3 Lelaki Sindiket Tipu Online Kaut Rm100 000 Setiap Bulan Ditahan


 
Ketua Polis Timur Laut Soffian Santong, berkata tiga lelaki diberkas berkenaan berperanan memindahkan wang hasil penipuan daripada ‘keldai akaun’. (Gambar Metro)PETALING JAYA: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 setiap bulan, selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di dua buah kondominium mewah di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Timur Laut Soffian Santong, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada 9 malam selain merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank.
“Siasatan awal mendapati semua kad itu di percayai digunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian dan susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah lagi kondominium di Persiaran Gurney dan menahan dua lagi lelaki di situ. Semua mereka warga tempatan berusia 26 tahun.
Ads by Kiosked“Hasil pemeriksaan di kondominium itu, polis merampas 24 buah telefon bimbit, kad ATM pelbagai bank (35 keping), kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi (40 keping), komputer riba (dua unit), kad pengenalan disyaki palsu (lima keping), 10 unit ‘secure sign token’ dari dua buah bank dan slip transaksi deposit bank tempatan,” katanya menurut Bernama.
Soffian berkata, siasatan awal mendapati, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga asing yang berpusat di sebuah negara di rantau ini dan dipercayai ahli sindiket tersebut, berkomunikasi secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram.
Soffian berkata, sindiket itu, dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu dengan purata transaksi antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan, dan tiga suspek tersebut pula dibayar upah RM2,500 hingga RM6,000 sebulan, termasuk komisen 0.3% bagi setiap transaksi yang dilakukan.
Beliau berkata tiga lelaki itu, berperanan terlibat dalam kegiatan pengumpulan kad-kad ATM milik pihak ketiga iaitu ‘keldai akaun’, bagi tujuan pemindahan wang hasil dari kegiatan penipuan dalam talian.
“Sindiket ini dipercayai mempunyai rangkaian yang luas termasuk di luar negara dan setiap kumpulan mereka mempunyai peranan masing-masing, macam tiga lelaki polis tahan ini, mereka hanya menjalankan tugas memindahkan transaksi wang dalam akaun keldai akaun itu ke akaun lain.
“Manakala kumpulan lain pula, berperanan menghubungi mangsa bagi menjalankan penipuan antaranya tawaran kerja, perkhidmatan seks, dan pelaburan tidak wujud, sebelum mereka yang terpedaya memasukkan wang ke akaun diberikan iaitu milik keldai akaun, seterusnya tiga lelaki tersebut mengeluarkan duit (dari keldai akaun) dan memindahkan ke akaun sindiket itu,” katanya dan menambah operasi sindiket itu sangat licik.
Ads by KioskedSoffian berkata, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan, berhubung lima keping kad pengenalan palsu itu, sama ada ia digunakan untuk kes penipuan dalam talian atau jenayah lain, dan pihaknya turut sedang mengenal pasti pemilik kad ATM bank, yang dirampas dalam siri serbuan tersebut.
Beliau berkata, ekoran penahanan tiga lelaki itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 16 kes penipuan dalam talian, membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit di daerah Timur Laut dan pihaknya juga sedang giat mengesan dalang serta ahli lain sindiket tersebut. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/3-lelaki-sindiket-tipu-online-kaut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengguna Diliwat Tokey Ap Balun Rm100 000 Bagi Setiap Biji Kereta Ev

Pengguna Diliwat Tokey Ap Balun Rm100 000 Bagi Setiap Biji Kereta Ev

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 186 hits
gomen no intention to phase out AP Zafrul said system still in effect AP holders were raking up to RM100 000 in tax free profit for EVAP holders earn immensely high tax free profit gomen should cut off AP system entirelyAP holders make more...
Pegawai Suruhanjaya Tinggi Pengarah Syarikat Ditahan Rasuah Lulus Visa Rm100 Juta

Pegawai Suruhanjaya Tinggi Pengarah Syarikat Ditahan Rasuah Lulus Visa Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 170 hits
FMT ReportersSuspek dibenarkan reman empat hari sehingga 31 Julai untuk siasatan rasuah salah guna Visa Luar Negara bagi membawa masuk warga Bangladesh PETALING JAYA Dua lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa sebuah Suruhanjaya Tingg...
Wanita Ditahan Belasah Bekas Suami Ketika Tuntut Hutang Rm87 000

Wanita Ditahan Belasah Bekas Suami Ketika Tuntut Hutang Rm87 000

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 218 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita ditahan polis semalam atas dakwaan membelasah bekas suaminya ketika cuba menuntut hutang berjumlah RM87 000 Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian kira kira 6 55 petang itu ...
Bantuan Tunai Rm100 Dikreditkan Ke Mykad Sekali Lagi Bulan Ini Penerima Cara Menggunakannya

Bantuan Tunai Rm100 Dikreditkan Ke Mykad Sekali Lagi Bulan Ini Penerima Cara Menggunakannya

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 162 hits
Bantuan Tunai RM100 dikreditkan ke MyKad sekali lagi bulan ini Penerima cara menggunakannya Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasa...
Sindiket Rasuah Datuk Ditahan Rampasan Wang Tunai Rm38 Juta Emas 200kg

Sindiket Rasuah Datuk Ditahan Rampasan Wang Tunai Rm38 Juta Emas 200kg

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 177 hits
FMT Reporters Wang tunai emas dan kereta mewah disita dalam operasi besar besaran oleh enam agensi penguat kuasa Isnin lalu PETALING JAYA Pasukan Petugas Agensi agensi Penguatkuasa Malaysia merampas wang tunai RM38 juta dan emas seberat 200...
Sabah Catat Hampir 1 Juta Pelancong 5 Bulan Pertama Tahun Ini

Sabah Catat Hampir 1 Juta Pelancong 5 Bulan Pertama Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 157 hits
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata Festival Sandakan 2023 bertemakan Jom Jelajah Sandakan diberi perhatian dan keutamaan sebagai antara usaha menarik kembali kedatangan pelancong ke Sabah SANDAKAN Sabah mencatatkan sebanyak 988 680 ketibaan ...
Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender

Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender Harini CCL nak share tentang jenis beauty blender dan kegunaan masing masing Pasti ada yang keliru kan sebab bentuk beauty blender ni berbeza beza So korang kena la pil...
Surah Yaasin Pengertian Setiap Ayat

Surah Yaasin Pengertian Setiap Ayat

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 226 hits
Surah Yaasin terdiri Dari 83 Ayat Bacaan Sebelum Memulakan Surah YaasinMulakan dengan membaca istighfar sebanyak tiga kaliKemudian baca surah al Fatihah satu kali Kemudian bacalah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak sepuluh kali Dan ...
Golden Screen Cinemas Menyambut Bulan Merdeka Dengan Kempen Malaysiaku

Golden Screen Cinemas Menyambut Bulan Merdeka Dengan Kempen Malaysiaku

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 219 hits
Golden Screen Cinemas menyambut bulan Merdeka dengan kempen Malaysiaku Pempamer pawagam terkemuka Golden Screen Cinemas meraikan aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia dengan kempen Malaysiaku sempena bulan Merdeka Penonton akan dis...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

If Only

Aidil Fitri 1445h