Appraisal 2018
Bismillah
Aku dah terima borang appraisal minggu lepas lagi. Katanya nak meeting hari ni. Tapi tunda ke esok pulak
2018 menyaksikan banyak benda berlaku pada aku yang berkait dengan kerjaya
1. Got pregnant dan aku agak struggle bekerja
2. Bercuti dua bulan tapi gaji jalan (Maternity leave) yang seronok sangat
3. Bos tukar portfolio aku dari jaga produk kepada jaga sistem
3 benda ni, terutamanya tukar portfolio membuatkan KPI aku bertaburan sikit. Aku dah cakap dengan bos (manager aku), 'Macam mana nak evaluate aku ni sebab KPI aku separuh-separuh~?'Bos cakap,'Jangan bimbang lah. Anak-anak ayam I semua lulus punya~'
Having a good superior is also a blessing. Bos aku ni dulu asalnya manager. Masuk 2 minggu selepas aku je. Bekas pensyarah di UM, ada PhD. Very ground to the earth. Very funny. Tegas tu tegas jugak. Tapi taklah tegas tak tentu hala. In 2 years, dia dinaikkan sebagai BUM (atas sikit dari manager). Aku je yang masih kentang bulat yang tak tumbuh-tumbuh. Hhahaah!Ha dia ni lah yang aku cerita kat IG yang 'curi' ice pack aku tu. Huhuhu
Again, appraisal bukanlah sesuatu yang aku kejarkan sangat. Apa yang ada sekarang ni Alhamdulillah dah cukup sangat. Kalau dapat, untung. Kalau tak dapat, tak rugi. Cuma yang nervous masa appraisal ni adalah bila kena one to one dengan BUM. Aku harap mood bos aku baik dan kami hanya gelak-kelak saja masa tu nanti
Minggu depan ada summit meeting dengan director. Summit meeting ni macam biasalah, untuk tengok apa yang kau dah buat sepanjang tahun ni dan apa perancangan kau untuk tahun depan. It's good to have this session sebab boleh check and balance kerja kau. Aku pun boleh duduk dan susun rancangan kerja dan rancangan peribadi aku supaya selari dengan objektif team aku.
Kawan-kawan doakan aku elok kerja kat sini. Tak ada orang dengki. Tak ada batu api. Murah rezeki. Tak ada politik kotor. Cepat belajar. Dapat kumpul funding secukupnya untuk tambang pergi umrah dan haji serta modal untuk something yang aku nak buat bila jadi WAHM nanti. Doakan
Aku juga doakan semoga tahun baru 2019 akan jadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, dimurahkan rezeki dan diberikan kegembiraan. Amin
Salam sayangDhiya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dhiyadahlia.blogspot.com/2018/11/appraisal-2018.html