Aplikasi Sujood Platform Menyalurkan Sumbangan Ke Masjid Secara Online
Aplikasi Sujood, Platform Menyalurkan Sumbangan Ke Masjid Secara Online - Malaysia adalah sebuah negara yang makmur. Terdiri daripada penduduk yang pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Bidayuh, iban dan lain-lain yang tinggal di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia yang terbentang daripada negeri Perlis hingga Johor mempunyai budaya yang tersendiri. Seberang laut pula adalah Sarawak, WP Labuan dan Sabah. Majoriti penduduknya adalah beragama Islam dan penduduk yang bukan beragama Islam boleh beramal dengan agama masing-masing
Berdasarkan kajian, pada tahun 2023 Malaysia kini mempunyai sebanyak 6,836 buah masjid yang juga termasuk 18 masjid bertaraf negeri, 76 masjid kerajaan dan 166 masjid daerah. Sabah adalah negeri yang paling banyak masjid ni negara ini iaitu sebanyak 1141 buah masjid.
Alhamdulillah dengan statistik ini menunjukkan di mana-mana sahaja pasti akan terdapat masjid tidak kira di bandar, kampung atau taman-taman perumahan. Setiap masjid akan diimarahkan oleh penduduk sekeliling dan menjadi fardhu kifayah untuk penduduk sesuatu kawasan mendirikan solat secara berjemaah.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di masjid antaranya penyebaran dakwah atau ilmu, pusat bantuan untuk semua, majlis tadarus Alquran dan sebagainya. Semestinya sumbangan orang ramai diperlukan untuk tujuan pengimarahan dan pembangunan masjid. Mungkin masjid memerlukan dana untuk beli karpet baru, baiki tandas atau pembesar suara yang baru.
Aplikasi Sujood, Platform Menyalurkan Sumbangan Ke Masjid Secara Online
Kebiasaannya masjid akan menyediakan tabung derma dan ahli qariah dapat menyumbang sedikit sebanyak untuk pembangunan tersebut. Kekurangan nya adalah tabung masjid ini mendedahkan kepada kecurian dan jenayah. Masjid perlu meningkatkan tahap keselamatan untuk memastikan kejadian tersebut tidak berlaku.
Selain itu, urusniaga sekarang ini, banyak menggunakan transaksi secara maya. Kebanyakan rakyat sekarang kurang membawa cash kerana boleh membayar melalui online. Jadi kutipan melalui tabung masjid boleh dikatakan sasaran kutipan akan menjadi lama
Aplikasi Sujood
Oleh itu, aplikasi Sujood telah dibangunkan bertujuan menjadikan sebagai platform pihak masjid untuk mengutip derma. Sujood boleh menjadi penyelesaian kepada masalah diatas. Kutipan secara online boleh dilakukan dengan pihak masjid mendaftar aplikasi ini. Kutipan boleh dilakukan dengan lebih menyeluruh tidak terhad kepada orang yang mengunjungi masjid sahaja. Link kutipan derma masjid boleh dikongsikan melalui platform media sosial seperti facebook, instagram dan whatapps
Sebagai contoh adalah masjid ini di Pontian Johor. Ini adalah link untuk masjid tersebut.
https://suraualmuttaqinkgbugis.sujood.net
Surau ini dibina pada tahun 2000 diatas tanah wakaf. Surau ini boleh memuatkan 100 orang dalam satu satu masa. Surau ini memerlukan dana orang ramai untuk melakukan aktiviti seperti ceramah dan majlis sambutan keagamaan. Orang ramai boleh menderma melalui link diatas. Orang luar dari seluruh Malaysia boleh melakukan nya.
Tapi jika ke Johor apa salahnya. Johor adalah negeri yang terletak diselatan tanah air. Johor bersempadan antarabangsa dengan negara Singapura. Johor bahru adalah ibu negeri Johor. Negeri yang luas ini mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati.
Legoland adalah pusat tarikan yang terletak di Johor Bahru. Ibu bapa boleh membawa anak-anak kesini kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. Jika ingin santai di tepi laut bolehlah pergi ke Danga Bay. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini. Antaranya berjalan santai di tepi pantai Danga Bay, menaiki Cruise, bermain di Theme Park, membeli-belah di Danga City Mall dan lain-lain lagi.Kota Iskandar adalah ibarat Putrajaya. Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor ditempatkan di sini
Pusat pentadbiran mengandungi bangunan Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad), dua buah Kompleks Jabatan Negeri, Dewan Negeri Johor (Bangunan Sultan Ismail), dan kawasan Dataran Mahkota. Sangat sesuai bagi mereka yang mahu sight-seeing di sekitar Johor ini. Puteri Harbour Marina merupakan tempat yang sesuai untuk anda santai atau ‘chill’ bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bagi mereka yang gemarkan fotografi, ia juga sangat sesuai untuk anda. Untuk kepuasan atau ‘double chill’, terdapat pelbagai kedai dan restoran berdekatan yang boleh anda nikmati
Di sini juga terdapat Puteri Harbour Indoor Theme Park. Terdapat juga beberapa tempat khas berdasarkan kartun-kartun seperti Thomas & Friends, Hello Kitty, Pingu, Bob the Builder, Angelina dan Barney bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Jika ingin ke Water Park bolehlah ke Desaru. Wavepool’ terbesar di South East Asia dimiliki oleh Desaru Coast Adventure Water Park! Desaru Water Park ini terletak bersebelahan dengan Hard Rock Hotel, Desaru.Kids Ahoy adalah seksyen khas untuk kanak-kanak di Water Park ini. Anak-anak pasti akan terlupa apa itu handphone buat seketika kerana keterujaan mereka untuk bermain air.Terdapat 4 lagi zon permainan iaitu Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach, Penawar River dan Penawar Falls selain daro zon Kids Ahoy
Bazar Karat juga adalah salah satu tempat menarik di Johor Bahru. Tarikan tempat ini adalah seunik dengan namanya iaitu Bazar Karat. Destinasi ini mendapat nama tersebut ekoran daripada aktiviti jual beli barang-barang antik dan terpakai
Hari demi hari, destinasi ini sering mendapat kunjungan yang ramai dan telah mendapat tempat di hati para pelancong
Hutan Lipur Gunung Pulai merupakan lokasi yang sesuai untuk aktiviti pendakian. Dengan kehijauan alam semula jadi yang indah serta aliran sungai yang jernih dapat menyegarkan minda dan badan anda daripada kesibukan kota.
Anda boleh melakukan aktiviti pendakian melalui jalan berturap ataupun laluan denai hutan untuk ke puncak gunung ini. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan laluan denai, anda memerlukan permit daripada pejabat hutan di sini.
Sepanjang perjalanan anda ke puncak, anda dapat melihat monyet dan tupai yang bertenggek di atas pokok. Selain itu, terdapat juga air terjun yang indah untuk mereka yang ingin berkelah atau mandi-manda di sini
Johor Premium Outlets ialah sebuah pusat beli-belah di Indahpura, Malaysia. Pusat ini menempatkan 150 buah kedai yang sejak dari 2019. Tujuan pembinaan pusat ini adalah untuk menyasarkan pengunjung dari Malaysia dan Singapura untuk membeli barangan jenama mewah pada harga diskaun yang hebat. Pusat ini berkonsepkan seni bina terbuka dan menyatukan elemen alam semula jadi yang hijau bagi menonjolkan keeleganannya. Para pengunjung boleh menyertai lawatan berkumpulan yang mana mereka akan diberi Pasport Simpanan percuma untuk meraih lebih diskaun sewaktu mereka membeli-belah di sini
Kemudahan Di Aplikasi Sujood
Berbalik kepada Aplikasi Sujood ini, terdapat beberapa kemudahan lain selain daripada derma masjid. Antaranya adalah Pengguna boleh membayar zakat melalui aplikasi Sujood. Pelayar Sujood telah menyenaraikan pusat zakat di Malaysia. Pengguna boleh terus kepada link tersebut dengan memilih negeri masing-masing.
Transaksi zakat dapat dilaksanakan tanpa perlu mencari amil zakat atau ke pejabat zakat. Ini berlaku kebiasannya pada bulan Ramadhan, Di penghujung Ramadhan, mungkin terlupa untuk membayar awal. Pengguna boleh terus membayar secara maya sahaja. Dengan itu, bayaran yang wajib telah pun dilaksanakn dalam bulan Ramadhan.
Selain itu juga, Aplikasi Sujood juga ada menyediakan tazkirah yang boleh pengguna mengambil manfaat daripadanya. Disediakan oleh para astatizah di negara ini pasti akan membuatkan pengguna dapat menimba ilmu melalui aplikasi ini. Ini sangat membantu dalam mengingati tugas kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini
Kelebihan Menderma
Dengan derma orang ramai masjid akan menjadi teguh dan kuat. Orang mula mengunjungi masjid kerana terdapat banyak kelengkapan yang disediakan pihak masjid. Hubungan antara masjid dan orang ramai akan menjadi erat kerana saling memerlukan antara satu sama lain. Masjid adalah simbol umat Islam yang kita patut pertahankan.
Masjid kita adalah cerminan qariah dikawasan tersebut. Pasti apabila masjid menjadi indah dek kerana ahli qariah di kawasan tersebut. Selain itu, akan menjadi tarikan orang luar untuk ke kawasan tersebut. Orang bukan Islam juga boleh mengunjungi kawasan masjid dan siapa tahu menjentik hati mereka untuk menerima Islam.
Tanggapan mereka terhadap agama ini ada yang dingin, jadi dengan menjadikan masjid pusat tumpuan di tempat tersebut pasti dapat menangkis segala persepsi buruk masyarakat bukan Islam di situ. Nama agama Islam akan terpelihara dan menrealisasikan agama Islam sebagai agama Indah dan damai
Marilah kita sama-sama menggunakan aplikasi ini untuk memenuhi keperluan masjid dan sebagainya. Tidak rugi kita menderma sedikit harta untuk masjid. Masjid dapat melaksanakan banyak perkara sekiranya dapat peruntukan daripada penduduk setempat.
Pembinaan dari segi rohani dan jasmani dapat dilaksanakan untuk masyarakat setempat waima seluruh penduduk Malaysia sekalipun. Islam menjadi lebih kuat sekiranya umatnya saling tolong menolong diantara satu sama lain. Siapa lagi ingin mempertahankan agama kalau ubat umat Islam sendiri. Agama akan kembali bersinar sekiranya umat ambil peduli masalah umatnya
Malaysia hidup dalam pelbagai kaum hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Walaupun berbeza agama dan budaya, tetapi dapat hidup dengan aman damai dalam satu payung negara Malaysia. Selama 65 tahun merdeka tokoh terdahulu telah merapatkan jurang antara kaum tanpa melebihkan satu kaum yang lain.
Agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain bebas diamalkan dan dianuti oleh bangsa lain. Perlembagaan yang dipasakkan di negara tercinta ini telah menjadi asas terbinanya negara. Oleh itu, kita dilarang untuk menyentuh sensitiviti kaum kaum di Malaysia ini.
Kehidupan yang harmoni ini jangan sesekali kita rosakkan demi mencapai cita2 tanpa menghiraukan kesan yang akan datang. Kita umat Islam wajib menunjukkan sisi akhlak yang baik dan menjadikan nabi Muhammad sebagai contoh yang terbaik. Nama Islam akan mekar kerana umatnya soleh dan menonjolkan kebaikan
Jom sama sama kita menginfak sedikit rezeki yang Allah berikan kepada kita. InsyaAllah setiap perkongsian daripada semua dapat meringankan beban masjid disamping pahala berpanjangan untuk orang yang menyumbang.
Hanya dihujung jari sahaja dapat merealisasikan impian ataupun kehendak yang mahu dipenuhi pihak masjid. Pihak masjid juga boleh gunakan platform ini untuk mengwar-warkan bantuan yang diperlukan. Apabila ramai yang mengetahui masjid perlukan dana atau bantuan, insyaAllah orang ramai boleh pakat bantu dengan menderma duit melalui aplikasi Sujood. Masjid adalah simbol bagi sesuatu tempat yang umat Islam duduki. Masjid yang baik nescaya datang daripada penduduk kawasan yang tidak lokek dalam menyumbang
Layari laman web Sujood di: https://sujood.net/atau layari facebook, Instagram atau tiktok mereka untuk maklumat lebih lanjut 😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2023/08/aplikasi-sujood-platform-salurkan-sumbangan-ke-masjid-secara-online.html