Aquaria Klcc Destinasi Menarik Untuk Cuti Sekolah Peminat Haiwan Akuatik


Aquaria KLCC: Destinasi Menarik untuk Cuti Sekolah & Peminat Haiwan Akuatik!
Aquaria KLCC adalah salah satu destinasi tarikan pelancong yang cukup terkenal di Kuala Lumpur, Malaysia. 
Terletak di bangunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Aquaria KLCC menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka keajaiban dunia bawah laut. 
Untuk peminat akuatik, destinasi ini tidak boleh anda lepaskan. Manakala, bagi ibu bapa yang tercari-cari destinasi menarik untuk bawa anak-anak bercuti, Aquaria KLCC adalah pilihan yang ideal. 
Sumber: Klook Aquaria KLCC Aquaria KLCC telah dibuka secara rasmi pada tahun 2005 selepas dua tahun pembinaannya yang bermula pada tahun 2003. 
Akuarium ini meliputi kawasan seluas 60,000 kaki persegi (5,600 meter persegi) dan terdiri daripada dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter. 
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke sini, anda akan disambut dengan pemandangan menakjubkan pelbagai spesies hidupan akuatik yang berenang bebas dalam tangki gergasi yang direka khas untuk menyerupai habitat semula jadi mereka.
Akuarium ini mempamerkan lebih daripada 5,000 spesies hidupan laut dan air tawar dari seluruh dunia!
Sumber: Aquaria KLCC  Lokasi Strategik dan Mudah Diakses Aquaria KLCC terletak di lokasi yang sangat strategik dan mudah diakses melalui pelbagai pengangkutan awam. 
Dengan terletaknya di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas yang ikonik serta pusat membeli-belah Suria KLCC. 
Pengunjung boleh sampai ke sini melalui LRT, bas, atau teksi, menjadikan ia pilihan yang ideal untuk pengunjung daripada pelbagai latar belakang. 
Pengunjung yang datang dari Suria KLCC atau Stesen LRT Putra boleh berjalan melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan terus ke Aquaria KLCC.
Sumber: Google Image Dari Bukit Bintang, anda boleh berjalan melalui laluan pejalan kaki yang dinaikkan dan sampai ke Pusat Konvensyen dalam masa kurang dari 5 minit.
Lokasinya yang strategik juga membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur sebelum atau selepas melawat Aquaria KLCC.
Tarikan Utama di Aquaria KLCC 1. Terowong Bawah Air (Living Ocean Tunnel) Salah satu tarikan paling ikonik di Aquaria KLCC ialah terowong bawah air sepanjang 90 meter. Pengunjung boleh berjalan melalui terowong kaca ini dan merasai pengalaman seolah-olah berada di dasar lautan. 
Anda akan dikelilingi oleh pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan yu, ikan pari dan pelbagai spesies ikan yang berwarna-warni. 
Sumber: Aquaria KLCC menjadikannya tempat yang sempurna untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan dunia bawah laut.
Terowong ini direka untuk memberikan pandangan 180 darjah, menjadikannya tempat yang sempurna untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan dunia bawah laut daripada sudut pandangan yang berbeza. 
2. Zon Evolusi (Evolution Zone) Zon ini membawa pengunjung menyelami sejarah evolusi hidupan laut, menampilkan pelbagai spesies hidupan akuatik yang telah berevolusi dari zaman prasejarah hingga ke hari ini. 
Di sini, pengunjung dapat mempelajari bagaimana hidupan laut telah berubah dan berkembang sejak berjuta-juta tahun yang lalu. 
Sumber: Aquaria KLCC Pameran ini menampilkan maklumat tentang fosil dan sisa-sisa purba untuk membantu pengunjung memahami perubahan yang berlaku daripada segi anatomi dan tingkah laku hidupan laut dari zaman ke zaman.
Zon Evolusi ini turut dilengkapi dengan pelbagai informasi dan paparan interaktif. Pengunjung boleh membaca maklumat yang disediakan di papan tanda dan skrin interaktif yang menerangkan proses evolusi dan ciri-ciri unik setiap spesies.
3. Hutan Banjir (Flooded Forest) Hutan Banjir adalah satu lagi tarikan menarik di Aquaria KLCC yang meniru ekosistem hutan hujan tropika yang banjir. 
Di sini, pengunjung dapat melihat bagaimana kehidupan dalam hutan hujan bertahan dan berkembang di dalam air. Pameran ini menampilkan pelbagai jenis tumbuhan akuatik dan daratan, termasuk pokok-pokok yang akarnya terendam di dalam air. 
Rekaan yang realistik ini memberikan pengalaman yang autentik dan mendalam kepada pengunjung, seolah-olah mereka berada di dalam hutan hujan yang sebenar.
Sumber: Aquaria KLCC Anda juga boleh melihat pelbagai jenis ikan air tawar, amfibia, reptilia, dan serangga yang hidup dalam ekosistem yang unik ini. Antara spesies yang sering mencuri tumpuan termasuk ikan arapaima yang besar, ikan keli, ikan pari air tawar dan pelbagai spesies kura-kura.
Selain pameran statik, Flooded Forest juga menawarkan aktiviti interaktif dan demonstrasi yang menarik. 
Pengunjung berpeluang menyaksikan sesi memberi makan haiwan dan demonstrasi oleh staf yang berpengetahuan, yang akan menerangkan lebih lanjut tentang tingkah laku dan diet hidupan hutan hujan. 
4. Kapal Karam (Shipwreck) Pameran Kapal Karam membawa pengunjung meneroka dunia bawah laut yang penuh misteri dan sejarah. Struktur kayu yang rosak, besi yang berkarat, dan penempatan artifak yang realistik menambah elemen keaslian kepada pameran ini. 
Pameran ini menampilkan replika kapal karam yang telah menjadi rumah kepada pelbagai spesies hidupan laut. 
Sumber: Myweekendplan Pengunjung boleh melihat ikan-ikan yang berenang di sekitar struktur kapal yang telah tenggelam, serta belajar tentang sejarah kapal karam dan bagaimana ia menjadi habitat penting bagi hidupan laut. 
Terdapat juga skrin sentuh yang menawarkan maklumat tambahan, video dokumentari tentang penyelaman ke kapal karam dan permainan edukatif yang membantu pengunjung memahami lebih lanjut tentang ekosistem laut.
Keindahan dan keunikan pameran ini menawarkan latar belakang yang menakjubkan untuk foto-foto anda.
5. Kolam Sentuh (Touch Pool) Kolam Sentuh adalah tarikan interaktif yang sangat popular dalam kalangan pengunjung terutamanya kanak-kanak. 
Di sini, pengunjung boleh menyentuh pelbagai spesies hidupan laut seperti tapak sulaiman, timun laut, ikan yu buluh dan ketam ladam. 
Sumber: Aquaria KLCC Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendidik pengunjung tentang kepentingan pemuliharaan hidupan laut dan bagaimana kita boleh menjaga ekosistem laut. 
Kolam Sentuh juga berfungsi sebagai alat pendidikan penting di Aquaria KLCC. 
Setiap sesi di Kolam Sentuh diiringi oleh staf yang berpengetahuan dan berpengalaman, yang sedia memberikan maklumat mengenai spesies yang terdapat di kolam tersebut. 
Mengapa Perlu Bawa Anak-anak Ke Aquaria KLCC?  Aquaria KLCC bukan sekadar tempat untuk melihat hidupan akuatik, tetapi juga pusat pendidikan yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif terutamanya untuk kanak-kanak. 
Semasa lawatan, pengunjung boleh menyertai sesi memberi makan ikan dan mempelajari lebih lanjut tentang diet serta tingkah laku pelbagai spesies hidupan laut. 
Sumber: Aquaria KLCC  Selain itu, terdapat juga pameran khas yang mendidik pengunjung tentang kepentingan pemuliharaan laut dan ekosistem akuatik.
Aquaria KLCC juga menyediakan program pendidikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. 
Mereka boleh menyertai bengkel dan aktiviti hands-on yang direka khas untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang hidupan laut dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Kemudahan dan Perkhidmatan di Aquaria KLCC Aquaria KLCC dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.  Terdapat kafe dan kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan barangan bertemakan laut. 
Selain itu, terdapat juga tempat letak kereta yang luas untuk pengunjung yang membawa kereta sendiri. Pengunjung juga boleh mengabadikan kenangan mereka di photo booth yang disediakan. 
Bukan itu sahaja, terdapat juga kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU) seperti laluan khas dan lif. Ini adalah bagi memastikan semua pengunjung dapat menikmati lawatan mereka dengan selesa. 
Sumber: Aquaria KLCC  Untuk pengalaman yang lebih eksklusif, Aquaria KLCC menawarkan pakej istimewa seperti menyelam bersama jerung atau tidur di bawah terowong akuarium. 
Aktiviti-aktiviti ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan peluang untuk berinteraksi lebih dekat dengan hidupan laut.
Sumber: Aquaria KLCC  Staf-staf yang mesra dan berpengetahuan juga sentiasa bersedia untuk membantu dan memberikan maklumat kepada pengunjung.
Tarikan Sekitar KLCC Selain Aquaria KLCC, terdapat banyak tarikan pelancong lain di sekitar KLCC yang boleh dikunjungi. Antaranya adalah Menara Berkembar Petronas, pusat membeli-belah Suria KLCC, Taman KLCC dan sebagainya.
Untuk mereka yang berminat dengan seni dan budaya, anda boleh berkunjung ke Petrosains dan Galeri Seni Nasional yang terletak tidak jauh dari sini.
Sumber: Pixabay Cadangan Tempat Makan Berdekatan Selepas menghabiskan masa di Aquaria KLCC, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan tempat makan yang terdapat di sekitar KLCC. 
Anda boleh berkunjung Pusat Beli-belah Suria KLCC untuk menikmati makanan pilihan anda. Terdapat pelbagai restoran dan kafe yang menyajikan makanan dari seluruh dunia, termasuk masakan tempatan Malaysia, Jepun, Itali, dan banyak lagi. 
Sumber: Suria KLCC Terdapat juga food court dengan pilihan yang lebih ekonomik tetapi tidak kurang enaknya.
Bagi mereka yang ingin menikmati suasana yang lebih mewah, restoran di hotel-hotel berdekatan seperti Mandarin Oriental dan Grand Hyatt Kuala Lumpur menawarkan pengalaman makan yang eksklusif.
Waktu Operasi Aquaria KLCC dibuka setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 8:00 malam, termasuk pada cuti umum. Kemasukan terakhir adalah pada pukul 7:00 petang. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada sebarang perubahan. 
Pengunjung biasanya memerlukan masa sekitar dua jam untuk meneroka seluruh akuarium ini. Tetapi mungkin boleh lebih lama lagi sekiranya ingin menyaksikan sesi memberi makan atau menyertai aktiviti interaktif.
Harga Tiket Harga tiket untuk Aquaria KLCC berbeza mengikut kewarganegaraan dan umur. 
Untuk warganegara Malaysia, harga tiket adalah RM52 untuk dewasa dan RM42 untuk kanak-kanak (3-12 tahun) serta warga emas (60 tahun ke atas). 
Bagi pelancong asing, harga tiket adalah RM75 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak dan warga emas. 
Bayi (2 tahun ke bawah) boleh masuk secara percuma.
Untuk memastikan setiap pengunjung dapat menikmati pengalaman yang terbaik, Aquaria KLCC juga menawarkan pelbagai pilihan tiket dan pakej istimewa.
Terdapat pakej keluarga, pakej sekolah, dan pakej korporat yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis pengunjung.
Cara Membeli Tiket Aquaria KLCC Anda boleh membeli tiket di pintu masuk Aquaria KLCC, tetapi bersedialah untuk beratur panjang semasa waktu puncak atau musim cuti. 
Pilihan yang lebih baik adalah membeli tiket secara dalam talian untuk mengelakkan beratur.
Selain daripada laman web rasmi, anda boleh mendapatkan tiket masuk ke Aquaria KLCC melalui KLOOK yang menawarkan potongan harga sehingga 30% daripada harga biasa!
Taip: Tiket Aquaria KLCC di Kuala Lumpur di kotak carian di bawah >> Search
Klook.com Penutup Dengan lokasinya yang strategik, koleksi hidupan laut yang pelbagai, program interaktif, kemudahan mesra pengunjung dan usaha pendidikan alam sekitar, Aquaria KLCC tidak diragukan lagi merupakan salah satu tarikan terbaik di Kuala Lumpur.
Bukan itu sahaja, dengan banyaknya tarikan lain di sekitarnya serta pilihan tempat makan yang menarik, lawatan ke Aquaria KLCC adalah pilihan ideal untuk setiap pengunjung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/aquaria-klcc/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=aquaria-klcc

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Tiket Aquaria Klcc Tips Dapatkan Diskaun Menarik

Harga Tiket Aquaria Klcc Tips Dapatkan Diskaun Menarik

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 270 hits
Harga Tiket Aquaria KLCC Destinasi Menarik untuk Cuti Sekolah Aquaria KLCC adalah salah satu destinasi tarikan pelancong yang cukup terkenal di Kuala Lumpur Malaysia Terletak di bangunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Aquaria KLCC menawarkan...
Bawa Anak Anak Ke Legoland Waterpark Sempena Cuti Sekolah

Bawa Anak Anak Ke Legoland Waterpark Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 221 hits
nbsp BAWA ANAK ANAK KE LEGOLAND WATERPARK SEMPENA CUTI SEKOLAH Bukan selalu dapat peluang untuk bawa anak anak kesini Ada rezeki kita bawaklah diorang Walaupun umi datang sambil bekerja tapi syukur itu rezeki untuk diorang pulak Selalu bawa...
Masanya Sudah Tiba Untuk Memulakan Detik Detik Yang Tidak Dapat Dilupakan Lagi Jom Kita Explore Destinasi Yang Menarik

Masanya Sudah Tiba Untuk Memulakan Detik Detik Yang Tidak Dapat Dilupakan Lagi Jom Kita Explore Destinasi Yang Menarik

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 171 hits
It s time for holidays Mark your calendar for this exciting event and discover your dream destinations with Berjaya Hospitality Group 26 28 July 2024 10 00 AM 9 00 PM Berjaya Times Square Kuala Lumpur Discover offers Link in bio https flyer...
Viral Guru Honorer Diberhentikan Di Hari Pertama Masuk Sekolah Ini Kata Dpr

Viral Guru Honorer Diberhentikan Di Hari Pertama Masuk Sekolah Ini Kata Dpr

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 98 hits
Salah netizen bercerita bahwa ditempat anaknya bersekolah SMP guru honorernya pun diberhentikan
Pakai Balik Baju Sekolah Awak Netizen Kritik Plot Drama Baru Moon Gayoung Choi Hyunwook Apa Sebabnya

Pakai Balik Baju Sekolah Awak Netizen Kritik Plot Drama Baru Moon Gayoung Choi Hyunwook Apa Sebabnya

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 124 hits
Baru baru ini Moon Ga young dan Choi Hyun wook telah disahkan untuk membintangi drama rom kom baru berjudul Black Salt Dragon Artikel Berkaitan Meskipun ramai yang teruja untuk melihat keserasian kedua pelakon itu namun ada juga yang kurang...
Foto Antusiasme Murid Kelas 1 Sd Jawa Barat Di Hari Pertama Masuk Sekolah

Foto Antusiasme Murid Kelas 1 Sd Jawa Barat Di Hari Pertama Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 459 hits
Masa orientasi ini menjadi langkah awal yang penting dalam perjalanan pendidikan pelajar di SDN Anyelir 1 dan sekolah sekolah lainnya di wilayah Jawa Barat
Pesta Pantun Sekolah Rendah Daerah Port Dickson Sekolahku Menang Bergaya

Pesta Pantun Sekolah Rendah Daerah Port Dickson Sekolahku Menang Bergaya

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum Syukur Hari ini ada cerita manis untuk dikongsi dan dikenang buat tatapan anak murid anak cucu dan anak sendiri Alhamdulillah Sekolah kami baru sahaja dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Daerah Port Dickson bagi tahun 2024...
Bapa Bawa Tuah Peminat Tempatan Dapat Video Call Jackson Wang Di Malaysia

Bapa Bawa Tuah Peminat Tempatan Dapat Video Call Jackson Wang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 115 hits
Bukan senang nak jumpa idola K Pop berjalan jalan di Malaysia Artikel Berkaitan Terbaru seorang peminat Malaysia seperti terpijak tuah apabila menerima panggilan video khas daripada Jackson Wang Kongsi Aisyah menerusi temubual eksklusif bap...
Gara Gara Teh Thailand Mak Buyung Intan Najuwa Ditegur Peminat Prihatin

Gara Gara Teh Thailand Mak Buyung Intan Najuwa Ditegur Peminat Prihatin

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 143 hits
Pelakon Intan Najuwa tampil memberi respon setelah dia memuat naik satu hantaran media sosial di mana aktres itu meluahkan rasa mengidam teh Thailand Dia yang kini hamil anak sulung mengundang rasa risau dan bimbang dalam kalangan sesetenga...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba