Sumber gambar Tom's GuideKesan lipatan pada skrin telah menjadi lumrah kepada telefon lipat. Manakan tidak, heavy user telefon ini akan mengakibatkan mereka terpaksa menukar skrin dengan lebih kerap. Namun kini Apple mempunyai jalan penyelesaian kepada masalah ini. Apple telah memperkenalkan konsep smartphone lipat tanpa meninggalkan kesan lipatan. Perkara tersebut telah ditulis didalam sebuah dokumen paten milik Apple bertajuk, Electronic devices with flexible displays and hinges.
Sumber gambar dari MacRumorsMenurut info yang Ohmedia dapat, paten yang didokumenkan ini sudah pun dihantar kepada United States Patent and Trademark Office sejak Ogos 2016, namun baru dikeluar oleh pihak berkenaan pada 4 Februari lepas. Menurut sumber, telefon lipat ini mengetengahkan idea penggunaan dua skrin terpisah, berbanding satu layar seperti Samsung Galaxy Fold, Huawei Mate X atau Motorola Razr.
Sumber gif dari MacRumorsSaat telefon ini dilipat, penutup komponen (flaps) kemudian akan bergerak kebawah, mengisi ruang engsel. Jelas perkara ini tidak akan menimbulkan masalah kesan lipatan pada skrin kerana secara teorinya ditidak berlekuk. Ohmedia tidak pasti sama ada Apple akan mengeluarkan model ini memandangkan sebelum ini Apple sendiri memiliki sejumlah konsep telefon lipat. Sama-sama kita tunggu, haha!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |