullah SAW mengamalkannya setiap rutin harian baginda yang mana ianya halal mengikut syariat dan berkhasiat. Beberapa jenis makanan kegemaran Rasulullah SAW iaitu air zam zam, kurma, kekacang, kismis, minyak zaitun, madu, cuka kurma dan pelbagai lagi. 
Selalunya kita makan makanan Sunnah ni di bulan Ramadan iaitu kurma sewaktu berbuka, kemudiannya ada rakan disekeliling kita pulang dari umrah dan haji, mereka hidangkan air zam zam dan kekacang apabila kita menziarahi mereka, so far itu jer yang kak lily perasan pengambilan makanan sunnah ini, betul ke tak ek? 
Mostly ramai orang akan kata alah susahlah nak dapatkan makanan sunnah ni, tak banyak tempat ada. Ermm online pun payah. Eh jangan begitu yer, sini kak lily kongsikan dengan korang ada satu lokasi yang menawarkan pelbagai jenis makanan sunnah ini. 

ARABIAN VILLAGE Di KL Traders Square 
Kalau korang nak tau yang Arabian Village adalah pengimport utama produk-produk dari TimurTengah terutamanya Arab Saudi, Syria, Palestine, Tunisia, Turkey dan Dubai. 
Arabian Village dibuka oleh pengasasnya, Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim, 34 tahun, pada tahun 2019 dengan tujuan untuk mempromosi dan menggalakkan pemakanan sunah di kalangan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunah dan produk-produknya
 
Kak lily sempat ke sini hari tuh bersama rakan-rakan bloggers untuk melihat sendiri lebih daripada 3000 produk yang di tawarkan di Arabian Village ini. 
Bila masuk-masuk tuh, tercuim bau wangian Bakhoor yang di nyalakan, seakan-akan kita berada di Kota Madinah yang penuh dengan ketenangan dan mendamaikan. Eh betul lah, kan kak lily pernah pi dulu terus teringat-ingat kembali segala kenangan di sana semasa mengerjakan umrah. 
Produk 'SIGNATURE' Di Arabian Village 
Kak lily kongsikan kepada korang beberapa produk ‘signature’ yang terdapat di Arabian Village ini di antaranya seperti: 
Madu 

Pelbagai jenis madu terutamanya Madu Sidr dari Yemen yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan imuniti badan. Turut mengeluarkan madu 'kesuburan' yang diformulasikan sendiri. 



Selain dari dapat meningkatkan kesuburan dan terbukti berkesan buat mereka yang mahu mendapatkan zuriat, madu ini juga sesuai buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mahu menyeimbangkan hormon badan. 


Memang sedap madu ini, ada bahan istimewa di dalamnya termasuk kekacang yang enak. 
Kurma 

Terdapat hampir 50 jenis kurma (jenis yang kering dan basah) yang diimport terus dari Madinah, Palestine, Tunisia dan UAE. Kurma Ajwa yang juga dikenali sebagai 'kurma nabi' boleh didapati di Arabian Village pada harga yang sangat berpatutan. 


Tengok kurma Medjoul ni, besar betul tapi lembut isinya. 
Roasted nuts atau kekacang dan Dried Fruits





Ianya dipanggang sendiri, lebih segar, sedap dan rangup. Sepanjang berada di dalam kedai ni, asyik mengunyah kacang jelah ktorang kan
Homebaked bread 

Terdapat 20 jenis roti yang dibakar setiap 2 jam dan Garlic Bread adalah antara yang hot selling. Seriously sedap kalau di makan begitu sahaja ataupun di cicah dengan Tahiti 
Syrian Baklava 

Manisan mewah dari negara Timur Tengah yang diisi dengan kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai lagi. 
PRODUK- PRODUK LAIN DI ARABIAN VILLAGE 
Barangan kelengkapan rumah seperti :- 
Bakhoor, terapi aroma tradisi Islam



Pewangi rumah yang dibuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala, kayu agar dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Ia juga adalah sunnah kerana Rasulullah suka berbakhoor. 
Minyak wangi dari negara Timur Tengah




Diperbuat dari bahan-bahan alam semulajadi seperti kayu gaharu, bunga-bungaan dan pelbagai lagi. Ianya tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama. 
arabic gum

cuka kurma






Arabian Village turut mengeluarkan produk makanan jenama sendiri iaitu minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima, dan pelbagai barangan lagi (25 jenis produk). 
Seronoknya Membeli Belah Di ARABIAN VILLAGE 
Memang betul terdapat 3000 produk di Arabian Village dari pelbagai jenama sampai kak lily pening nak buat pilihan yang mana satu, di tambah lagi dengan suasana kedai selesa dan bersih sesangat best bershopping di sini. 
salami pun ade
nampak roti cicah minyak zaitun
kemain comey Baker ni ek
Yang best tuh boleh rasa sebelum memilih macam kekacang, kurma jadi kita boleh buat buat pilihan yang mana satu kesukaan kita. Staff sangat friendly. Khidmat nasihat berkaitan produk turut diberikan secara PERCUMA. 
Pastinya harga sangat berpatutan, tak delah mahal melampau kan walaupun di import dari luar negara. 
Terdapat juga perkhidmatan 'one day delivery service' turut disediakan, hanya telefon untuk membuat pesanan dan mereka akan hantar mengikut alamat yang di berikan. 


Kalau tak sempat nak pi jangan bimbang, boleh memesan Secara on-line di www.arabianvillage.my. Kesemua produk ada di website ini juga dan sistem pembayaran mudah melalui SenangPay dan Paypal. 
Jom kita ke : 

ARABIAN VILLAGE 95-G Block E 289 Kuala Lumpur Traders Square Jalan Gombak, Kuala Lumpur. NO. TEL: 011-1111 9585 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
IG Arabianvillagemy 
FB Arabian Village Malaysia 
WEBSITE www.arabianvillage.my


jual kurma muda di malaysia pengedar kurmakurma ajwa malaysiakurma malaysiakismis murah di kl



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/01/arabian-village-pembekal-dan-pengedar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arabian Village The Sunnah Food Haven

Arabian Village The Sunnah Food Haven

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 307 hits
Arabian Village The Sunnah Food Haven Nowadays I realised that more and more Middle Eastern grocery stores and stores opening on our shore Of course we have so many Middle Eastern friends now may they be as students or skilled workers And t...
Madu Subur Di Arabian Village

Madu Subur Di Arabian Village

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 470 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan tentang madu Madu ye pembaca kesayangan bukan bermadu Bermadu itu lain tapi madu Yes semua orang suka kan Walaubagaimanapun madu yang ingin Misz ella kongsikan di sini bukan lah madu...
Arabian Village Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

Arabian Village Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 582 hits
Arabian Village Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini Assalamualaikum semua Ya Habibi Ya Maulana Apa khabar pembaca sekalian Harap harap semuanya sihat sejahtera la ye Mana mana yang terjejas dengan dugaan awal tahun ni sepe...
Everything Pack Is By Vendor Not By Rider Pelanggan Marah Makanan Tak Cukup Terus Terkedu Abang Panda Speaking Balik

Everything Pack Is By Vendor Not By Rider Pelanggan Marah Makanan Tak Cukup Terus Terkedu Abang Panda Speaking Balik

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 281 hits
106 total views 106 views today Kerjaya sebagai penghantar makanan yang semakin popular hari sebagai sumber pendapatan tambahan sememangnya sangat mencabar Bukan sahaja rider harus bertarung nyawa di atas jalan raya untuk menghantar makanan...
Stok Logistik Habis Pasien Covid 19 Di Mukomuko Butuh Beras Hingga Makanan Ringan

Stok Logistik Habis Pasien Covid 19 Di Mukomuko Butuh Beras Hingga Makanan Ringan

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 237 hits
Gudang logistik di Dinas Sosial setempat saat ini hanya memiliki persediaan berupa terpal kecap dan baju bekas untuk korban bencana alam di daerah ini Dan tidak mungkin instansinya memberikan bantuan terpal kepada warga yang terpapar Covid ...
Hanya Ambil Makanan Diyakini Halal Mufti Kedah

Hanya Ambil Makanan Diyakini Halal Mufti Kedah

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang Foto ihsan Jabatan Mufti Kedah ALOR SETAR Umat Islam perlu meninggalkan makanan diragui atau syubhah dan hanya mengambil yang diyakini halal kata Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang Katanya Islam...
Rezeki Halal Atas Jalan Waris Cuba Jadi Penghantar Makanan Ramai Bagi Sokongan

Rezeki Halal Atas Jalan Waris Cuba Jadi Penghantar Makanan Ramai Bagi Sokongan

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 217 hits
Mencari rezeki bukanlah sesuatu perkara yang mudah Ia memerlukan usaha yang tinggi dan doa selain daripada sumber yang dijamin halal Beberapa hari lalu penyanyi rap Muzzammil bin Alias atau lebih dikenali dengan gelaran Waris memuat naik ga...
Teringin Nak Makan Chinese Food Jom Dapatkan Makanan Cina Terbaik Mampu Di Sini

Teringin Nak Makan Chinese Food Jom Dapatkan Makanan Cina Terbaik Mampu Di Sini

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 653 hits
Teringin Nak Makan Chinese Food Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Malaysia cukup dikenali dengan pelbagai bangsa Daripada pelbagai bangsa wujudlah pelbagai jenis makanan di negara kita Jadi tidaklah pelik jika kita katakan negara ki...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa