Aquaman




Filem terbaru DC Aquaman telah mula di tayang kan di pawagam. Sebuah filem yang dinantikan kerana semenjak kebelakangan ini semua watak hero DC mula tenggelam terutama filem terakhir Justice League yang agak mengarut. Untuk aku filem DC yang terbaik setakat ini ialah Wonder Woman. Dan adakah Aquaman akan mengembalikan kehebatan DC Comic.


 
Filem Aquaman ini bermla dengan terdamparnya ratu Atlantis iaitu Atlanna yang lari dari kota Atlantis kerana tidak mahu berkahwin dengan suami pilihan ayahnya. Atlanna kemudian jatuh cinta dengan penjaga rumah api dan mereka telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Arthur Curry aka Aquaman. Ibunya Atlanna terpaksa meninggalkan Arthur sewaktu kecil dan pulang ke Atlantis atas sebab tidak mahu keluarganya di apa-apakan setelah mereka di serang oleh  askar Atlantis.


 
Sejak kecil lagi Arthur mempunya kekuatan yang luar biasa dan boleh berenang dan bernafas di laut. Arthur semasa kecil secara senyap-senyap teah dididik oleh penasihat Atlantis iaitu Vulka kerana beliau tidak mempercyai adik lelaki tiri Arthur iaitu Orm.


 
Arthur pada mulanya tidak mahu campur tangan tentang isu Atlantis tetapi bila Orm iaitu Raja Atlantis ingin berperang dengan dunia permukaan mahu tak mahu beliau terpaksa mencabar adik tirinya. Pada permulaannya beliau kalah teruk dan hampir dibunuh tetapi diselamatkan oleh puteri Mera iaitu tuning Orm yang tidak setuju dengan rancangan Orm.


 
Dalam usaha untuk mengalahkan Orm, Arthur dan Mera terpaksa mencari tongkat Trisula pertama kepunyaan Raja Atlantis pertama yang mempunyai kuasa yang terunggul. Bermulalah cerita bagaiamana Arthur dan Mera di serang dan menuju ke Lautan Tersembunyi dimana terletaknya Trisula tersebut. Dan pada masa yang sama mereka juga menjumpai ibu Arthur iaitu Atlanna.


 
Filem Aquaman  ini aku berikan 4.8/5 kerana ia sebuah filem aksi yang terbaik. Jalan ceritanya cukup padat  dari permulaan pertemuan Atlanna dan suaminya si penjaga rumah api. Hingga Arthur mengalahkan Black Manta serta menyebabkan ayah Black Manta terbunuh dan bermulalah pemburuan Black Manta. Kemudian pertarungan pertama Arthur dan Orm yang menyebabkan Arthur kalah. Pencarian lembing Trisula dan akhir pertarungan antara Arthur dan Orm.
 
 
Filem Aquaman ini sehebat filem-filem hero Avenger dimana kita kagum melihat betapa majunya Atlantis. Melihat dunia laut yang diluar imaginasinya. Kalau aku nak ceritakan jalan ceritanya memang cukup panjang sebab seperti aku katakan ianya padat dan penuh isian.
 
 
Filem Aquaman adalah filem wajib tengok pada peminat DC atau peminat kuasa super ini. Tahniah buat DC, harap lepas ni filem Justice League tak hampeh macam yang lepas- lepas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipawagam.blogspot.com/2018/12/aquaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Menarik Filem Aquaman

Fakta Menarik Filem Aquaman

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 1088 hits
Fakta Menarik Filem Aquaman 2018 Menutup tirai 2018 kita dihidangkan dengan sebuah lagi filem bertemakan superhero yang diadaptasi dari komik DC yang kini menjadi sebahagian daripada DC Extended Universe semakin digemari selepas kemunculann...
Pemeran Aquaman Lakukan Haka Dance Respons Warganet Luar Negeri Sama Aja Kayak Kita Hamil Online

Pemeran Aquaman Lakukan Haka Dance Respons Warganet Luar Negeri Sama Aja Kayak Kita Hamil Online

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 270 hits
Kalau responsnya ditulis sama orang Indonesia mungkin bakal panjang urusannya kayak Jojo kemarin p
Filem Aquaman Arahan James Wan Beri Pengalaman Pengembaraan Menakjubkan Kepada Penonton

Filem Aquaman Arahan James Wan Beri Pengalaman Pengembaraan Menakjubkan Kepada Penonton

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 557 hits
Filem AQUAMAN Arahan James Wan Beri Pengalaman Pengembaraan Menakjubkan Kepada Penonton Assalammualaikum semua Hari ini ruby ingin berkongsi pengalaman menonton filem terbaik 2018 iaitu AQUAMAN Belum apa apa lagi dah filem terbaik Ya betul ...
Outing Tengok Movie Aquaman

Outing Tengok Movie Aquaman

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 436 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Outing Tengok Movie Aquaman Last Saturday adalah merupakan hari menonton movie Aquaman Cerita Aquaman tu tak lain dan tak bukan adalah pilihan si Adik We all follow jer cos ta...
Aquaman Kini Jadi Filem Warner Bros Paling Tinggi Kutipan Di China

Aquaman Kini Jadi Filem Warner Bros Paling Tinggi Kutipan Di China

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 302 hits
Aquaman kini sudah menjadi filem Warner Bros dengan kutipan tertinggi di China Menurut satu kenyataan media daripada Warner Bros Aquaman kini sudah mengutip USD209 5 juta di China Hal ini sekaligus menjadikan kutipan itu sebagai kutipan ter...
Moviedate Domino S Pizza X Aquaman

Moviedate Domino S Pizza X Aquaman

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 423 hits
Assalamulaikum korang BBL baru je balik tengok DC Aquaman kat TGV One Utama bersama Domino s Pizza Mulanya ingat premier screening sebab acah sangka movie Aquaman start showing 20 Disember rupanya last week dah keluar panggung Hahaha patut ...
Aquaman Filem Best Mummy Dah Tengok Jom Baca Sinopsis Aquaman

Aquaman Filem Best Mummy Dah Tengok Jom Baca Sinopsis Aquaman

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 660 hits
AQUAMAN FILEM BEST MUMMY DAH TENGOK JOM BACA SINOPSIS AQUAMAN Seronok dapat tonton FILEM AQUAMAN Kebetulan mummy terjah CITTA MALL dan terus tanya MBO cerita apa yang avalaible Tup tup AQUAMAN katanya Apa lagi teruslah beli Kebetulan sangat...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb